18 January 2011

Melayu, Malagasi & Madagascar:

1- Saya berkesempatan untuk membaca sebuah Jurnal lama yang diterbitkan oleh satu pertubuhan cendekiawan British didalam bidang sains geografi bernama Royal Geographical Society, yang bertajuk Proceedings of Royal Geographical Society Vol. VII untuk sesi tahun 1862-63. Pada muka surat 69, entri bertarikh 9 Feb 1863, terdapat satu laporan berkenaan dengan bentuk muka bumi dan keadaan geografi Pulau keempat terbesar dunia, Pulau Madagaskar.



2- Bahasa pertuturan populasi Madagaskar adalah bahasa Malagasi. Sedikit mengenai bahasa ini, Malagasi seperti mana Hawaiian dan Rapanui tergolong didalam keluarga bahasa tutur Austronesia yang mana salah satu daripada dua pecahan terbesarnya adalah Malayo-Polynesian. Bagi memudahkan kefahaman, Malagasi ini adalah salah satu dari bahasa tutur yang termasuk didalam keluarga besar bahasa ibunda kita, bahasa melayu. Rasanya tidak sukar untuk kita memahami harga sesebuah barang yang bernilai folo, roapolo, telopolo, efapolo atau enimpolo. Sepuluh, Dua Puluh, Tiga Puluh, Empat Puluh dan Enam Puluh.

3- Mengikut laporan jurnal tersebut, sistem tulisan dan abjad  kononnya tidak pernah diperkenalkan kepada masyarakat Madagaskar sehinggalah kedatangan para mubaligh kristian  ke pulau tersebut pada seawal 1850an. Salah seorang daripada mubaligh tersebut, Rev. Mr. Ellis, yang telah meninggalkan pulau tersebut untuk beberapa tahun, sangat terkejut setelah sekembalinya beliau ke pulau Madasgaskar dan mendapati seorang jeneral sedang sibuk menyalin satu perutusan dari cakap mulut pegawai atasannya untuk dihantar satu bahagian pulau yang lain.

4- Yang lebih mengejutkan para mubaligh ini adalah terdapat sejumlah besar perkataan-perkataan Malagasi ini adalah merupakan saduran terus dari bahasa melayu. Ianya sedikit sebanyak membuka pintu jawapan kepada persoalan yang memeningkan kepala para sarjana pada masa itu. Walaupun Madagaskar terletak berdekatan dengan Benua Afrika, mengapa ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan benua tersebut. Dari segi hasil semulajadi dan jenis tumbuhan, apa yang ada di Madagaskar adalah berbeza daripada negara-negara dari benua tersebut. Malah penduduk Madagaskar rata-rata tidak mengenali apa itu Zebra dan Zirafah.

Rumah-rumah tradisional di pesisir pantai Madagaskar.


5- Rumah-rumah yang dibina oleh penduduk-penduduk Madagaskar pula tidak langsung menyerupai dengan struktur arkitektual yang ada di negara-negara Afrika. Rumah-rumah di Madagaskar lebih menyamai rumah-rumah dari kepulauan melayu. Kebanyakan penduduk nya pula didapati gemar memakai sejenis selimpang yang dipanggil Lamba yang diperbuat daripada jalinan tumbuhan. Berlainan dengan kebiasaan peribumi Afrika yang lebih gemar memakai kulit binatang. 

Wanita suku kaum Merina dengan Lamba berwarna putih.

6- Laporan tersebut seterusnya menyatakan, walaupun terdapat perbezaan yang sangat ketara diantara penduduk Madagaskar dan orang melayu dari Nusantara, mereka juga mempunyai ciri-ciri wajah yang berbeza dengan raut tipikal bangsa Afrika.

7- Malah dari segi budaya dan ketamadunan, penduduk Madagaskar dilihat mempunyai pencapaian ketamadunan yang jauh lebih advans dan terkedepan berbanding dengan rakan-rakan mereka dari Benua Afrika yang jauhnya tidak sampai pun 300 batu. Bukti tahap ketamadunan ini, menurut laporan Royal Geographic Society pada tahun 1862, adalah berdasarkan tebaran bahasa yang mencakupi keseluruhan pulau, sesuatu yang tidak mungkin boleh berlaku tanpa faktor terdapatnya tamadun yang advans.

8- Menurut laporan itu lagi, tidak pernah ada bangsa kulit hitam yang tahu mencipta abjad, namun selepas mengkaji bahasa Malagasi, pegawai Royal Geographic Society menemui hampir 200 perkataan yang jelas dan terang berasal dari bahasa melayu.

9- Memetik laporan itu lagi, sangat jarang terdapat bangsa dari benua Afrika yang tahu mengira. Kaum-kaum yang pernah ditemui oleh pengembara terkenal Dr.Livingston pun hanya mampu mengira sampai 10 sahaja dan hampir tiada yang boleh mengira unit sehingga seratus. Namun di Madagaskar, suku-suku kaum asal yang tinggal di pulau tersebut mampu mengira sesuatu unit sehingga seratus ribu dibawah pengaruh orang Melayu yang berhijrah ke Madagaskar. Tidak hairanlah perkataan untuk sepuluh ribu dan seratus ribu dalam bahasa Malagasi adalah jelas berasal dari perkataan melayu sanskrit.

10- Pengkaji-pengkaji Royal Geographic Society seterusnya telah mengeluarkan pendapat bahawa pada suatu ketika dahulu mungkin sekumpulan pelayar-pelayar melayu terdampar di pulau Madagaskar akibat daripada gelora monsoon. Oleh kerana bilangan mereka pada tersebut cukup banyak untuk memastikan keselamatan mereka dalam menghadapi ancaman suku kaum asal yang menetap di pulau tersebut, mereka mengambil keputusan untuk untuk menetap dan membina penempatan di pulau tersebut.

11- Setelah seberapa lama, kumpulan pelayar Melayu ini berjaya menguasai suku kaum - suku kaum ini malah kekal sebagai kasta yang memerintah. Kumpulan pelayar ini juga telah mengajar suku kaum - suku kaum ini dengan ilmu bercucuk tanam dan kegunaan jenis-jenis tanaman yang ditanam di bahagian-bahagian tertentu di pulau itu (memberi jawapan kenapa lanskap semulajadi bumi di Madagaskar berlainan dengan negara benua Afrika). Melalui perkahwinan campur, akhirnya kumpulan pelayar melayu ini berintegrasi dengan suku kaum asal yang mendiami Madagaskar.

12- Saya seterusnya membuat sedikit pembacaan tentang sejarah pulau Madagaskar melalui Wikipedia. dan sememangnya terdapat sumber-sumber yang mengatakan bahawa orang-orang melayu telah lama berada di Madagaskar semasa pertama kali ianya ditemui oleh pelayar-pelayar Eropah. Jared Diamond menulis didalam bukunya Guns, Gems & Steel: The Fate of Human Societies yang diterbitkan pada tahun 2001 dipetik seperti berikut:

These Austronesians, with their Austronesian language and modified Austronesian culture, were already established on Madagascar by the time it was first visited by Europeans, in 1500. This strikes me as the single most astonishing fact of human geography for the entire world. It’s as if Columbus, on reaching Cuba, had found it occupied by blue-eyed, blond-haired Scandinavians speaking a language close to Swedish, even though the nearby North American continent was inhabited by Native Americans speaking Amerindian languages
13- Melalui beberapa sumber yang saya baca lagi, cucu cicit pelayar-pelayar ini hari ini dikenali sebagai suku kaum Merina, suku kaum yang dianggap sebagai suku bangsawan dan aristokrat di Madagaskar. Suku kaum ini masih lagi kekal hari ini sebagai pemerintah di Madagaskar. Menarik bukan?
 

19 comments:

  1. salam

    tahniah adik Benign!!
    terlahir juga seorang lagi ahli sejarawan siber orang melayu millenium...
    ooo..cik sri candy pun dah jenguk blog adik ni...jeles nye...satu motivasi dari princess of sriwijaya.
    anyway, teruskan kerajinan adik mencari dan mengupas idea2 baru "teristimewa" utk tatapan kami semua ....mekacih ye!
    sure kami akan baca punya...
    ingat!! karakter orang melayu ialah suka meneroka perkara2 baru, berfikir, bertukar silang dgn sumber2 lain, berdiplomasi, pandai berasimilasi, degil utk menegakkan keadilan tetapi dgn cara yg sgt halus dan berhemah, suka berdiskusi dan amat menghargai idea orang lain tetapi tetap dgn pendiriannya yg tersendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Wangsa, terima kasih banyak banyak diatas dorongan Tuan..

    Saya masih baru lagi. Masih cuba mencantum puzzle-puzzle MF. Kalau ada salah silap tolong perbetulkan ya..

    Syukran Tuan.. seronok bila orang orang lama dari MF datang melawat.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    artikel yang menarik ....bila sebut Madagascar teringat saya kepada Angelina Jolie, kerana dia mengambil seorang anak angkat dari situ, pada masa tu saya pun terfikir kenapa sibuk dengan Madagascar...kenapa tidak dari puak Yahudi Afrika/Burma....almaklumlah dia kan Yahudi,selepas itu,saya jumpa kemungkinannya...adakah dia berminat untuk mengambil anak angkat dari keturunan Melayu?Sebelum ni dah ada anak angkat dari Kemboja,Vietnam....macam ada satu corak di situ...

    ReplyDelete
  4. Cik seri II, maaf atas kesilapan identiti.. hehe tapi pendapat cik tu pun boleh difikirkan juga. tapi bukan ke dia ada anak angkat afrika ke?

    ReplyDelete
  5. tahniah benign...

    salah satu topik yg memang dlm fail saya..

    kredit untuk anda kerana berjaya ketengahkan dulu..:)

    teruskan lagi dengan topik yg lain pula...supaya ringan sikit kerja kami..:)

    ReplyDelete
  6. terima kasih Tuan... kebetulan terbaca pasal benda ni, tu terus tulis tu.

    ReplyDelete
  7. Item 10

    apa yang saya baca long time ago orang Melayu sampai dahulu dari orang afrika ke Madagaskar. sayang saya tidak ingat dari mana saya dapat info ini. definately not from internet. penempatan orang afrika terdapat di hujung selatan dan pantai barat Madagaskar. mereka adalah golongan minoriti di Madagaskar

    ReplyDelete
  8. menarik Tuan... kalau dari buku, boleh juga saya cari dekat google books. tapi setelah baca tentang madagaskar ni, saya tertarik dengan teori berlayar ke pulau..

    ReplyDelete
  9. penulisan yang menarik.

    teruskan menulis

    ReplyDelete
  10. To Changkatlobak - Terima kasih tuan

    ReplyDelete
  11. Semua penduduk Malagasy adalah kristian?

    ReplyDelete
  12. Tuan Ahazeman: ada pembetulan sikit tuan.. Malagasy adalah bahasa.. Saya rasa tuan maksudkan adalah adakah semua penduduk madagaskar adalah kristian, jawapannya tidak.

    ReplyDelete
  13. 10- 16% beragama Islam

    ReplyDelete
  14. setuju dengan tuan wangsa..
    tak dinafikan, itulah sikap orang melayu.
    suka meneroka...

    ReplyDelete
  15. Melayu memangnya satu bangsa yang hebat. Malahan pecahan masyarakat dunia ini boleh dikatakan bermula dari Benua Melayu Sunda. Asal kejadian manusia dikatakan bermula dari Nabi Adam A.S yang bermula di Timur Tengah. Selepas itu, populasi manusia bergerak ke Dunia Melayu (Benua Melayu Sunda). Di Benua Melayu Sunda populasi manusia terhenti di situ selama beberapa puluh ribu tahun kemudiannya barulah mereka bergerak ke arah Barat.

    ReplyDelete
  16. Adapun ibunegaranya Madagaskar iaitu Antananaribo adalah merupakan bahasa Melayu atau dalam sebutan kita berbunyi Tanah Beribu....

    ReplyDelete