1- Claudius Ptolemy, seorang ahli geografi, ahli astrologi dan ahli kaji bintang Greek yang terkemuka telah menulis, mengolah dan menyusun sebuah buku yang diberi tajuk Geographia yang mengandungi peta-peta bentuk muka empayar Rom sewaktu pemerintahan empayar Roman pada seawal abad kedua.
2- Seperti mana yang kita tahu melalui buku teks di sekolah-sekolah pada hari ini, Ptolemy telah menamakan semenanjung Malaysia sebagai Golden Chersonese atau pun Aurea Chersonesus yang bermaksud Semenanjung Emas atau Tanah Emas. Melalui Wikipedia, ada dinyatakan disitu bahawa nama Golden Chersonese ini diberikan kerana reputasi Semenanjung Tanah Melayu yang pada waktu itu, sangat terkenal sebagai pembekal emas yang terkenal di seluruh dunia. Ini juga disokong oleh teks-teks Buddha Theravada yang menggelarkan semenanjung tanah melayu sebagai Suvarnabhumi yang juga bermaksud Tanah Emas.
3- Benarkah negara kita yang tercinta ini sebenarnya kaya dengan unsur yang paling mahal didunia itu? Tahukah tuan-tuan dan puan-puan bahawa nama Gunung Ledang pernah disebut didalam kitab Injil Hebrew versi Raja James, Book of Job 28:16 yang dipetik sebagai menyebut:
It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire.
4- Ophir atau Mount Ophir seperti mana yang disebut oleh Book of Job tersebut adalah merujuk kepada Gunung Ledang. Sehingga ke hari ini Gunung Ledang dikenali dengan nama inggerisnya, Mount Ophir. Pedagang-pedagang jawa di era Majapahit menggelarkannya sebagai Gunung Ledang yang membawa maksud Gunung Dari Jauh. Para Pedagang - pedagang China yang sering menyusuri Selat Melaka pula menggelarkan gunung ini dengan nama Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas. Terdapat beberapa tempat lagi yang turut dikenali sebagai Ophir, malah para sarjana masih lagi berdebat dan bertentang pendapat tentang lokasi sebenar Mount Ophir seperti yang di sebut didalam Injil mereka itu. Melalui perbandingan rekod-rekod purba dengan reputasi Semenanjung Tanah Melayu yang terkenal dengan emas ini, saya rasa Gunung Ledang adalah lokasi yang tepat.
Kerajaan Nabi Sulaiman, didalam mendapatkan bekalan emas telah menghantar kapal-kapal ke Ophir. Namun kapal-kapal ini mengambil masa yang sangat lama untuk kembali. Para sarjana ada membuat perbandingan dan kesimpulan yang direkodkan didalam The London Quaterly Review jilid 86-87 yang diterbitkan pada tahun 1850 yang menyatakan seperti berikut:
5- William James Perry didalam bukunya The Children of the Sun yang diterbitkan pada tahun 1927 ada merekodkan seperti berikut:
6- Terdapat begitu banyak loji-loji kuno yang digunakan untuk melombong emas dijumpai berselerak di merata semenanjung. Loji-loji ini didapati menggunakan teknologi-teknologi yang terlalu tinggi sehingga kan menyebabkan para sarjana sukar untuk mempercayai bahawa ianya dibina dan dikendalikan oleh orang melayu sehinggakan ada yang mengatakan bahawa ia dibina oleh bangsa asing yang tidak diketahui. Perry dipetik sebagai menyebut:
7- Perry juga memetik catatan Hugh Clifford berkenaan dengan penemuan loji-loji emas kuno ini. Clifford tampak lebih terbuka untuk menerima penemuan-penemuan loji-loji emas kuno ini sebagai jawapan kepada persoalan kenapa Semenanjung Tanah Melayu digelar sebagai The Golden Chersonese. Clifford dipetik sebagai berkata:
Kerajaan Nabi Sulaiman, didalam mendapatkan bekalan emas telah menghantar kapal-kapal ke Ophir. Namun kapal-kapal ini mengambil masa yang sangat lama untuk kembali. Para sarjana ada membuat perbandingan dan kesimpulan yang direkodkan didalam The London Quaterly Review jilid 86-87 yang diterbitkan pada tahun 1850 yang menyatakan seperti berikut:
In truth, as Solomon's ships, which brought back this gold, were absent so long, there seems to be good reason for believing that his Ophir may have been in the Malayan peninsula or adjacent countries, crystalline and granitic, which still furnish a considerable amount of gold.
5- William James Perry didalam bukunya The Children of the Sun yang diterbitkan pada tahun 1927 ada merekodkan seperti berikut:
The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization.
6- Terdapat begitu banyak loji-loji kuno yang digunakan untuk melombong emas dijumpai berselerak di merata semenanjung. Loji-loji ini didapati menggunakan teknologi-teknologi yang terlalu tinggi sehingga kan menyebabkan para sarjana sukar untuk mempercayai bahawa ianya dibina dan dikendalikan oleh orang melayu sehinggakan ada yang mengatakan bahawa ia dibina oleh bangsa asing yang tidak diketahui. Perry dipetik sebagai menyebut:
In this same region of the Tui valley have been found some stone rings whose use and makers are entirely unknown. neither Malays nor Chinese in Pahang has any reasonable theory of the origin or the possible use of these things and it seems very improbable that the rings could have been made by either of these peoples. There are other signs of an alien people in this state.
Gelung Batu Dari Pahang yang dirujuk oleh Perry diatas. |
7- Perry juga memetik catatan Hugh Clifford berkenaan dengan penemuan loji-loji emas kuno ini. Clifford tampak lebih terbuka untuk menerima penemuan-penemuan loji-loji emas kuno ini sebagai jawapan kepada persoalan kenapa Semenanjung Tanah Melayu digelar sebagai The Golden Chersonese. Clifford dipetik sebagai berkata:
The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time tons of their precious metal.
8- Adakah benar Semenanjung Tanah Melayu ini sememangnya kaya dengan emas? Kita sering mendengar cerita dan hikayat Sultan Melaka mengutuskan rombongan yang diketuai oleh laksmana tersohor, Hang Tuah, ke Gunung Ledang dengan hasrat untuk menyunting serta memperisterikan seorang Puteri tinggal di gunung tersebut. Puteri cantik jelita yang terkenal dengan nama Puteri Gunung Ledang itu, seperti mana yang kita tahu, telah memberikan beberapa syarat-syarat untuk dipenuhi oleh Sultan sekiranya baginda Sultan ingin memperisterikan dirinya. Salah satu daripada syarat-syarat tersebut adalah sebuah jambatan emas daripada Gunung Ledang ke Istana Melaka.
9- Ada cerita yang mengatakan bahawa baginda Sultan tidak dapat memenuhi kesemua syarat-syarat tersebut dan ada pula yang mengatakan bahawa Sultan dapat memenuhi syarat-syarat tersebut kecuali syarat yang terakhir, yang seperti mana kita dengar, adalah semangkuk darah putera Baginda itu sendiri. Kiranya kita mengambil pendapat yang terkemudian, kita boleh menyimpulkan bahawa Melaka pada masa itu mempunyai jumlah simpanan emas yang banyak.
10- Mengikut catatan Thomas Stamford Raffles didalam The Malay Annals pula mencatatkan bahawa Sultan Mahmud menyanggupi kesemua syarat-syarat tersebut kecuali yang terakhir itu. Stamford Raffles dipetik sebagai mencatatkan seperti berikut:
10- Mengikut catatan Thomas Stamford Raffles didalam The Malay Annals pula mencatatkan bahawa Sultan Mahmud menyanggupi kesemua syarat-syarat tersebut kecuali yang terakhir itu. Stamford Raffles dipetik sebagai mencatatkan seperti berikut:
Then Tun Mamed returned and / descended to the laksamana and Sang Satia, and informed them of what had passed; after which they all returned and related the whole of the old woman's conversation to Sultan Mahmud Shah, who said, " all these requests may be complied with, but the taking of blood is an unpleasant business, and I have no inclination for it at all."
11- Menarik bukan?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTuan, masih ada lagi orang mendulang emas disitu? satu berita yang menarik. Macam cakap tuan, saya rasa banyak lagi benda benda yang mereka jumpa di pahang yang tidak direkodkan.
ReplyDeletekalau bukan kerana memang tanah melayu ini kaya dengan emas, takkan sejarah sering merujuk bumi kita ini dengan emas.
Cuma saya sedikit hairan kenapa di masa sekarang, kita tidak terlalu terkenal dengan emas? Adakah perkara ini disembunyikan dari pengetahuan dunia luar?
Salam,
ReplyDeletesaya setuju,Pahang ada banyak misteri untuk dibongkar ...Kuala Lipis,Lembah Bama,Kota Gelanggi,Tasik Chini...mungkin Tuan Semantan boleh berkongsi maklumat berkenaan Lembah Tui
Tuan Benign, saya rasa ada sebab mengapa kita tidak menyerlahkan hasil emas itu ...akan sampai masanya nanti ...sedangkan sekarang ni Malaysia dibanjiri dengan pendatang luar yang tak hendak meninggalkan negara ni..bayangkan bila kita terkenal sebagai lubuk emas....lagi satu...orang tua-tua kata...emas ni ada 'penjaganya' dan kebiasaannya yang dapat didulang tu sikit sahaja...kerana 'ibu emas' ini boleh dipindah-pindahkan oleh penjaganya...
Terima kasih Cik Seri II. Mungkin saya akan mencari bahan-bahan rujukan mengenai Lembah Tui sekiranya ada dan berkongsi disini.
ReplyDeleteBerkenaan dengan kekayaan-kekayaan bumi yang bakal "keluar" pada suatu hari nanti tu, banyak juga yang saya dengar. Tapi banyak cerita cerita ini adalah berunsur mistik yang pasti sukar untuk saya cari buku buku mengenainya. Sangat sayang...
Sekarang ni tengah sibuk mengumpul bahan untuk entri seterusnya iaitu Pelayar Melayu & Kapal-kapal buatan Melayu.
jikalau betul la Sultan dapat memenuhi syarat-syarat tersebut kecuali syarat yang terakhir, dimanakah terletaknya Jambatan Emas tu?? persoalan yg bingung.
ReplyDeleteyg ko percaya sangat tu kenape
DeleteHahaha
DeleteBukan begitu..../
DeleteSultan Melaka telah menyanggupi utk kesemua syarat2 tersebut kecuali syarat yg terakhir.
Bila Sultan sudah menyatakan kesanggupan nya utk membina jembatan emas, ITU bererti baginda tidak melihat pembinaan jambatan emas itu sebagai satu masalah.
salam tuan,
ReplyDeletesaya tak pasti gunung ledang kaya dgn emas. saya tidak pernah terbaca atau mendengar dr sumber2 geologi yang mengata begitu. mmg kelantan, terengganu dan pahang kaya dgn emas. lombong penjom dan selinsing di pahang mmg lmbong emas yg besar. kalau gunung ledang terletak di johor fakta geologi tidak menyokong hujah tersebut. kalau gunung ledang terletak di pahang mungkin ada benarnya.
sekadar tambahan utk berkongsi. ikut geologi mmg kalau kita hendak mencari emas atau apa saja logam kita perlu menyusur hingga ke hulu sungai yg biasanya adalah dia atas bukit atau gunung. emas yg kita dulang di sungai atau tanah rata adalah emas yg telah dihanyutkan.
ReplyDeletesaya tak pasti di mana lokasi sebenar lombong emas penjom. tp saya yakin ianya adalah bukit. saya pernah sampai ke bekas lombong tembaga mamut di sabah. lombong ini juga adahasil sampingan emas dan perak. lokasi lombong ini mmg di atas gunung berhampiran gunung kinabalu.
emas masih dilombong secara rahsia di kuala lipis. saya pernah berjumpa dgn pemilik ilegal kat sana. 1 hari hasil emas yg dikeluarkan adalah anggaran 1-3 kg.
ReplyDeletemesti cina kan??
Deletemelayu mesti malas
Kalo da jumpe, amek la contact.. kalo aku da jd plombong da skrg.hihi
DeleteTulisan paling bodoh pernah jumpa. Ini first time.
DeleteZaman Ptolemy abad pertama masehi mana ada Cina di Asia Tenggara.
That's why Ptolemy tulis Malayu Kolon. Dia tak tulis cina Kolon.
Zaman i-tsing pada abad 7 masehi mana ada cina lagi.
I-tsing tulis Moloyu.
gemas dulu adalah tempat pengeluaran emas, gemas kan takjauh dari johor, saya percaya dulu ada pengeluaran emas disana
ReplyDeletePtolemy sudah pun merujuk semenanjung ini dengan aurea chersonese bermaksud semenanjung emas siap dengan peta sekali. Jadi sudah ada petunjuk semenanjung tanah Melayu memang kawasan emas.
ReplyDeleteMahu bukti lain. Catatan merekodkan kapal portugis Flor De La Mar membawa harta kekayaan Melaka termasuk 200 peti batu permata, berpeti-peti wang emas, barang kemas raja, mahkota emas, singgahsana emas, patung singa emas, keris-keris dan senjata emas, meja makan permaisuri betatah emas permata, buku-buku Melayu dan sebagainya. Disebut oleh Alburqueque kekayaan Melaka sebagai the richest treasure ever seen on earth.
Saya percaya Melaka ketika dulu memang mampu mebuat jambatan emas. Istana Sultan pernah direkodkan dicat air emas. Jadi menyediakan jambatan emas (dicat air emas) tidaklah mustahil. Hanya saja perkahwinan tidak jadi sebab itu jambatan emas tidak dibina.
Dulu Melaka terlalu luas meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Bruas dan Manjung (sekarang Perak), Jugra dan Kelang (sekarang Selangor), Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi (sekarang Johor), Singapura, Bintan, Riau, dan sebahagian Sumatera. Melaka berbaik-baik dengan Majapahit, Pasai dan Gowa. Pelabuhan Melaka ramai pedagang nusantara serta China, Arab, India, Parsi dan Siam. Bahkan saya terjumpa kajian oleh universiti jepun mengatakan pedagang Jepun ada ke Melaka di zaman kesultanan Melaka.
Terima kasih diatas perkongsian tersebut...
ReplyDeleteBerkenaan dengan pedagang jepun, saya juga ada terbaca mengenai penempatan jepun di Johor yang sudah pun wujud sekian lama hasil dari hubungan Sultan Johor dan Maharaja Jepun pada waktu itu...
kerajaan pahang wajib beri lesen menggali emas kepada hanya rakyat pahang, orang luar nak melabor mesti kongsi dengan pemilik lesen, kalau tidak orang luar senang2 kutip hasil rakyat tempatan putih mata, kerajaan bimbing sikitlah rakyatnya mengusaha sendiri lombong2 kecil-kecilan, supaya semua kekayaan hasil bumi pahang dipulangkan keuntungannya kepada rakyat pahang juga,,,stuju tak??
ReplyDeletesetuju..
ReplyDelete"Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl"
ReplyDeleteStatement ni pun dah menunjukkan Pahang adalah Ophir..Jika Mount Ophir adalah Gunung Ledang, Hugh Clifford percaya Ophir (King Solomon's Mine's terletak di Pahang terutama Ulu Pahang - Raub/Lipis).
Here, hidden away under the shade of primeval forest are excavations which must have yielded in the time tons of the precious metal, and if Josephus spoke truly and did not, as it is more probable, merely hazard a bold conjecture here perhaps are to be found in the heart of the Chersonesus Area the mine of Solomon the King. Of the race that worked them, the slave that toiled and suffered and died therein, we to-day possess no clue .......... Here the land of buried story, of hidden records, of forgotten romance.
Sir Roland examines the book VII of “Ptolemy's Geographica” written about 160 AD, which sends us back to the land of Ophir of the Bible, also called “Golden Chersonese”, where gold of higher purity had already been found around 3000 years ago in today's Pahang.
http://paperspast.natlib.govt.nz/cgi-bin/paperspast?a=d&d=OW18920901.2.104.3&l=mi&e=-------10--1----2--
Tidak hairanlah kalau zaman dulu anak-anak raja bermain-main emas di bawah istana.
ReplyDeleteDan begitulah kekayaan di negara ini telah dibawa keluar oleh British untuk membangunkan negara mereka, begitu juga dengan China, mereka membawa pelombong-pelombong emas dan membawa balik kekayaan ke negara China.
Ours' was a rich country in many ways!Gold & Silver aplenty,which was plundered by foreign powers,even before the 15th AD! Rubber,then palm oil plus the current petroleum should have kept us ahead of our neighbours until calculated risk/mistakes suffered the people,by enriching only a handful selected few!
ReplyDelete