28 October 2011

Srivijaya Siri Enam - Sayabiga, Bani Tamim dan Assassins .

1- Sekiranya anda pembaca setia Mistisfiles seperti saya, anda mungkin sudah mengetahui bahawa Mistisfiles akan ditutup buat sementara. Saya berharap agar akses awam untuk terus membaca dan mencedok pengetahuan daripada blog tersebut tidak ditutup. Saya sendiri masih lagi merangkak-rangkak membaca dan mentelaah rencana-rencana lama dari siri Alter Terahsia Bangsa Melayu. Saya berharap benar agar saya masih lagi boleh kembali membacanya pada bila-bila masa. Apa-apa pun saya teruskan dengan pembacaan saya untuk Siri Srivijaya yang seterusnya.


2- Sepertimana yang telah kita selidik dan baca, adalah satu fakta yang tidak dapat dipertikai bahawa penduduk Srivijaya (orang-orang melayu) adalah pelayar-pelayar yang mahir dan diketahui sudahpun merantau ke setiap pelusuk benua untuk berdagang dan berniaga. Maka tidak hairanlah sekiranya kita mendapati terdapatnya kelompok-kelompok kecil perkampungan melayu di merata-rata tempat, baik di China, India, Afrika, Australia sehingga lah ke negara-negara Latin.

3- Antara rekod-rekod awal mengenai penempatan-penempatan orang-orang Melayu Srivijaya ini boleh didapati dari rekod-rekod dan puisi-puisi arab. Seperti mana yang kita tahu juga, bangsa arab dibahagikan kepada suku dan kaum tertentu maka tidak hairanlah bahawa orang-orang asing dari Asia Tenggara ini dianggap sebagai satu suku bangsa. Mereka ini dikenali sebagai Sayabiga.

4- Siapakah Sayabiga dan daripada mana mereka datang? Untuk mendapatkan sedikit kepastian saya telah merujuk buku First Encyclopedia of Islam 1913-1936 yang dikumpul dan diolah oleh Martijin Theodore Houtsma. Buku ini bukanlah sebuah ensiklopedia mengenai agama Islam tetapi lebih tertumpu kepada pengumpulan fakta-fakta mengenai dunia Islam di seluruh dunia. Didalam memberikan definisi kepada perkataan Sayabiga, Houtsma telah merujuk kepada buku hasil tulisan Micheal Jan de Goeje.

5- Menurut De Goeje, puak yang dinamakan Sayabiga ini didapati telah membina penempatan-penempatan awal di sekitar pesisir pantai Teluk Parsi sebelum kedatangan Islam lagi. Sewaktu pemerintahan khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a, penempatan-penempatan untuk puak Sayabiga telah pun dikenal pasti di daerah Al Bahrain.

6- Menurut Houtsma lagi, pada zaman khalifah Umar Al Khattab r.a, orang-orang Sayabiga telah memasuki satu perjanjian dimana mereka berikrar untuk memeluk Islam dan berkhidmat untuk kerajaan islam dengan syarat dimana mereka dibayar upah setinggi upah yang dibayar kepada tentera-tentera yang terbaik, mereka hanya akan berperang dengan musuh-musuh bukan arab dan bebas untuk berasimilasi dengan mana-mana bani pilihan mereka. Orang-orang Sayabiga telah memilih untuk berasimilasi dengan satu bani yang dikenali sebagai Bani Tamim.

7- Bani Tamim adalah diantara suku kaum yang terbesar di semenanjung Tanah Arab dan penempatan mereka boleh di dapati di wilayah Al Najd, Arab Saudi. Bani Tamim juga pernah disebut oleh baginda Rasulullah, selawat dan salam keatas baginda, didalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dimana baginda Rasulullah dipetik sebagai menyebut bahawa Bani Tamim adalah di antara puak-puak yang akan memberikan tentangan yang paling hebat kepada Dajjal di akhir zaman (Bukhari, Maghazi, 68).

8- Pejuang-pejuang Sayabiga ditugaskan untuk menjadi pengawal kepada harta dan kebendaharaan negeri Basrah dan sering mengetuai angkatan laut ketika ekspidisi memerangi Bandar Narbada yang terletak di bahagian pantai barat India. Houtsma seterusnya telah dipetik sebagai berkata:

From all these sources which in perfect agreement, it is evident that the Sayabiga were naturally soldiers, disciplined, used to the sea, faithful servants which qualities rendered them most suitable to serve in army by land or sea, to act as guards and to act as soldiers, guards, police officers, gaolers and warders of the treasury.
9- Selain daripada menjadi askar yang setia, orang-orang Sayabiga ini juga terkenal sebagai pengembala-pengembala kerbau. Minat kepada pengembalaan lembu dan kerbau sememangnya telah berakar didalam orang-orang melayu sehingga ke hari ini. Namun, melalui beberapa pembacaan dari sumber-sumber tertentu, ada penulis-penulis yang percaya bahawa orang-orang Sayabiga mempunyai kaitan dengan kelompok Hashashiyyin, namun kaitannya adalah sedikit kabur.

10- Apa yang menariknya dengan kelompok Hashashiyyin ini? Kelompok Hashashiyyin adalah satu kelompok khas didalam puak puak berkefahaman Naziri Ismaili, salah satu daripada dua kelompok terbesar didalam fahaman Syiah Imamiah. 

11- Kelompokan Hashashiyyin ini terkenal sebagai pembunuh-pembunuh upahan yang terlatih yang mana kemasyhurannya bukan sahaja terlingkup di tanah-tanah arab, tetapi juga sehingga ke Benua Eropah melalui hubungan mereka dengan The Knight Templars. Perkataan "Assassins" yang membawa maksud pembunuh upahan didalam bahasa inggeris berasal dari nama kelompokan Hashashiyyin ini lah.

12- Berbalik kepada topik Sayabiga, persoalan seterusnya adalah kenapa mereka dikenali sebagai Sayabiga? Mengikut Houtsma, Sayabiga merupakan kata plural kepada Saibagi yang digunakan untuk merujuk seorang. Saibagi pula, menurut pendapat Houtsma, mempunyai kata dasar yang merujuk kepada tempat asal orang-orang Sayabiga ini. Anda boleh teka kata dasar tersebut? Kata dasar tersebut adalah Sabag. Sabag adalah hasil dari manipulasi lidah Parsi untuk perkataan Zabag. Zabag? Ya, nama arab bagi Srivijaya.

13- Sebagai kesimpulannya, menurut Houtsma, Sayabiga merupakan keturunan orang-orang melayu dari Sumatera yang berhijrah ke India (ingat kampus-kampus penempatan Srivijaya di Nalanda) dan menyusur ke Iraq yang pada masa itu dikuasai oleh empayar Parsi dan akhirnya membina penempatan di Teluk Parsi (Persian Gulf) sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab. 

14- Ianya tidak menghairankan, kata Houtsma lagi, kerana sejarah telah merekodkan penaklukan Madagascar oleh pelayar-pelayar Melayu yang meninggalkan keturunan melayu tempatan yang menggunakan bahasa Malagasy. Tidak mustahil, kepakaran orang-orang Srivijaya didalam mengemudi jalan laut telah membawa mereka ke tanah arab melalui jalan timur.

24 comments:

  1. Bagus. Menarik. Satu pengetahuan baru. Teruskan usaha murni ini.

    ReplyDelete
  2. syabas...teruskan pembongkaran susurgalor melayu

    ReplyDelete
  3. wowwwwwwwwww

    -esis-

    ReplyDelete
  4. terima kasih sahabat-sahabat kerana sudi melawat..

    ReplyDelete
  5. as salam

    adik BENIGN memang kena teruskan pencarian, pembacaan dan analisa ttg Sriwijaya ni....

    semakin WOWW...dan mengujakan...

    pesanan penting: sila buat backup utk semua artikel yang dah dipublish ya....

    ReplyDelete
  6. salam

    saya rasa sabag @ zabag adalah nama parsi @ arab bagi Jawaka.

    sribhoja barulah sriwijaya.

    artikel yang baik dari anda, syabas

    ReplyDelete
  7. teruskan usaha memasyhurkan kerajaan melayu sriwijaya setanding dgn kebanggaan kita pada kerajaan melayu melaka...

    --yo--

    ReplyDelete
  8. Tuan Wangsa,

    terima kasih kerana melawat. Setakat ini tidak ada satu pun rencana saya back up. Tapi terima kasih kerana pesanan. Insya Allah saya akan back up.

    Tuan Din,

    jikalau mengikut rekod-rekod yang saya baca, Sabag atau Zabag adalah Srivijaya manakala Sribhoja adalah Palembang. Mengikut rekod arab, Sribhoja adalah pusat pemerintahan Zabag.

    Tuan Yo,

    Saya menulis bukan untuk memasyhurkan, sekadar merekodkan apa yang saya baca. Namun terima kasih diatas kata kata semangat tersebut.

    ReplyDelete
  9. saya pernah terbaca satu artikel dimana setiap ahli yg terpilih menggaggotai mossad (perisikan Israel) akan diberi 3 kursus utama

    1. kemahiran senjata api
    2. kemahiran memalsukan dokumaen
    3. kursus sejarah

    dulu saya tak nampak apa relevannya kepentingan sejarah dalam agensi perisikan yg terkenal ini tp bila jumpa blog mistisfiles dgn blog yg sealiran dgnnya sedikit sebyk dpt membuka fikiran saya

    ReplyDelete
  10. Salam tuan,

    terima kasih atas siri artikel berkenaan Srivijaya yang tuan usahakan ini. Kini barulah saya jelas perkaitan antara orang Melayu dan Bani Tamim.Teruskan usaha murni ini dan moga tuan diberkati Allah selalu,ameen.

    ReplyDelete
  11. teruskan mencari....good job!!!!
    RAzilan

    ReplyDelete
  12. Seri Mala:

    Terima kasih kerana sudi melawat. Masih banyak lagi yang perlu digali lagi mengenai hubungan diantara orang melayu dan Bani Tamim. Mungkin suatu hari nanti saya akan cuba mencari bahan bahan berkenaan Bani Tamim.

    ReplyDelete
  13. Tuan Razilan: Terima kasih kerana sudi melawat.

    ReplyDelete
  14. salam..

    kupasan menarik..

    sila teruskn mengkaji

    skrg ni blog sejarah melayu x byk..bukan saje MF dah tutup..blog Cik Seri pn dua2 dah tutup

    xde ape yg menarik kat internet ni selain dari kebenaran sejarah melayu

    .
    .

    Yg Benar

    ReplyDelete
  15. dah tak boleh akses ke? Alamak...

    ReplyDelete
  16. dah bleh dah.. :D

    siap ada artikel baru lg..

    maybe td tgh update tu

    hehehe

    .

    .

    Yg Benar

    ReplyDelete
  17. kena ada permission baru leh masuk... sayangnya saya takde invitation untuk masuk.. perlu tunggu ianya dibuka kepada umum.

    ReplyDelete
  18. saya mmg sangat2 suka baca blog sejarah, blog ni baru saja sy jumpa pagi td.. dh hampir khatam keseluruhan article..hampir tak buat kerja hari ni..heheheh

    Sy berminat nak tau lebih lanjut mengenai Kota Atlantis yg hilang, ada pendapat para sarjana mengatakan Kota Atlantis itu mungkin terletak di Indonesia. Kalau dh namanya Indonesia, pasti ada kene mengena dgn bangsa kita Melayu. Teruskan usaha Benign!

    ReplyDelete
  19. terima kasih saudari kerana sudi melawat. Kalau saudari meminati tentang teori-teori atlantis, saudari boleh juga cuba membuat pembacaan tentang tamadun Lemuria.

    Saya memang ada bercadang untuk mengupas secara ringkas tentang atlantis tetapi perlu lebih banyak membaca mengenainya.

    ReplyDelete
  20. yup, cakap pasal Lemuria sy baru terbaca mengenainya di sini

    http://misteridankeajaibanalam.blogspot.com/2011/11/lemuria-sebuah-tamadun-maju-bangsa.html

    segalanya makin misteri dan menarik!

    ReplyDelete
  21. Salam, saya pembaca setia blog-blog sejarah melayu. akan tetapi semuanya sudah ditutup atau tidak dapat dimasuki kecuali dengan kebenaran. seperti mistisfiles, cik seri berceloteh and alter terahsia bangsa melayu. jikalau saudara ada access kepada blog2 tersebut, sudilah kiranya saudara berkongsi dengan para pembaca sekalian.

    terima kasih. wassalam

    ReplyDelete
  22. Tuan Deen, saya sendiri tidak mempunyai akses untuk blog blog tersebut. Sama-sama kita berharap agar akses umum akan dibuka kembali.

    ReplyDelete