1- Sedang saya menyusur internet seperti biasa mencari-cari apa sahaja yang menarik untuk dibaca, saya tertarik dengan beberapa topik yang saya kira agak menarik untuk dikupas. Topik yang pertama adalah mengenai bangsa melayu di Filipina dam topik yang kedua adalah bangsa melayu di Sri Lanka. Saya cuba mencari sumber-sumber rujukan untuk kedua dua topik ini namun kali ini saya ingin rungkaikan apa yang sempat saya baca dari sebuah buku hasil nukilan Luzano Pancho Canlas yang bertajuk Philippines' 2 Millennium History yang topik ringkas yang khusus mengenai mengenai melayu di filipina dan asal-usul bangsa Pinoy itu.
2- Canlas ada merujuk beberapa buah buku didalam penulisannya dan salah satu daripadanya adalah dari Charles Donald Cowan yang bertajuk Nineteenth Century Malaya - The Origins of British Political Control yang diterbitkan pada tahun 1961.
3- Menurut Canlas, orang-orang melayu purba adalah nomad-nomad pasifik, pelaut-pelaut berani yang mengembara merentasi lautan selatan pasifik yang luas didalam perahu-perahu kecil yang dipanggil Balangay tanpa apa-apa kelengkapan melainkan bintang-bintang dilangit untuk dijadikan panduan. Canlas memetik Cowan yang berkata bahawa orang-orang melayu adalah pelayar - pengembara yang jauh lebih hebat dari orang-orang Phoenicia. Selain pelaut-pelaut yang kental, orang orang melayu purba juga adalah pedagang-pedagang yang rancak dan hebat.
4- Menurut Canlas lagi, kepulauan melayu adalah kumpulan pulau-pulau yang terbesar didunia meliputi kepulauan Sunda, maluku, Irian dan Filipina. Malaya dipanggil Tanah Melayu dan dalam bahasa tagalog, ia bermaksud Jauh. Canlas juga memetik Cowan yang berpendapat bahawa Shem yang merupakan anak lelaki kepada Noah telah menetap di Mesopotamia selepas kejadian Banjir Besar dan menjadi bapa kepada orang-orang Semitic. Salah seorang daripada keturunan Shem yang bernama Ophir telah datang dan menetap di satu tempat ditimur yang paling jauh (farthest part of the east) yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu.
5- Menurut Canlas, bangsa filipino adalah campuran dari pelbagai bangsa untuk membentuk satu bangsa Filipina atau Pinoy dengan kumpulan bangsa yang paling besar adalah bangsa melayu yang terbahagi pula kepada 3 bahagian utama iaitu: Pagan Malays (Suku Igorot, Bontoc, Ifugao dan Tingian), Mohammedan Malays (populasi Islam yang menetap di Mindanao dan Sulu, dan suka mengunyah daun sireh) dan Christian Malays (Tagalog, Papango, Ilocano, Zambales, Cagayan, Bicol, Visayan dan Pangasinan).
6- Menarik bukan? Saya seterusnya membuat lagi beberapa pencarian tentang susur galur melayu di Filipina sehingga terjumpa sedikit lagenda mengenai orang-orang Melayu Borneo yang membuka Antique yang terletak di sebelah barat kepulauan Visaya, Filipina sebelum kedatang pelayar-pelayar Sepanyol. Di Filipina, kisah ini dikenali sebagai Hikayat Maragtas.
7- Ahli sejarah berpendapat bahawa kepulauan Panay pada asalnya didiami oleh orang-orang Negrito ataupun orang-orang Ati. Namun mengikut lagenda setempat, pada 1212, sepuluh Datu-Datu Melayu dari Borneo telah melarikan diri daripada hukuman bunuh yang dijatuhkan keatas mereka oleh penguasa empayar Sri-Vishaya (nama lain bagi sebuah empayar melayu kuno, Srivijaya) pada masa itu yang bernama Datu Makatunaw, dan mendarat bersama kaum keluarga mereka di Panay setelah berlayar berhari-hari dengan menggunakan sejenis kapal yang dinamakan Barangay.
8- Datu-Datu Melayu Borneo ini diketuai oleh seorang penguasa yang bernama Datu Puti. Selain Datu Puti, Datu-Datu lain yang turut serta didalam pelarian itu adalah Datu Sumakwel, Datu Bangkaya, Datu Paiborong, Datu Paduhinogan, Datu Dumangsol, Datu Libay, Datu Dumangsil, Datu Dumalogdog dan Datu Balensuela. Ada ahli sejarah berpendapat bahawa Datu-Datu Melayu ini lah yang menjadi perintis peradaban pra-penjajahan di Filipina.
9- Di Pulau Panay, Datu-Datu ini bertembung dengan penduduk-penduduk asal Pulau tersebut iaitu orang-orang Ati yang diketuai oleh Raja Marikudo dan isterinya Maniwangtiwan. Datu-Datu ini mula menjalinkan hubungan perniagaan dengan orang-orang Ati secara sistem barter dimana barang - barang logam seperti seperti kapak, keris dan pisau yang dibawa oleh orang-orang melayu ditukarkan dengan pelbagai barangan-barangan laut daripada orang-orang Ati.
10- Sebagai merayakan permulaan hubungan perniagaan diantara kedua-dua bangsa ini, Raja Marikudo telah menjemput orang-orang melayu ini ke satu jamuan makan. Datu-Datu ini menerima jemputan tersebut dan turun ke jamuan tersebut dengan berpakaian melayu lengkap. Dengan tengkolok serta hiasan-hiasan permata bagi orang-orang lelaki. Manakala rambut belahan tengah dengan dua sanggul serta anting-anting permata bagi orang-orang perempuan. Mereka juga memakai baju-baju berlengan panjang serta kain-kain sarong yang dipanggil Tapis.
11- Didalam jamuan ini juga Datu-Datu ini menyatakan hasrat untuk membeli pulau itu daripada Raja Ati itu. Marikudo yang beranggapan bahawa pulau tersebut terlalu besar untuk diusahakannya, telah bersetuju dimana harga yang dibayar oleh Datu-Datu ini adalah sejenis tengkolok emas yang dipanggil Saduk untuk Marikudo dan seutas rantai emas untuk Maniwangtiwan.
12- Selepas daripada daripada orang-orang Ati ini berundur ke dalam kawasan hutan yang lebih dalam (yang mana etnik ini masih lagi boleh dijumpai pada hari ini), Datu-Datu ini telah membahagikan pulau tersebut kepada 3 bahagian atau daerah yang dipanggil Saktop/Sakup, iaitu Hantiq, Aklan dan Irong-Irong dan seterusnya merintis kepada kewujudan puak-puak atau etnik-etnik terawal di Filipina. Datu Puti, Bangkaya dan Paiburong masing-masing mengetuai setiap bahagian atau saktop ini. Keseluruhan bahagian ini dipanggil secara bersama dengan panggilan Madya-As.
13- Peristiwa pendaratan Datu-Datu melayu ini masih lagi disambut pada hari ini oleh masyarakat disana melalui perayaan Binirayan. Bandar Malandog yang diasaskan oleh Datu Sumakwel dipercayai merupakan penempatan melayu pertama di Visaya. Didalam rekod-rekod pelayar-pelayar China, orang-orang melayu Madya-As ini dikenali sebagai Pisheya. Rekod Chuan Chou dalam tahun 1612 merekodkan orang-orang Pisheya ini seringkali menyerang kapal-kapal dagang dari China.
14- Sebenarnya terlalu banyak sejarah yang ingin saya kupas setelah membuat pembacaan yang lebih lanjut mengenai sejarah Filipina. Kerajaan Madya-As ini hanya sebahagian sahaja daripada kisah-kisah kerajaan melayu kuno di Filipina. Kerajaan-Kerajaan lain selain Madya-As adalah Kerajaan Kota Seludong (Manila), Kerajaan Namayan dan Kota Tundok di Kepulauan Luzon, Kerajaan Kota Butuan, Kerajaan Rajamuda Lumaya di Cebu, Sultan Shariff Kabungsuwan dan Kesultanan Maguindanao serta Sayyid Abu Bakar Abirin dari Johor yang merintis Kesultanan Sulu di Kepulauan Mindanao.
15- Yang pastinya, hasil pembacaan saya tentang sejarah kerajaan-kerajaan Melayu klasik di Filipina tidak akan berakhir disini. Insya Allah akan bersambung lagi.

artikel yang menarik... teruskan usaha
ReplyDelete=)
Terima kasih mitchy kerana sudi singgah..
ReplyDeleteSangat menarik :)...saya berpendapat orang Melayu juga telah berasimilasi dengan penduduk Phoenicia...kerana mereka terkenal sebagai pelaut di seluruh peradaban sekitar Laut Mediterranean,hingga telah menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat dan terkenal di Eropah pada zamannya...
ReplyDeletebanyak idea di sini.. tahniah..
ReplyDeleteAti? hmmm mungkinkah
-Khairul-
Cik Seri II, Melayu berasimilasi dengan orang orang Phoenicia? Menarik.. tapi sebenarnya, pengetahuan saya tentang Phoenicia tersangat cetek.. kena banyak gali lagi.. nanti saya cuba baca sekiranya idea asimilasi tersebut ada kesinambungannya...
ReplyDeleteKhairul.. terima kasih.. mengikut yang saya baca, Orang orang Ati ni peribumi Filipina. Sama seperti yang berlaku di Madagaskar.. orang orang Melayu berasimilasi dengan penduduk setempat..
ReplyDeletetapi yang menjadi kemusykilan, darimana orang orang peribumi ini datang? dari mana asal mereka? Adakah sedar sedar mereka dah berada di sebuah pulau?
penduduk ati adalah gelombang pertama. bahasa sanskrit merupakan 800 perkataan telah mempengaruhi bahasa melayu. sedangkan bahasa sanksrit adalah bahasa kasta tinggi. adalah menjadi satu larangan pada mana2 pariah dan kasta yang lebih rendah membaca rig Veda atau bercakap dalam bahasa sankskrit walaupun satu perkataan sahaja. (aneh jugak dihina sampai begitu sekali oleh agama mereka masih setia dgn agama yg menghina nenek moyang mereka.)
ReplyDeleteTuan Ahazeman: Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang lapisan kedatangan manusia ke sesuatu tempat.. Seperti mana hipotesis yang mengatakan bahawa Melayu proto adalah gelombang pertama dan melayu deutero sebagai gelombang kedua kedatangan manusia...
ReplyDeletemelayu sepertimana yg deketahui juga bermaksud lari dan melayu di tanah melayu telah digelar melayu kerana telah melarikan diri kerana tidak mahu menerima agama hindu mungkin dizaman pemerintahan srivijaya.. wallahualam..
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeletemelayu sepertimana yg deketahui juga bermaksud lari dan melayu di tanah melayu telah digelar melayu kerana telah melarikan diri kerana tidak mahu menerima agama hindu mungkin dizaman pemerintahan srivijaya.. wallahualam..
March 11, 2011 5:34 PM
sy x rasa melayu itu maksudnya "LARI"
BANGSA MALAI = MELAYU bukanlah me"lari"kan diri, cuma berhijrah membuka penemapatan baru. Nusantara ini milik melayu, mereka bebas berhijrah kemana-mana spt contoh zaman sekarang ni penduduk Kedah, berhijrah ke Kuala Lumpur. Kalo tiada isu pasport sy rasa mungkin kita dah berhijrah ke Hawai agaknya.. :)
Bagi saya, Melayu bulan bermaksud "lari"...pandangan ini wujud sebab kebetulan "Melayu"="lari" dlm bahasa Jawa...kalau logiknya, xkan org Jawa yg menamakan bangsa ini Melayu...kalau org Melayu dinamakan oleh org Jawa, maksudnya org Jawa adalah tidak termasuk dalam kelompok Melayu...mana logiknya...sedangkan org Jawa sendiri tidak memanggil org Melayu dgn sebutan Melayu (saya tidak ingat apa sebutan mereka, bg Jawa Asli/bukan Jawa yg bercampur bahasanya)...sebutan Melayu pula adalah sebutan org Melayu utk diri mereka...kalau org bangsa lain sebutan asas adalah Mala/Malai/Malaya/Malayo...jgn sbb kebetulan perkataan Jawa, kita buat kesimpulan yang sangat mudah begitu...sgt tidak akademik...
ReplyDeleteDatu Puti yg dimaksudkan adalah berbangsa Tausug/Suluk.. bangsa Tausug/Suluk adalah satu bangsa yg terdapat di Sabah dan Sulu (Filipina).. bahasa Tausug adalah permulaan kpd bahasa Melayu.. bangsa Tausug sangat rapat hubungan nya dgn bangsa Bajau.. Bajau bermaksud Bajauh/Berjauh dan Malayu' dlm bahasa Tausug bermaksud Berjauh.. kesimpulan, BAJAU = MELAYU
ReplyDeleteTahniah di atas penerangan yg diberi..Banyak manfaat ,sangat menarik..Bajau=Ber Jauh. Malai/Malay = Melayu bermaksud Jauh,
ReplyDeleteMenarik..menarik!..semuanya ada kaitan..cuma yg musykilnya saya mempunyai saudara yg tinggal di Pulau Panay..tak tahu nak mula di mana dan nak cari di mana.Nama pun saya tak tahu..yg saya tahu..salsilah keluarga saya sebelah emak ialah : Edah Binti Awang (Penghulu Awang-tinggal di Batu Pahat Johor) Awang Bin Rahmat (penghulu Rahmat) Rahmat Bin Ragam..Ragam Bin Puasa...asal dtg dari Linnga..Yg menjadi saya mencari ialah Moyang saya yg bernama Rahmat(penghulu) telah berkahwin dgn seorang wanita yg tinggal di Pulau Panay dan mempunyai seorang anak lelaki...Selepas Penghulu Rahmat kembali semula ke Tanah Melayu..tiada lagi sejarah seterusnya..ia terpadam begitu saja..Saya suka nak menyusur galur saudara saya yg tinggal di Pulau Panay tersebut..mana nak cari? email saya jika ada sedikit maklumat nozilala@gmail.com.TQ
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSebenarnya datu2 melayu itu(datu puti n the gang) ialah org bisaya dari Borneo(brunei tua) bukannya org melayu pada asasnya, mereka yg dipanggil sbg org pisheya tu ialah org bisaya, satu puti dan rombongannya dtg ke sana bukan disebabkan hukuman oleh pemerintah srivijaya, di masa itu salah satu pusat pemerintahan srivijaya ialah di Kota Vijaya di kerajaan poni iaitu kerajaan brunei tua(sblm pengaruh melayu Johor tiba di brunei), ketika itu kerajaan poni(srivijaya) sedang diserang oleh kerajaan melanau yg diketuai oleh raja aliko dimana kerajaan melanau ne ialah proxy kpd kerajaan majapahit yg ingin meluaskan jajahannya, sblm Kota Vijaya diserang dgn hebatnya, org2 kerajaan poni ini satu per satu bertebaran ke serata Sabah dan hingga ke Panay di Filipin, sekumpulan datu ke tuaran dan kemudian kelompok ini dipanggil sbg org lotud, sekumpulan lg ke arah nunuk ragang yg kemudian berasimilasi dgn suku2 paitanic dan menjadi kumpulan dusunic central, Dan sekumpulan lg ke Panay dan kemudian berasimilasi dgn kelompok ati serta suku2 negrito lain disana dan kemudian menjadi org2 Visaya di sana, mereka pd masa itu belum dipanggil melayu pun, klu dlm kajian sejarawan eropah dipanggil sbg Malay-proto, datu puti n the gang buat return to poni(brunei kuno) menyerang pihak melanau-majapahit yg sudah kuasai Kota Vijaya utk menawannya kembali, dan berjaya, setelah itu kerajaan poni beransur hilang data sejarahnya, kemudian muncul sebuah kerajaan di brunei yg lebih baru, tidak dpt dipastikan adakah ianya ada kaitan dgn kerajaan poni ataupun tidak, tp kemudiannya kerajaan brunei baru itu pula akan menjalin hubungan dgn kerajaan melayu-johor, dari situ baru lah wujudnya hybrid melayu-deutro Johor di dlm suku2 brunei, dimana sblm itu kebanyakannya ialah suku bisaya, panggilan ini ada kaitan dgn srivijaya, org2 bisaya ini dirujuk sbg org2 Kota Vijaya pd awalnya, hingga ke kerajaan brunei yg lebih baru tu pun pengasasnya jg ialah org bisaya sblm kedatangan pengaruh melayu Johor, org2 bisaya ini pula pd asasnya ialah dari kalangan murut tenggara yg memisahkan diri ke arah sekitar sungai limbang dan menjadi satu suku yg baru iaitu bisaya, kemudian org bisaya ne hijrah lg ke arah brunei mengasaskan kerajaan poni dan brunei baru, dan seterusnya ada yg hijrah lg ke pelusuk Sabah spt di Beaufort dan Kuala penyu...
ReplyDelete