23 January 2011

Pelayar dan Kapal-Kapal Buatan Melayu.

1- Empayar-empayar bangsa Melayu purba sememangnya terkenal sebagai empayar maritim yang hebat. Kerajaan-kerajaan seperti Srivijaya dan Melaka, sekadar menyebut beberapa nama, adalah kerajaan-kerajaan Maritim, kerajaan-kerajaan yang bergantung kepada aktiviti-aktiviti laut daripada sekecil-kecil nelayan biasa kepada pedagang-pedagang yang menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa melalui jalan laut.



2- Sebelum kedatangan orang-orang Eropah yang kononnya membawa kemodenan lagi, orang-orang melayu sememangnya sudah lama terkenal sebagai pelayar-pelayar yang hebat dan bangsa yang amat mahir dengan ilmu pelayaran dan pembuatan kapal-kapal besar. Lanun-lanun melayu adalah diantara lanun-lanun yang amat ditakuti pada suatu masa dahulu.


Replika Kapal yang digunakan oleh Lanun dari Kepulauan  Melayu
3- Maka tidak hairan lah pelayar Portugis yang terkenal, Ferdinand Magellan menggunakan khidmat orang melayu untuk membantunya didalam misi-misi pelayarannya merentas lautan mencari kepulauan rempah. Anda mungkin tidak kenal siapa itu Henry The Black ataupun Enrique tetapi anda pasti pernah mendengar nama Panglima Awang atau Panglima Hitam bukan?

4- Lynda Shaffer didalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500 yang diterbitkan pada tahun 1996 telah membuat kajian terperinci mengenai pelaut-pelaut Melayu yang sedari awal kurun pertama telah pun mahir dengan pelayaran-pelayaran jarak jauh. Pelayar-pelayar melayu lah yang bertanggung jawab menyebarkan pasu-pasu tanah liat tradisi Sa-Huynh Kalanay dan gendang Dongsan bertebaran keseluruh Asia Tenggara.

5- Memetik Lynda Shaffer yang disebut sebagai berkata pelayar-pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.

6- Malah pelayar-pelayar China telah mengetahui tentang orang-orang melayu dari seawal kurun ke 3. Shaffer seterusnya dipetik sebagai berkata: 
The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going vessels engaged in long distance over seas trade. The Chinese in fact appear to have learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundreds years B.C.E and by the time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails.  

7- Gaspar Correia. pencatit berbangsa Portugis telah mencatitkan seperti berikut sewatu armada perang Portugis bertembung dengan sebuah kapal melayu dari Aceh menjelaskan bahawa sisi kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tiada siapa yang berani untuk cuba memanjatnya dari mana-mana kapal Portugis. Kapal tersebut seolah tidak tercalar dengan serangan Portugis kerana kapal tersebut mempunyai 4 lapis perisai dan meriam Portugis yang paling besar pun hanya mampu menembusi dua lapisan sahaja

8- Keadaan ini telah memaksa Gabenor pada waktu itu menghantar kapal perang terbesarnya iaitu Flor De La Mar. Walaupun demikian, kapal perang Aceh tersebut masih mampu menahan serangan selama 2 hari dua malam dan hanya tewas apabila pihak Portugis berjaya memusnahkan sirip kemudinya. Correia telah dipetik sebagai mengatakan seperti berikut:

Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo.
9- Didalam buku The Golden Chersonese And The Way Thither yang ditulis oleh Isabella L Bird yang mengembara ke Timur Jauh pada tahun 1879 ada mengatakan selepas daripada kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar melayu Aceh telah cuba menawan kembali Kota Melaka dengan segerombolan kapal-kapal perang mencecah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari mana-mana kapal yang pernah dibina di Eropah. Bird dipetik sebagai berkata:

of the remaining Moorish or Malay Kingdoms, Acheen, in Sumatra, was the most powerful, so powerful indeed that its king was able to besiege the great stronghold of malacca more than once with a fleet, according to the annalist of more than five hundred sail, one hundred of which were of greater size than any then constructed in Europe and the warriors and mariners that it bore amounted to sixty thousand commanded by the King in person.  
10- Saya seterusnya cuba membelek-belek beberapa forum-forum tempatan dan luar negara yang ada membincangkan tentang kapal-kapal buatan Melayu ini. Didalam satu surat bertarikh 28 November 1587, yang ditulis oleh Dom Paulo Lima de Pereira kepada Raja Philip yang menguasai Portugal dan Sepanyol ada menyebut tentang beberapa kapal perang milik Johor yang berjaya ditewaskan oleh Portugis ketika percubaan Portugis untuk menawan Johor Lama dan Kota Batu. Diantara kapal-kapal tersebut, terdapat sejenis kapal besar yang dipanggil Galleons.

No estreito, e nas estancias defronte da cidade se queimarão passante de mil embarcações entre Juncos ballos, e somas, e muitos balões, queimarão mais dous galeões, oito Gales, e algumas fustas, e lancharas,


Terjemahan:
In the Strait and the anchorage before the city, more than 1,000 vessels were burnt, among these junks, bâlos, sômas and many balões, two more galleons, eight galleys, some foists and lancharas.
11- Galleons ini juga ada disebut didalam satu lagu sumber PortugisBatalhas e Combates Marinha Portuguesa: 1580-1603” yang dipetik sebagai menyebut:

nos esteiros a norte e a sul da cidade foram incendiados cerca de dois mil navios, entre naus, gales, juncos, galeotas, fustas, lancharas, bantins, champanas e outros de menor porte !
O rei de Jor perdeu quatro mil soldados que lhe foram mortos em combate pelos portugueses e outros três mil que lhe foram mortos durante a retirada pelos javos que levava consigo.


Terjemahan:
In the estuaries north and south of the city, about two thousand ships were burned, among them naus, galleys, junks, galliot, foists, lancharas, bantins, champanas and other lesser crafts !
The king of Jor lost four thousand soldiers who have been killed in combat by the Portuguese and three thousand who have been killed during the withdrawal by ‘javos’ he carried.
12- Galleons adalah kapal-kapal perang besar yang mempunyai tingkat-tingkat dan aras-aras yang berlainan didalam badan kapal tersebut. Ini menyebabkan ia mempunyai bentuk yang sangat besar dan sesuai untuk digunakan bagi membawa muatan, tentera dan apa sahaja kenderaan perang seperti meriam didalam kuantiti yang banyak.

Rentasan sebuah Galleon


13- Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda. Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar Galleons pada sekitar 1580an ke 1600an.

14- Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang besar yang dipanggil Kura-kura (cora-cora) yang kadang-kadang memerlukan sehingga 90 orang pendayung. Kapal Kura-Kura ini banyak digunakan di Maluku. Pihak Belanda memanggilnya Kapal Perang Ambon. Pada awal kurun ke 16, kapal Kura-Kura ini sangat digeruni oleh pelayar eropah setelah lakarannya tersebar luas.

Kura-kura Melayu yang menggentarkan Eropah.

14- Menarik bukan? Apa yang lebih menarik, selepas saya membaca buku nukilan R.A Fletcher yang bertajuk Warships & Their Stories yang diterbitkan pada tahun 2004, saya mendapati satu penemuan yang agak menarik untuk diperdebatkan. Menurut Fletcher, bangsa yang mula mula mencipta dan menggunakan sayap (outriggers) bagi kanu-kanu atau sampan-sampan adalah orang - orang melayu. Menurut Fletcher lagi, ini berdasarkan kajian dimana sahaja terdapatnya pengaruh bangsa melayu yang kuat, disitu lah juga kanu-kanu bersayap ini akan dijumpai. memetik Fletcher yang menyebut seperti berikut:

The Malays are supposed to have invented the outrigger and this conjecture is based on the fact that wherever the Malay influence is traceable there some form of outrigger or double canoe is to be found also.

Lakaran Kapal, Lanchara dan Jong melayu. Yang paling hampir itu lah perahu bersayap orang melayu.

19 comments:

  1. good job! artikel yg sangat bagus. obviously lebih banyak kajian atau maklumat tentang seni perkapalan melayu dibuat atau dibukukan di luar malaysia. samada mereka lebih interested dari orang melayu sendiri, atau kita tidak ada kepakaran/masa/budget.

    mungkin akan lebih menarik kalau artikel ni disertakan dengan timeline, tarikh peristiwa atau bila artikel ditulis/bila kajian dibuat/penemuan bukti penting melalui pengembaraan si polan. so boleh nampa dari satu garis masa, mudah difahami dan fakta2 dapat digambarkan degan jelas. just an opinion.

    teruskan menulis!

    ReplyDelete
  2. time line sukar nak ditentukan sebab sumber-sumber, buku-buku dan catitan, yang saya rujuk tak menyebut timeline-timeline secara tepat. Saya sendiri pun tak berani mengagak kerana kekurangan kepakaran.

    Tarikh kajian pun lebih kepada tahun-tahun buku-buku tersebut diterbitkan.. catitan-catitan ni mungkin telah ditulis lagi awal..

    terima kasih kerana melawat boss.. teruskan memberi pendapat.

    ReplyDelete
  3. salam bro benign,

    ..nak tau lagi betapa hebatnya orang Melayu dalam pelayaran? Dari pengalaman saya, kapten-kapten kapal Melayu sama ada di Navy ataupun syarikat-syarikat seperti MISC, AET, Maersk Line dsb amat-amat disegani dan pada masa yang sama, ditakuti kerana mereka handal dalam navigation, tetapi main redah aje. Berani stok hati kering kaw-kaw hanya Allah Taala je yang tau. Ada ribut, kalau tak boleh elak... diorang kata redah aja. Hidup mati Allah taala punya hak nak tentukan. Itu dari pengalaman saya selaku orang laut aka pelayar (kerja atas kapal).

    LAgi satu, dari cerita lisan kawan saya yang berada di UK, mendiang atuk dia adalah pegawai tinggi dalam HMS Malaya milik British dulu. Atuk dia pernah mencatatkan dalam journal pelayaran dia yang kebanyakan kelasi dan officer tinggi dalam HMS Malaya adalah orang Melayu sendiri. Pegawai Melayu amat disegani oleh Admiral-admiral British, malah the famous British admiralty Board sendiri kerana mereka handal dan expert dalam navigation, celestial matters (pandu arah ikut bintang, buruj dan bulan) dan juga naval battle antara british dan German. saya... bangga woo dgr citer tu. Sehingga skrg, petempatan org Melayu di UK juga dipenuhi orang laut Melayu aka veteran kelasi dan pegawai Melayu yg pernah service British Empire dulu, especially di Liverpool. Saya pernah ke sana dan sharing ilmu pengetahuan dgn diorang. Org kata, dapat la skit-skit pengalaman dan pengetahuan.

    Sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan dgn semua secara ikhlas~

    AkuAnonjugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..saya cadangkan anda catatkan pengalaman2 anda itu atau boleh j terbtkan buku tentang perkongsian ilmu dan cerita2 yg anda dpt semasa di Liverpool..
      lau e-book pown menarik. saya sedia membeli..(hanya cadangan spy cerita2 tersebut tidak ditelan zaman)

      Delete
  4. Salam...

    wah. terima kasih bro atas perkongsian pengalaman..

    macam ada sesetengah orang cakap la, ilmu laut ni kadang-kadang dah jadi macam deria keenam orang orang melayu yang banyak cari rezeki dilaut. Dari sampan kecil hinggalah ke bot bot dan kapal kapal besar..

    ReplyDelete
  5. salam bros..

    dalam bab ilmu ni...
    ko org cedok laa banyak mane yg ko org mampu
    (buku,jurnal,catatan,blog etc...)'bendenye' tetap takkan berkurang...makin bertambah banyak ade lee..teruskan pencarian!

    ReplyDelete
  6. Salam tuan,

    saja nak berkongsi maklumat ...tak silap saya MBRAS ada menerbitkan buku berkenaan sampan dan kapal-kapal Melayu ...saya pernah terlihat di kedai buku...

    ReplyDelete
  7. Puan Seri II, MBRAS tu apa? Kalau ada tajuk, mungkin saya boleh cuba cari..

    Untuk makluman Puan, setakat ini buku buku yang saya rujuk semuanya dibaca dari Internet. Dari Google books dimana mereka scan muka surat buku yang sebenar. Banyak buku dari Malaysia yang spesifik tentang perkara yang saya cari tapi tak dapat dibaca di internet.. terpaksa cari buku fizikal..

    ReplyDelete
  8. Salam tuan,

    Saya rasa tidak menjadi masalah jika gunakan rujukan dalam bentuk digital... cuma bagi perkara berkaitan sejarah, ia mungkin agak terhad.MBRAS tu ialah Malaysian Branch of Royal Asiatic Society, boleh dapat lebih maklumat berkaitan buku yang saya maksudkan di sini http://www.mbras.org.my/reprint27.html
    Harap ini dapat membantu,selamat membaca dan mengkaji ye :)

    ReplyDelete
  9. owhs... terima kasih Puan Sri II, insya Allah nanti saya cuba tengok apa yang boleh saya godek dari web tersebut.

    ReplyDelete
  10. Tahniah, artikel yang menarik.

    Saya ada lihat keratan akhbar Inggeris yang mengaitkan Pirate of Caribean dengan lanun Melayu. Betul ke ?

    http://jiwang.org/sejarah-mitologi/44780-pirate-caribbean-ada-kaitan-dgn-legenda-lanun-melayu.html

    ReplyDelete
  11. Satu yang saya perhati, teknologi Melayu lama ini tiada menggunakan kuasa petrol atau diesel. Tetapi mereka tetap menguasai perairan dunia. tapi setelah teknologi lama ni telah dimusnahkan, habis-habisan , secara psikologi teknologi mesra alam ini telah dikalahkan dan nampak tak hebat di mata dunia. Tu yg org Barat bawa masuk teknologi mereka tuh. Tapi dengan penemuan bahan api mesra alam spt minyak kelapa sawit dan rumpair laut, siapa yg dapat menguasai ilmu bahanapi mesra alam ini bole mendahului dunia. Hanya masa yg menentukannya

    ReplyDelete
  12. Saya pernah mendengar ceramah mengenai kapal Melayu yang begitu hebat. Tingginya setinggi bangunan 12 tingkat. Jong China amat takut dengan kapal-kapal Melayu. Sehingga ada satu tahap, China tidak membenarkan kapal Melayu berlabuh berhampiran kapal China kerana pernah ada kejadian 2,3 kapal China musnah akbibat terkena badan kapal Melayu.

    ReplyDelete
  13. Salam tuan, terima kasih diatas usaha yang sangat baik ini . Banyak yang saya peolehi dari tulisan tuan.Syabas :)

    ReplyDelete
  14. Excellent work here. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  15. info terbaik...sgt menarik...sayang habis semua sisa peninggalan dijarah dan dibakar hingga lenyap dari sejarah. Kapal portugis pula yg diagungkan sedangkan sisa sisa kapal melayu langsung tiada. Amat menyedihkan

    ReplyDelete
  16. Assalam tn admin
    Saya mohon sedikit bantuan jika tuan tahu . Di mana boleh saya dapati buku-buku tentang pembuatan kapal-kapal kayu alam melayu . Samada di universiti tempatan , kedai buku atau individu tertentu .
    Saya dahulukan dgn terima kasih .
    Boleh hubungi saya untk cepat info .

    Terima kasih
    Md helmi
    Shah alam
    0183928389

    ReplyDelete