21 October 2011

Srivijaya Siri Lima - I-Tsing, Kunlun dan Buddha.

1- Bagaimana sebuah negara kota yang dipenuhi oleh bangsa melayu boleh menjadi pusat pembelajaran agama buddha yang terulung sewaktu zaman kegemilangan Srivijaya? Didalam usaha untuk mengkaji perihal ini, kita perlu mengenali siapakah dia I-Tsing. Rekod-rekod yang diperolehi daripada diari pengembaraan I-Tsing merupakan diantara rekod-rekod bertulis yang terawal mengenai Srivijaya.



2- Siapakah I-Tsing? I-Tsing atau Yijing merupakan seorang pendeta buddha berbangsa cina yang dilahirkan pada tahun 635 masihi dan hidup pada zaman pemerintahan dinasti Ming. Beliau bertanggung jawab menterjemah beratus-ratus kitab Buddha kedalam bahasa cina dan turut dipertanggung jawabkan untuk mengumpul stanza-stanza didalam bahasa sanskrit daripada pelbagai ceruk rantau khususnya dari India.

Peninggalan Universiti Nalanda.

3- Bagi memenuhi keinginan untuk mendalami agama Buddha, I-Tsing telah mengembara ke Universiti Nalanda, yang terletak di Bihar, India melalui jalan laut. Nalanda merupakan sebuah pusat pengajian atau universiti agama Buddha yang amat terkemuka dan sangat terkenal dengan perpustakaannya yang menyimpan beribu-ribu manuskrip dan kitab-kitab suci berkaitan dengan agama Buddha. Adalah direkodkan bahawa I-Tsing telah menetap di Nalanda selama 11 tahun sebelum pulang ke China bersama dengan manuskrip-manuskrip dan kitab-kitab yang ingin diterjemah.

Susur perjalanan I Tsing ke Nalanda.
4- Sewaktu didalam perjalanan ke Bihar, I-Tsing telah singgah ke Srivijaya dan menetap disana selama 6 bulan untuk mempelajari tatabahasa sanskrit dan juga bahasa melayu. Beliau juga turut singgah di Malayu (Jambi), yang pada ketika itu masih lagi sebuah kerajaan yang merdeka dan masih belum dijajah oleh Srivijaya. Beliau juga singgah di Kiteh ataupun Kedah Tua.

5- Disini beliau merekodkan tentang penduduk yang tinggal di nusantara yang dinamakan sebagai orang-orang Kunlun, bahasa cina kuno untuk orang-orang melayu. Orang-orang Kunlun ini direkodkan sebagai orang-orang yang berkulit gelap, berambut kerinting, berkaki ayam dan memakai sarung.

Kunlun people have curly hair, dark bodies, bare feet and wear sarongs.

6- Penggunaan terma Kunlun turut direkodkan didalam teks teks China sehingga ke rekod-rekod Dinasti Tang sebagai merujuk kepada pendagang-pedagang gasar (barbarians) yang berkulit gelap, berambut ikal daripada pergunungan empayar Nam-Viet Cham.  Sekiranya ianya merujuk kepada orang-orang Cham, maka kita boleh simpulkan bahawa ianya turut merujuk kepada orang-orang Melayu. Anda boleh baca mengenai orang-orang Cham di Mistisfiles.

7- Menurut Frank Dikotter didalam bukunya The Discourse of Race in Modern China, beliau dipetik sebagai berkata:

Chinese texts up to the Tang Dynasty presented the distant peoples of the Nam Viet Cham empire as black, wavy haired barbarians of the mountains and the jungles. They were seen as devils or ghosts (gui). The Khmers were also called the Kunlun people, by reference to a mystical mountain appearing in the Shanhaijing. The Kunlun mountain delimitated the western edge of the world. As geographical knowledge progress, the location of the Kunlun people shifted. In the eighth century, the term was applied to Malaysians.

8- Menurut Dikotter lagi, rekod-rekod China turut menyatakan bahawa di negara China turut terdapat populasi orang-orang Kunlun yang menetap disana disamping rekod-rekod mengenai kedatangan pelayar-pelayar Kunlun ke China dengan kapal-kapal mereka untuk berdagang. Malah apabila pulau Madagascar ditemui, ianya dipanggil sebagai Kunlunchengqi. Ini pada pendapat saya disebabkan terdapatnya populasi pelayar-pelayar melayu yang menetap di pulau Madagascar sejak beratus-ratus tahun.(Untuk pembacaan lanjut, boleh merujuk kepada rencana Melayu, Malagasi dan Madagacar.) Dikotter dipetik sebagai berkata:

In 750, JianZhen (688-765) notice the presence of many Brahmans, Persians and Kunluns [Malays] in Canton. The Book of the Tang reported that every year Kunlun merchants come in their ships with valuable goods to trade with the Chinese. Madagascar, discovered during the Song was called Kunlunchengqi.
9- Raja dan pemerintah Srivijaya pula direkodkan sebagai mempunyai hubungan yang rapat dengan pendita-pendita dan sami-sami Buddha pada zamannya. Bukan itu sahaja, pemerintah Srivijaya turut memainkan peranan membina kuil-kuil bukan hanya di dalam kawasan pemerintahannya, malah ada kuil yang dibina khusus untuk orang-orang Srivijaya yang menyambung pelajaran ke Nalanda. Saya percaya sekiranya kita menggali rekod-rekod yang terdapat di Nalanda, Bihar, India sudah pasti kita akan menemui paling kurang 5 perkampungan melayu disana. I-Tsing dipetik sebagai berkata:

Many of the kings and chieftains in the islands of the Southern Sea admire and believe in Buddhism, and their hearts are set on accumulating good actions.

10- Herman Kulke beserta rakan-rakan pengkajinya menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Nagapattinam to Suvarnawipa: Reflections on Chola Naval Expeditions to South East Asia. Beliau menyatakan bahawa melalui satu inskripsi yang ditemui di Nalanda ada mencatatkan bahawa pemerintah Srivijaya yang digelar Balaputradeva telah memohon kebenaran untuk membiaya pembinaan sebuah kuil di Nalanda serta 5 buah perkampungan disekitarnya bagi memastikan pembinaan tersebut berjalan lancar. Didalam buku tersebut, penulis telah dipetik sebagai berkata:

Another inscription from Nalanda records that the Srivijayan king, Balaputradeva who reigned in the middle of the ninth century, sent and envoy to the court of the Pala ruler Devapala, requesting permission to endow a Buddhist monestry at Nalanda. balaputradeva also petitioned for a grant of five villages for its upkeep and maintanance. The Pala King is reported to have granted these requests of the Srivijayan king.

11- Perkara tersebut turut diakui oleh Nicholas Tarling didalam bukunya The Cambridge History of South East Asia. Beliau berkata, walaupun Srivijaya tidak terlalu mementingkan pembinaan monumen-monumen besar di persekitarannya kerana lebih mengutamakan aktiviti-aktiviti perdagangan dan penguasaan jalan  dagang maritim, pemerintah Srivijaya dikenal pasti membina candi-candi besar di negara-negara luar seperti China dan India. Tarling dipetik sebagai berkata:

In Sumatra, on the other hand, Buddhism continued to flourish under the patronage of the kings of Srivijaya but left few great monuments. Sumatra is not so poor in monuments as has sometimes been thought but they bear no comparison with those of Java either in number or in splendour. This has been attributed to the mercantile spirit of the empire but there were probably other factors involved. The same Srivijaya sponsored however great monuments in countries as far away as India and China. Thus at the turn of the millennium, the king of Srivijaya had a large monastery constructed on the east coast of India as well as a temple in Canton.

12- I-Tsing seterusnya memuji ketinggian ilmu agama pendeta-pendeta di Srivijaya sehinggakan menyarankan agar sami-sami China berkunjung ke Srivijaya terlebih dahulu untuk mendalami agama Buddha sebelum meneruskan perjalanan ke Nalanda. I-Tsing dipetik sebagai berkata:

In the fortified city of Bhoga, Buddhist priests number more than 1,000, whose minds are bent on learning and good practice. They investigate and study all the subjects that exist just as in India; the rules and ceremonies are not at all different. If a Chinese priest wishes to go to the West in order to hear and read the original scriptures, he had better stay here one or two years and practice the proper rules

13- Kita berkenalan pula dengan Atisa. Siapakah dia Atisa? Atisa Dipankara Shrijnana merupakan salah seorang daripada guru yang amat dihormati dan tokoh yang paling dikenali didalam agama Buddha Ramayana (pembetulan: Mahayana). Dilahirkan pada sekitar tahun 980, Atisa dilahirkan dari keturunan bangsawan dan hidup sebagai seorang putera di istana. 

14- Pada usia muda, Atisa telahpun dididik untuk mendalami agama Buddha dan seterusnya telah mengembara ke Universiti Nalanda bagi mendalami agamanya. Pada usia 31 tahun, Atisa telah membuat keputusan untuk mengembara ke sebuah tempat bagi membolehkan beliau belajar dengan seorang pendeta tersohor pada waktu itu yang bernama Dharmakirti/Serlingpa. Kemanakah tempat yang ingin dituju oleh Atisa? Srivijaya. Atisa tinggal di Srivijaya selama 12 tahun sebelum diarah oleh gurunya untuk mengembara ke Tibet.

15- Atisa dikatakan mempunyai lebih daripada 150 orang guru namun yang paling terkemuka adalah Dharmakirti yang berasal dari Srivijaya. Bukan sekadar Atisa, malah tokoh-tokoh seperti Dharmapala, seorang graduan daripada universiti Nalanda turut mengembara ke Srivijaya. Namun mengikut rekod, beliau tidak ke Srivijaya untuk mendalami agama Buddha tetapi untuk belajar Rasayana, bahasa sanskrit untuk ilmu kimia.

16- Apakah faktor yang menyebabkan nusantara menjadi pusat pengajian agama yang hebat?  Sebuah kerajaan melayu memayungi ilmu Buddha? Faktor ini lah yang seringkali membuatkan saya tertawa apabila ada sahabat-sahabat bukan melayu diluar sana yang berteriak angkuh mengatakan bahawa penduduk asal bumi ini adalah cina dan india hanya kerana beberapa penemuan patung-patung dan artifak-artifak Buddha dan Hindu di seluruh Malaysia.

17- Saya percaya tersebarnya Buddha di seluruh Srivijaya adalah disebabkan oleh faktor pemerintah. Pemerintah memainkan peranan yang sangat penting didalam menentukan samada sesebuah tamadun itu mampu berdiri samada sebagai sebuah kuasa politik ataupun didalam kes ini, sebagai sebuah pusat pengajian agama yang ulung.

18- Srivijaya tidak akan mampu menjadi universiti yang kedua terpenting untuk pengajian agama Buddha selepas Nalanda di India sekiranya pemerintahnya memandang sebelah mata kepada peri pentingnya ilmu pengetahuan. Saya percaya minat dan cinta yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan lah yang menjadi pendorong kepada Maharaja Srivijaya untuk membuka universiti-universiti dan pusat-pusat pembelajaran agama diseluruh Nusantara.

19- Ini kerana, tidak mungkin universiti-universiti yang menarik minat ramai ilmuan-ilmuan silam untuk datang bermusafir ke Sumatera mampu diguna dan dimanipulasi sebagai faktor untuk menjana peluang-peluang ekonomi baru untuk Srivijaya. Sumber dan hasil kutipan cukai melalui pengawalan jalan laurt aktiviti perniagaan serta perdagangan antarabangsa serta kedudukan pusat pemerintahannya yang strategik sudah cukup untuk memberi kekayaan yang tidak terhingga kepada empayar tersebut. Untuk apa ada universiti? Benarkah begitu?

20- Mungkin juga sebagai salah satu daripada strategi politik yang digunakan oleh pemerintah Srivijaya untuk mengekalkan hegemoni kekuasaan mereka adalah dengan menarik persahabatan dan sokongan daripada empayar-empayar yang lebih besar seperti China dan India. Satu hipotesis yang tidak boleh ditolak ketepi.

21- Perkara yang sama berlaku apabila sultan-sultan melayu mula memeluk islam. Ianya diikuti oleh rakyatnya yang taat dan setia. Apatah lagi ditambah dengan faktor bahawa orang-orang melayu menjunjung tinggi institusi agama sehingga ianya mengakar didalam diri. Keinginan untuk mendalami agama sememangnya telah menjadi rencah hidup orang-orang melayu. Kelantan digelar Serambi Mekah kerana ia pernah menjadi pusat pembelajaran Islam yang sangat hebat dirantau Asia Tenggara.

22. Sekadar pendapat sahaja.

17 comments:

  1. Terima Kasih Benign..
    Satu kajian yang baik..

    ReplyDelete
  2. as salam

    TAHNIAH adik BENIGN!!
    satu analisis yang sangat cun dan membuka minda serta ROH orang melayu...!!
    teruskan kajian, bacaan dan analisis adik...!!

    ReplyDelete
  3. -Tuan Mohd Fuaz. terima kasih kerana sudi melawat.

    -Tuan Wangsa, terima kasih kerana memberi dorongan. Amat dihargai.

    ReplyDelete
  4. Salam Benign.

    Saya nak tanya skit, adakah artikel di atas merupakan sambungan kepada SEBAHAGIAN artikel siri ke-3 yg "hilang" itu?

    M_M

    ReplyDelete
  5. Tuan DiRaja.

    Terima kasih kerana melawat.

    Tak, tuan. Artikel diatas ditulis berasingan dan memang ditulis sebagai Siri 5. Siri ketiga yang hilang tu hanya dalam 20 perenggan sahaja. Dengan kandungan lebih kurang sama dengan yang ditulis balik dalam siri 4.

    ReplyDelete
  6. 20 perenggan? Banyak tu! Ke 20 ayat?

    Saya menyangka sebegitu sebab sumber asas siri ini semacam hampir menjurus kepada siri ke-3 iaitu SUMBER DARI CINA. Saya dengan jelasnya dapat melihat artikel2 Sriwijaya Benign diatur dengan tersusun secara kelompok.

    Soalan selanjutnya, merujuk kepada Para 13, betul ke wujud Buddha bermazhab Ramayana?

    Soalan utk artikel Sriwijaya siri di masa2 hadapan, adakah Benign akan menyentuh "Shangri La" dan "Shambala"?

    M_M

    ReplyDelete
  7. hehe.. 20 perenggan kecuali perenggan pertama. Semuanya sudah ditulis kembali untuk siri 4 (rekod dari Arab).

    Haaaaaa... terima kasih kerana pembetulan. Bukan Ramayana tapi Mahayana. Ramayana adalah epic dalam agama Hindu. Terima kasih. Tak terperasan ada kesilapan disitu. Akan buat pembetulan secepat mungkin.

    Kalau merujuk kepada Siri 0 iaitu pengenalan, saya ada sebutkan beberapa topik yang saya akan kupas, jadi saya susun rencana rencanan mengikut kelompok dengan merujuk kepada topik topik yang telah saya sebut didalam siri pengenalan. Dan didalam siri tersebut saya ada menyebut tentang kaitan Srivijaya dengan Prester John. Jawapannya Ya, Insya Allah. Saya akan menyentuh tentang Shangri La dan Shambala.

    Buku yang saya akan rujuk saya mungkin tuan sudah familiar. Buku tulisan Paul Kekai Manansala. Masih perlu mencari sumber-sumber lain untuk crossrefer.

    ReplyDelete
  8. good job,benign!

    Terima kasih kerana membantu saya menjelaskan sejarah yang terakam dalam rekod-rekod imperial China berkaitan dunia Melayu.



    ~SK

    ReplyDelete
  9. thank you SK... terima kasih kerana melawat.

    ReplyDelete
  10. Aslkm, saya baru pertama kali nak memaparkan tulisan saya (posting)di laman tuan Benign ni... ada ke tuan telah terbaca hipotesis (saya lupa tuan blogger) setelah kajiannya berdasarkan penemuan monumen candi Lembah Bujang itu ada kemungkinan zaman sebelum kedatangan Islam Rasullullah SAW (pra-600 Masehi), mereka (pemerintah di Kedah Tua) ini mengamalkan agama hanif? (Agama warisan drp Nabi Ibrahim ttp telah dipercayai secara umum sbg penganut Buddha dalam sejarah moden) akan tetapi penulis tu hanya menyuarakan pendapatnya sahaja berdasarkan dr segi corak simetri candi itu berasaskan bintang2 yang menghala kiblat ke Mekah...

    Sekian.... (saya berharap agar persoalan ini tidak mengundang kontroversi dalam laman ini, hanya sekadar sbg satu jalur sejarah yg mungkin kita harus perdalami dan perhalusi)

    ReplyDelete
  11. terima kasih Tuan AzlanM kerana sudi melawat...

    persoalan tersebut agak menarik. Saya pasti akan mencari bahan bahan untuk saya baca. Namun saya percaya sumber bacaan mungkin sedikit terhad kerana penemuan arkeologi terbaru sejak kebelakangan ini. Namun Insya Allah saya akan cuba mencari bahan bahan bacaan mengenainya.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum,

    ini mungkin boleh membantu saudara..

    http://www.scribd.com/doc/7576918/Rise-of-Tambralinga-Ligor-Malay-Peninsula-Siam

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum bro benign.. ;)

    ade sedikit kesilapan nie..

    " Siapakah I-Tsing? I-Tsing atau Yijing merupakan seorang pendeta buddha berbangsa cina yang dilahirkan pada tahun 635 masihi dan hidup pada zaman pemerintahan dinasti [Ming]."

    maaf bro, bukan 'Dinasti Ming'.. tapi Dinasti Tang.. :)

    dinasti tang hanya muncul pada kurun ke-14

    anyway, article yg baik bro.. tabik spring! hehe

    tidak hairanlah tradisi keilmuan mmg teguh di dalam alam melayu selama lebih 1000 tahun lamanya..

    jika di era hindu-buddha ramai pendeta dilahirkan di pusat pengajian terkemukanya.. era islam pulak lebih ramai ulamak pula dilahirkan melalui tradisi yg sma.. ^^

    ReplyDelete
  15. Terima kasih Tuan, kerana pembetulan tersebut. Saya akan betulkannya serta merta.

    ReplyDelete
  16. Betul ke Palembang itu hanya jajahan Sriwijaya saja? Sebab tak ada satu pun tamadun manusia yang dibina Sriwijaya di Palembang, cuma candi dan prastasi.
    Tak sama seperti catatan luar negeri yg sering menyebut Sriwijaya hebat, kota perdagangan etc..

    ReplyDelete
  17. Bukankah candi dan prasasti itu menunjukkan satu ketamadunan telah terbentuk di sesuatu tempat itu?

    ReplyDelete