30 January 2011

Istinggar, Terakol, Pemuras & Senjata Tempur Alam Melayu:

1- Adakah benar semasa Portugis menceroboh Melaka, pahlawan-pahlawan melayu Melaka pada waktu itu hanya mempertahankan bumi tanah air mereka hanya dengan menggunakan keris, parang dan lembing? Sejauh mana keterlibatan orang-orang Melayu didalam arena senjata api?  Adakah benar orang-orang Melayu dianggap asing dengan teknologi ini?




2- Blogger Al Semantani telah pun membuat kupasan yang panjang lebar tentang senjata-senjata api orang Melayu purba seperti Meriam, Istinggar dan Terakol didalam blognya, LokalGenius. Begitu juga dengan Sabri Zain didalam Laman webnya Sabrizain.org. Melalui beberapa sumber bacaan tambahan dari beberapa buah buku, saya juga akan cuba memberi fakta-fakta tambahan mengenai senjata-senjata tempur orang Melayu. Ya, orang-orang Melayu tidak asing dengan teknologi senjata api.

Lela Ukiran Naga
3- Memetik dari buku The Golden Chersonese and the way Thither, penulisnya Isabella L Bird telah mencatatkan bahawa senjata-senjata utama orang-orang Melayu ada keris, pedang (mengikut catatan Bird, jarang digunakan tetapi lebih kepada perhiasan), parang (juga untuk kegunaan harian selain daripada senjata) dan tombak-tombak bermata besi (menurut Bird, senjata yang memakan banyak nyawa ketika Perang Perak). Selain daripada senjata-senjata perang tradisional, bird juga mencatatkan kehadiran Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs. Bird dipetik sebagai berkata:

The malay weapons consist of the celebrated kris with its flamed shape wavy blade, the sword, regarded, however, more as an ornament, the parang, which is both knife and weapon, the steel headed spear, which costs us many lives if the Perak war, Matchlocks, Blunderbusses and Lelahs, long hevay brass gun used for the defence of the stockade behind which the malays usually fight.they make their own gunpowder and uses cartridges made of cane.

4- Mungkin kepada yang sudah arif tentang terma-terma persenjataan moden, perkataan-perkataan ini mungkin tidak asing, namun bagi yang kurang pengetahuan tentang ilmu senjata, saya terpinga-pinga dengan istilah-istilah asing ini. Jika terma umum seperti Grenade Launchers, Machine Guns atau Bazooka mungkin juga pernah saya dengar tapi Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs?

Dua Matchlocks dibawah itu adalah Istinggar Melayu dari kurun ke 18

.



Istinggar Melayu 1.

Istinggar Melayu 2.

5- Matchlock adalah sejenis senapang yang mempunyai kancing (locks) yang merupakan moyan kepada senapang patah pada hari ini. Orang melayu memanggilnya Istinggar atau Senapang Kancing Sumbu. Blunderbusses pula sejenis senapang yang mempunyai ukuran lebih pendek dari Matchlock. Orang Melayu memanggilnya Pemuras. Pistol tangan yang lebih pendek pula dipanggil Terakol atau Tarkol yang agak popular dikalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut Melayu. Lela pula ada lah meriam-meriam Melayu.

6-Didalam buku Political and Statistical Account of  the British Settlements in the Straits of Malacca yang ditulis oleh Thomas John Newbold dan diterbitkan pada 1839 mencatatkan seperti berikut:

Their matchlocks, of which the Satengar, or Istengara Menangkabowe, is most esteemed, are long heavy unwieldy pieces: the barrels are formed by twisting a flat bar, of tough beaten iron, round a rod of the same, and beating it into a consistent hollow cylinder. The stocks of these pieces are not adapted for the shoulder, nor for taking an accurate and speedy aim, and a rest is absolutely necessary, from the great weight and length of the barrel. The Malays, in fact, scarcely ever fire without resting the muzzle, lowering, instead of raising it to their object, nor do they apply the butt to the shoulder. The locks for holding the Tunam, or match of coir rope, are generally of brass or copper, finely worked and ornamented. The European pieces, with locks, are most preferred, and now commonly used instead of the matchlocks.

Pemuras
7- Newbold seterusnya mencatatkan bahawa senjata-senjata api ini sememangnya tidak asing dengan orang-orang Melayu malah untuk melihat seorang lelaki melayu dengan senapang-senapang tersisip kemas ditangannya adalah bukan perkara yang aneh malah menjadi kelaziman. Cerobong mulut enapang-senapang ini selalunya diukir dengan ukiran-ukiran mulut harimau atau ular. Newbold seterusnya menyambung seperti berikut:

Muskets, blunderbusses (Pemuras), and rifles are not uncommonly found in their hands. The barrels of the blunderbusses are frequently made by themselves, with muzzles in various fantastic forms, such as the mouth of a tiger or snake, and mounted with European locks. When going to war, a Malay considers himself completely armed with a kris, a golok, a badik (sort of knife), a chenankas, or pedang (sword), a musket and cartridges, or the tombak (spear), and a quiver of ranjows, or caltrops, at his back.

Rentaka/Lantaka
8- Meriam-meriam lela pula sememangnya tidak asing lagi malah kepulauan Melayu pada ketika itu sudah pun mempunyai kilang-kilang membuat senapang dan meriam yang terkenal dirantau Asia Tenggara. Sebagai contoh, di Terengganu di Semenanjung, Grisek di Jawa dan Minangkabau di Sumatra. Newbold juga mencatatkan bahawa kilang senapang pernah wujud di Aceh. Antara nama-nama gelaran bagi meriam-meriam melayu ini adalah Rantaka, Ekor Lotong, Jala Rambang dan Lela

They manufacture ordnance at Tringanu on the Peninsula; Gressik in Java; at Menangkabowe in Sumatra, and formerly there was a foundry at Achin. The following five descriptions of guns are most in use, viz. the Mariam, capable of carrying a six lb. shot; the iron Rantaka; the Jala Rambang, with a muzzle about as large as that of the blunderbuss; the Ekor Lotong, a small gun, to which is attached a long curved appendage, resembling the tail of the monkey Lotong, set on at the button of the breech ; and the Lelah, whose ordinary range is about 400 yards; some will carry 1000 yards, in an elevation. Lelahs are often loaded with leaden or tin slugs, called " dadu dadu," and placed on swivels in outposts, at an angle of their stockades, so as to command two faces ; the Lelah is generally made of brass, with a caliber varying from one to three inches.
Meriam Turki Uthmaniah dan Meriam-Meriam Aceh yang dirampas Belanda. Lihat saiznya.

9- Mengikut kajian para sarjana lagi, penggunaan meriam adalah salah satu daripada ciri-ciri tempur melayu pada zaman dahulu, lebih awal daripada kedatangan orang-orang Eropah ke Asia Tenggara. Setelah pelaut Portugis, Vasco da Gama membina Kota Calicut (Calcutta) di pesisir Malabar, India pada 1489, orang-orang Portugis mula mengalih kan pandangan ke arah Asia Tenggara untuk meluaskan empayar mereka dan sasaran utama pada waktu itu adalah sebuah kota perlabuhan yang begitu pesat sehinggakan Duerte Barbosa, seorang penulis dan pegawai Portugis pada masa itu mencatatkan bahawa siapa yang menguasai kota ini, Venice akan tunduk kepadanya. Melaka.

Who ever is lord in Malacca has his hands on the throat of Venice.

10- Semasa angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka pada 1511, orang-orang Melayu Melaka telah menggunakan meriam-meriam untuk mempertahankan Perlabuhan Melaka dan dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 3000 senjata api berjaya dirampas oleh Portugis selepas orang-orang Melayu berundur. Ada pula yang mengatakan angka yang tepat adalah 8000. Namun bukan isu angka yang menarik perhatian saya tetapi fakta yang mengatakan orang-orang Melayu telah pun menggunakan senjata api seawal kurun ke 15 di Melaka

11. Selain daripada beribu-ribu meriam dan senapang yang dijumpai di Melaka selepas ditawan oleh Portugis, Albuquerque juga menjumpai satu meriam yang mempunyai saiz yang jauh lebih besar daripada meriam-meriam Portugis pada masa itu yang mana meriam ini telah dihantar oleh Albuquerque ke Kota Calicut sebagai hadiah kepada seteru Portugis di India iaitu puak-puak Zamorin.  Fakta ini telah direkodkan oleh  De Burros seperti mana yang dipetik oleh John Crawfurd didalam kamusnya A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, sebagai berkata
But besides the arms thus enumerated, the Portuguese and Spaniards, when they first arrived, found the most advanced of the Malayan nations in possession of firearms. This is De Burros' account of the artillery captured by Alboquerque in Malacca. "And of artillery," says he, "we found no more than 3000 out of 8000 pieces, which Ruy de 'Arajo (a prisoner of Sequiera's fleet) had stated to be in the city. Amons; those taken were many of great size (muy grossas),and one very beantiful piece which the King of Calicut had lately sent.

12- Mengikut para sarjana, jenis meriam yang digunakan orang-orang Melayu tidaklah diketahui namun mereka berpendapat bahawa tidak lama selepas teknologi senjata api diperkenalkan oleh bangsa arab kepada dunia, orang-orang melayu sudah mula membuat senjata api sendiri. Bukti aktiviti pembuatan senjata api ini direkodkan oleh W. Linehan didalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebing Sungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 atau 14.

13- Setelah menawan Melaka, Alfonso de Albuquerque telah meneliti gudang-gudang senjata yang ditinggalkan di Melaka dan telah mengatakan bahawa senapang-senapang di Melaka mempunyai kualiti yang sama hebat dengan senapang-senapang buatan German pada masa itu, malah tidak mampu ditandingi oleh Portugis, namun senapang yang paling berkualiti pada masa itu datang daripada hasil buatan Kerajaan Turki Uthmaniah. Albuquerque didalam komentarnya Comentários do Grande Afonso de Albuquerque yang diterbitkan pada 1557 menyatakan seperti berikut.

There were captured, 3000 pieces, of which 2000 were of brass, and the rest of iron. Among them there was one large piece sent by the King of Calicut to the King of Malacca. All the artillery with its appurtenances was of such workmanship that it could not be excelled, even in Portugal. There were found also match-locks (espingardao), blowpipes for shooting poisoned arrows, bows and arrows, lances of Java, and divers other arms, all which created surprise in those that captured them.

14- Perbandingan senjata-senjata Melayu dengan senjata api buatan German klasik, ini turut disokong oleh Nicholas Tarling. Didalam buku The Cambridge History of Southeast Asia: from early times to C. 1800c yang dikumpul dan ditulis oleh Nicholas Tarling ada menyebut bahawa senapang-senapang Melayu purba senang dibandingkan dengan senapang-senapang buatan German klasik (mungkin pra Prussia) yang pada masa itu merupakan nama yang terkemuka didalam bidang pengeluaran senjata api pada kurun ke 15. Tarling juga memetik tentang seorang pencatat bangsa Itali yang ada menyebut tentang kehadiran meriam-meriam gergasi di Melaka. Tarling dipetik sebagai berkata seperti berikut:

However, Malay gunfounders were compared favourably with those of Germany who were then the acknowledge leaders in the manufacture of firearms and the malay gun carrieges were described as unrivalled by any other land including portugal. an italian participant in the attack mentioned in the presence of heavy cannon in Melaka which caused considerable loss of portuguese livies. Though the malays were eventually defeated they were described as the most valiant, well trained in war and copiously supplied with every type of very good weapon.

Meriam Brunei yang dipanggil Bedil.

15- Senjata-senjata yang di keluarkan oleh Kerajaan-Kerajaan Melayu lama mempunyai kualiti yang berbeza-beza. Selalunya yang terbaik dan yang paling kuat akan dibuat oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja yang paling kaya. Meriam-meriam Melayu yang terbaik tidak mempunyai sebarang masalah menghancurkan kapal-kapal Eropah. Sebagai contoh, Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oost-Indische Compagnie/ Dutch East India Company) telah kehilangan sebuah kapal perang semasa mereka menyerang Makassar pada 1667 dan sebuah lagi ssemasa mereka menyerang kubu kuat orang-orang Bugis di Bentan pada kurun ke 18. Malah orang-orang Belanda sendiri membeli senapang-senapang buatan Makassar.

Seri Patani

16- Antara meriam-meriam yang paling terkenal di kepulauan Melayu sudah pastinya Meriam-Meriam Pattani yang di buat dan dikeluarkan pada kurun ke 15, yang dikenali sebagai Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela. Meriam-meriam ini mempunyai saiz yang sangat besar dan memainkan peranan yang penting didalam menangkis serangan-serangan Siam sepanjang 200 tahun sehingga tahun 1786 dimana Patani akhirnya dapat dikalahkan oleh Siam. Siam seterusnya merampas meriam-meriam ini dan dibawa ke Bangkok. Malangnya Seri Negeri telah terjatuh kedalam laut manakala Seri Patani masih lagi ada sehingga ke hari ini dimana ia dipamerkan di Kementerian Pertahanan Thailand. Meriam Mahalela yang bersaiz sedikit kecil dari Sri Patani dan Seri Negeri tidak dapat dikesan.

17- Kerajaan Melayu Singgora juga didapati telah mula menghasilkan meriam pada sekitar kurun ke 16. Meriam-meriam ini digunakan didalam perang menentang Siam pada sekitar abad yang sama. Apabila Siam berjaya menakluk Singgora pada 1987, meriam-meriam Singgora ini pula digunakan oleh Siam untuk menangkis serangan-serangan Annam dan Burma. Pada tahun 1766, Burma berjaya melanggar Ayuthiya, dan membawa meriam-meriam Singgora ini ke Burma dan digunakan untuk melawan British. Pada 1887, British akhirnya berjaya menewaskan Burma dan membawa meriam Singgora ini ke London.

18- Saya meneruskan pembacaan lagi. Terdapat pembaca yang mencadangkan agar saya lebih banyak merujuk kepada sumber-sumber tempatan. Jadi saya terus menyusur alam maya ini untuk mencari sumber-sumber tempatan yang boleh digunakan sebagai rujukan. Pencarian saya terjawab dengan terjumpanya sebuah buku bertajuk Peluru Petunang hasil tulisan A Samad Ahmad. Kitab Peluru Petunang ini merupakan sebuah manuskrip tulisan tangan berbahasa melayu berkenaan cara penggunaan dan pengendalian senjata api melayu termasuk amalan-amalan yang diamalkan oleh orang-orang melayu dahulu kala berkenaan dengan senjata api.

19- Bukan sekadar itu sahaja, selain daripada mengandungi manual lengkap cara menggunakan senjata api, kitab ini juga turut menyelitkan bacaan doa-doa untuk disisipkan sebagai amalan ketika menggunakan senjata api. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan semula buku ini pada tahun 1983. Yang menariknya, Kitab ini sebenarnya ditulis berdasarkan dua buah manuskrip tulisan jawi yang berusia lebih lama. Salah satu dari dua manuskrip lama itu, yang dipercayai bertajuk Perkara Tembak Tarkul atau Senapang adalah bertarikh 28 Jamadil Akhir 1280 Hijriah bersamaan dengan 9 disember 1863.

20- Izinkan saya memetik sedikit daripada pengantar tulisan A Samad Ahmad didalam kitab Peluru Petunang ini:  
Segala jenis bedil atau senjata api yang ada pada zaman itu, tentulah dari jenis kuno dan tidak lagi diketahui ramai akan bentuk dan rupanya; kerana tiada siapa pun yang menyimpannya. Kalau pun ada hanyalah di muzium-muzium sahaja. Namun begitu, nama­nama beberapa jenis bedil kuno itu masih terdapat dalam buku-buku yang berunsur sejarah bangsa Melayu. Di antara bedil-bedil kuno dari jenis senapang, ialah: istinggar, tarkul dan pemuras; sementara ­dari jenis meriam, yang lebih terkenal pada zaman dahulu dengan sebutan "lela", terdapat jenis lela rambang, lela rentaka, tahan turut dan sebagainya.

Bedil-bedil jenis kuno yang digunakan pada zaman itu, dan cara-cara menggunakannya, sudah tentulah setimbal dengan pering­kat pencapaian pengetahuan manusia sezamannya. Alat-alat pe­sawat yang disebut pejera, penggalak. sumbu dan sebagainya, tentu­lah asing kepada orang sekarang. Pesawat pejera, yakni alat pem­bidik bagi menentukan kesasarannya boleh pula dikisar ubah mengi­kut pengagakan si penembak. Lebih aneh lagi, ramuan ubat bedil serta pelurunya, dibubuh sendiri ke dalam bedil dan dilantak, yakni diasak padat-padat.
21- Menarik bukan?

54 comments:

  1. salam adik Benign,

    tahniah! topik yg harus selalu diingat2kan supaya orang melayu yakin kita sudah ada teknologi persenjataan sejak dari dulu lagi.

    hhmmm....tak tau nak cakap apa....meriam, istinggar, bedil, rentaka dan segala macam mesin pembunuh pun dibina dan diukir dgn penuh cantik dan berseni...setiap motif membawa maksud tersendiri sama ada yg tersirat atau yg tersurat.

    ReplyDelete
  2. Salam bang...

    Bagi saya la, Melayu ni sentiasa mengutamakan seni dalam setiap perkara. Dari pembinaan rumah, pembinaan kapal, mengecat rebana sehinggalah senapang-senapang, ukiran ukiran yang dibuat mengandungi nilai estetika yang sangat halus dan bermutu tinggi.

    lihat saja trigger istinggar diatas yang diukir dengan pelbagai motif yang sangat halus.. ornag putih pun tak mampu nak buat saya rasa ukiran sehalus dan sekompleks itu..

    bukan senang nak ukir awan larat pada besi atau tembaga..

    ReplyDelete
  3. Damn it!!!

    Secara jujurnya gaya penyampaian hujah kamu jika dibandingkan dengan Srikandi, Sang Tawal, Al Semantani dan Ibnu Rusydi, setakat ini, kamu adalah yang TERBAIK! Artikel kamu benar-benar bagus dalam bentuk kompak! Sangat baik untuk peminat amatur sejarah Melayu seperti saya. Dan yang paling puas hatinya, mencapai objektif artikel!

    Tahniah!

    M_M

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...
    bagus, artikel yang diolah dengan menarik..
    jikalau saudara ingin membuat rujukan lagi, di Mistisfiles pun ade diterbitkan artikel berkenaan topik ini..
    tetapi ade kesalahan kecil yang saya nampak...
    "Apabila Siam berjaya menakluk Singgora pada 1987, meriam-meriam Singgora ini pula digunakan oleh Siam untuk menangkis serangan-serangan Annam dan Burma"..mungkn saudara tertulis tahunnya salah bukan?...
    walau apa pun, teruskan usaha saudara...anak-anak muda seperti saudara amat diperlukan masa kini.

    ReplyDelete
  5. Tuan Diraja.. jangan cakap begitu tuan. Tidaklah layak hamba ini berada setaraf dengan nama-nama besar yang tuan sebutkan terutamanya Al Semantani, yang mana gaya penulisan beliau banyak hamba rujuk. Apatah lagi hamba menjadikan beliau mentor secara diam.

    Apa lagi tuan, bila hendak mulakan penyiasatan sendiri?

    ReplyDelete
  6. Tuan muhd akmal.. terima kasih banyak banyak Tuan atas pembetulan tersebut. memang ada kesilapan disitu.

    Saya sedia maklum tentang rencana yang dipaparkan di MF tempohari. Terima kasih kerana memberi cadangan.

    ReplyDelete
  7. Srikandi, Sang Tawal, Al Semantani, Ibnu Rusydi sememangnya mempunyai kelas tersendiri dalam pengetahuan sejarah Melayu. Mereka boleh dikelaskan sebagai ahli terutamanya yang TERBAIK DI KALANGAN MEREKA iaitu SRIKANDI!

    Mulakan siasatan sendiri? Menjadi detektif sejarah Melayu? Hahaha... Tidak tahulah bila. Yang nyatanya, saya sebenarnya sedang mempersiapkan diri untuk cebur ke alam POLITIK! Bukan sekarang, tetapi nanti... insyaallah.

    M_M

    ReplyDelete
  8. Selamat berjaya Tuan Diraja didalam arena politik..

    ReplyDelete
  9. TERBAIK!!!!

    tahniah & salam perkenalan dari saya. teruskan usaha.. =)

    ReplyDelete
  10. Dunia politik adalah dunia yang TERBENCI!

    M_M

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Ibnu Rusydi, mohon ditegur sekiranya hamba merapu rapu..

    ReplyDelete
  12. woow.....kembalikan sejarah ori!!!!.....terime kasih atas kalian..diRaja nak msuk politik?!!! hmmm....ya...langkah demi langkah..mungkin aku dah nmpk

    ReplyDelete
  13. best.

    mohon diambil sebahagian isi tulisan untuk dijadikan status facebook

    ReplyDelete
  14. to Anon 6:37 - terima kasih kerana melawat. Doakan sahabat sahabat kita yang berjuang dengan politik. Semoga jangan sampai kita menang sorak kampung tergadai dengan retorik-retorik ultra kiasu.

    to Changkatlobak - Sila kan tuan.

    ReplyDelete
  15. Bro Benign,

    Assalamualaikum dan salam Ke-Melayuan~ ;D

    ..tak dinafikan dunia Melayu kita memang penuh misteri. Kisah Peluru Petunang itu saya pernah terdengar dari seorg sahabat yg kebetulan pernah belajar di pondok pesantren kelantan. Kata-nya ilmu peluru petunang iaitu dalam Bahasa Inggeris-nya adalah the Art of Ancient Sniping itu banyak main ilmu kebatinan. Ayat Quran digunakan, peluru pasti bunuh.

    Kalau tak silap saya, di Perak and time Tok Janggut di Kelantan dulu, banyak askar British yg hilang nyawa sebab kena ilmu tu. Ini kes serupa perang kemerdekaan di Amerika ketika ada askar kolonial Amerika yg tibai askar British dgn cara sniping, tapi tak sehebat peluru petunang ni. 2 kilo dgn pakai musket aja... semua boleh tibai bunuh, dgn redha Allah taala.

    British tau... Melayu ni hebat kalau ilmu perang macam silat, skill menembak, main keris semua, diadunkan dengan ilmu batin tambah lagi Gerak Putih... iaitu ilmu batin berteraskan Islam keseluruhannya. Mungkin tu sebab diorg pisahkan terus hidup kita dari Islam bermula dgn corak pemerintahan Malaysia sendiri.

    Pendek kata, ilmu sihir Wiccan dan Celtic diorang tak mampu langsung nak cabar ilmu kebatinan kita. Kalau ikut ayat member saya kat UK tu, magic Harry Potter hanya 1/100 saja dari ilmu kebatinan orang Melayu.

    Dah, itu aja kongsian bersama saya pada kali ini. Syabas, tahniah sebab dah berjaya bongkar misteri Org Melayu sikit demi sedikit dan teruskan jihad anda.

    AkuAnonJugak

    ReplyDelete
  16. To akuAnonJugak - Wah terima kasih tuan atas perkongsian... Sangat menarik.

    Saya dah baca sekali imbas buku peluru petunang tu. Boleh download kat internet je digital copy dia. Banyak mentera-mentera yang dibaca. Macam saudara cakap lah, satu peluru pasti bunuh. Tapi kita boleh lihat, kesemuanya ayat ayat yang dibaca terasnya tetap berserah kepada Tuhan juga.

    Pasal ilmu kebatinan melayu tu, menarik jugak. Mungkin saya akan cuba gali sikit tentang sejarah ilmu kebatinan melayu dan kenapa ianya ditakuti. Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. taniah!

    walaupun seblm ni alsemantani,mistisfiles & lain2 pernah terbitkan tentang senjata2 melayu, bg atok artikel benign ni lebih terperinci dan cara penulisan lebih mudah difaham..

    teruskan penulisan benign dgn artikel2 yg lebih menarik..atok tunggu :)

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Tuan.. saya sebenarnya hanya cuba cari info tambahan mengenai senajat purba melayu kerana teruja dengan teknologi orang kita.. Kebetulan banyak pula sumber sumber dari rekod mat saleh yang menyebut tentang senjata api orang melayu.

    ReplyDelete
  19. terima kasih buat benign...boleh x kupas senjata gobek api?

    ReplyDelete
  20. menarik juga tu.... nanti saya cuba cari.. tapi senjata gobek api tu apa?

    ReplyDelete
  21. sudah jumpa sumber rujukan di internet siap dengan gambar lagi tentang gobek api ni.. tapi sayangnya tiada yang cerita secara detail bagaimana alat ini digunakan. Ada juga yang cakap, gobek api adalah digunakan sebagai lighter pada hari ini..

    ReplyDelete
  22. gobek api ni mcm fire piston versi lame la ye?? gua ade dgr gobek kaitan ngan mkn sirih..blh jelaskn x? maaf bdk bru bljr,,blh tlg jolokkn..hehehe

    ReplyDelete
  23. Sepatutnya fakta ini dikemukakan atau diwar-warkan kepada lebih ramai orang melayu kita, agar dapat mencetuskan dan menyemarakkan rasa bangga. Tapi ini tidak, saya ingat lagi melihat gambar dalam buku teks sejarah sekolah - orang melayu Melaka memegang keris dan tombak berlawan portugis yang bersenjata api... nampak berani tapi bodoh. Dalam kepala saya masa itu, patutlah kalah!

    ReplyDelete
  24. orang dah cakap pasal nuklear kita baru nk heboh yg kita reti buat senjata api? lol

    ReplyDelete
  25. alkisah sewaktu peperangan salib salahudin telah meminta tentera2 islam dari nusantara (melaka,acheh,ayuthia-sebeleum bangsa Thai,Brunei dan beberapa negara) untuk membentuk tentera gabungan memerangi tentera salib - di jurusalemlah tentera gabungan islam dari nusantara telah diajar cara2 membuat meriam,baju perisai dan senjata api dan sebagai membalas salib telah mengarahkan untuk menjajah negara2 yang telah membentuk gabungan tersebut diasia...waulallahualam...

    ReplyDelete
  26. Syabas Benign, wa sangat kagum dgn lu punya komen terhadap semua topik, mmg lu power....HIDUP MELAYU.
    Harap Lu teruskan penyelidikan dan kalau boleh setiap kali ada penemuan terbaru lu update n then lu buat la setiap topik tu khas dan sambung sekiranya ada penemuan baru.
    Bukan nak suruh lu buat kerja lebih tapi wa sangat admire dgn blog lu....contohnya mcm serikandi la, lu buat la top-up tu I,II n seterusnya....harap lu memahami maksud wa.

    Salam

    ReplyDelete
  27. To Otto

    Ada lagi hebat dari Kuasa Nuklear...nak tahu kena kenal Maarifat dan Hakikat..

    ReplyDelete
  28. http://www.bbc.co.uk/ahistoryoftheworld/objects/9M2-92zKTj6f9RW7uR5IAw

    Ini ke gobek api yang dimaksudkan...kenapa ia berada di luar simpanan org-org melayu adakah kerana duniawi dan harta

    ReplyDelete
  29. Tuan Man: Saya rasa itulah bendanya.

    ReplyDelete
  30. http://sukaatiaku.blogspot.com/2010/12/teknologi-melayu-inovasi-jerman-gobek.html

    artikel ringkas gobek api

    esis

    ReplyDelete
  31. salam tuan, meremang bulu romangku bila membaca artikel tuan....selama ratus tahun kita telah disogok dengan sejarah yang kabur dari barat dan saya mula tertanya-tanya apakah punca sebenarnya Melaka yang sebegitu gemilang jatuh ke tangan asing...dan apakah sejarah kejatuhan itu akan berulang kembali?...

    ReplyDelete
  32. Bukti kewujudan senjata melayu :- http://www.christies.com/lotfinder/arms-armor/a-malay-matchlock-long-gun-malaysia-19th-5483332-details.aspx?from=searchresults&intObjectID=5483332&sid=ce76e81c-8c62-4db6-9567-0a63da838999

    ReplyDelete
  33. salam, harap tuan bole menjawab persoalan2 yang terpinta dalam minda serba kekurangan saya ni. dengan bukti2 yg ada dalam blog ni, saya kagum dgn hasil yg dirujuk dimerata tempat TETAPI, dalam persoalan saya..

    kalau melayu lama menitik berat seni dalam senjata2 semua, kenapa tdak ada manuskrip2 ataupun galeri seni ataupon lukisan potret masyarakat pada kurun melampaui kurun ke-13? sepertimana jepun ataupun negara china mengumpul hasil2 seniman pada zaman kurun mereka. tidak ada satu pun yg menunjukkan rupa, pakaian dan juga identiti pada zaman ini.

    untuk saya, agak sedih utk pelajar seperti saya yang memelajari bidang seni tidak mengetahui asal usul seniman melayu sekarang. harap tuan bole mencari atau merujuk serba sedikit tentang rupa2 masyarakat pada zaman ini (kurun ke-13/15), rupa seni lukis atau pun seni2 pada zaman ini. deskripsi sudah mencukupi jika tiada gambar.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  34. 1. terima kasih kerana meluangkan masa melayari blog ini.

    2. Sejujurnya saya tidak mempunyai jawapan kepada persoalan tersebut. Namun cadangan jawapan saya adalah seperti berikut:

    i- Kebanyakan manuskrip melayu yang ada didalam negara tidak pernah dikumpul secara formal. Yang ada pun saya percaya hanya sebilangan kecil sahaja. kadang-kadang saya beranggapan sebilangan besar ahli sejarah hanya sekadar berpuas hati dengan apa yang ada.

    ii- Banyak juga menuskrip ataupun hasil kerja tangan orang-orang melayu bertebaran diseluruh negara serta digelapkan kewujudannya. Malah untuk mendapatkan kembali hasil hasil ini memakan masa yang lama, sumber kewangan yang besar dan birokrasi yang sulit.

    ReplyDelete
  35. As-salam tuan pengarang,

    boleh saya tahu macam mana nak download @ dapatkan buku "peluru Petunang" tu?
    sangat berminat saya nak tengok isi kandungan dia

    kalau boleh,kita boleh berhubung melalui email..
    email saya : wan.mustaine@gmail.com

    ReplyDelete
  36. Salam Tuan... saya muat turun secara random dari internet. Saya kurang mengingati sumbernya, namun saya akan cuba untuk dapatkan kembali untuk kemudahan rujukan tuan.. Terima kasih kerana melawat.

    ReplyDelete
  37. Salam tuan. mohon kebenaran tuan untuk sy membuat rujukan lukisan akan senjata lama yang tuan paparkan ini..Sangat terimakasih atas segala usaha tuan dan tuan-tuan semua...Terimakasih.


    ReplyDelete
  38. Saya pernah mendengar cerita daripada orang tua dikampung saya, bahawa datuk saudara saya pernah mengamalkan ilmu peluru petunang dan pernah menembak ular tedung senduk ditengah malam gelap dari dalam kelambu di atas rumahnya sahaja. sahaja. Tetapi dia tidak pernah mengakuinya bila saya bertanya. Semasa zaman Jepun berakhir, ramai orang dari kampung-kampung berhampiran telah menyerahkan senapang-senapang mereka untuk disimpan oleh datuk saudara saya. Dia telah membalut berpucuk-pucuk senapang dengan kain dan disalut dengan gala (sejenis bahan yang digunakan untuk menebat perahu agar tidak bocor) dan ditanam di dalam sebuah lubang di hadapan rumahnya. Kemudian ditanam sepohon pokok kumbar sebagai penanda. Tujuannya untuk mengelak daripada dirampas oleh pihak British. Tetapi akhirnya saya diberitahu bahawa senapang-senapang itu tidak pernah diambil semula sehingga sekarang. Tetapi esan lubang itu masih kelihatan sehingga kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi? jom gali ... saya ikut serta .. royalstorm7@yahoo.com

      Delete
  39. salam perkenalan

    dimana saya boleh dapatkan detail mengenai senjata2 zaman melayu dahulu.

    kalau boleh saya nak katalogkan dalam bentuk ilustrasi.

    terima kasih

    ReplyDelete
  40. Mmg selama ini kita semua telah ditipu bulat2 oleh penjajah british naungan dajal kononnya bangsa kita tidak bertamadun & duduk diatas pokok

    ReplyDelete
  41. satu penzahiran yang sangat menarik. mohon keizinan untuk berkongsi dalam fb saya boleh ke tuan?

    ReplyDelete
  42. Hebat sejarah bangsa Melayu kita. Tetapi sekarang ni? Apa yg telah berlaku? Dimana kehebatan nama Melayu itu sekarang? Adakah kita masih berkuasa ditanah air kita? Atau kita hanya kuli yg masih dijajah oleh mereka yg menumpang suatu ketika dahulu ?

    ReplyDelete
  43. mulakan dgn gobek api

    ReplyDelete
  44. TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

    ReplyDelete
  45. alhamdulillah..suatu pencerahan yang luar biasa yang selalu di paparkan oleh penulis lain yang hanya mengambarkan kekuatan orang melayu hanyalah daripada kekuatan ilmu dan senjata tempur jarak dekat... kesian anak2 dan remaja yang dihidangkan melalui cerita sejarah dan buku ilmiah yang tidak mencerita seperti ini

    ReplyDelete
  46. saya dapat membayangkan bagaimana teruknya orang melayu setelah ditawan portugis..hingga kami generasi muda tidak tahu sejarah..yang kami tahu..umno..salam salam...cium cium pipi ngan engeris..MERDEKA MERDEKA...kongsi Negara ngan cina dan keling

    ReplyDelete
  47. Ketika Muhammad alfatih menawan Constantinople pada 1453, senjata berat yg digunakan adalah median besar bernama Urban. Mustahil Melaka yg di bawah naungan kerajaan Uthmaniyah hanya memiliki Keris & tombak sahaja. Cuma sebab musabab Melaka boleh jatuh ke tangan portugis menjadi persoalan hingga sekarang

    ReplyDelete
  48. Saya mencari kenape meriam itu di namakan lela rentaka

    ReplyDelete
  49. Diinformasikan ke semua pembaca saya beritahukan bahwa meriam Lela ukiran naga itu ada satu buah di desa dekat kampung saya. Yaitu tepatnya di Sumatera Selatan Kabupaten Muratara Kecamatan Rawas Ulu Desa Lubuk Mas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk meghubungi saya yg memposting tentang Meriam Lela ukiran Naga di Desa Lubuk Mas Sumatera Selatan bisa hubungi saya melalui email : jiwan.karim@yahoo.com

      Delete