1- Saya teruskan pembacaan lanjut tentang Srivijaya dengan menjadikan buku bertajuk Srivijaya, hasil penulisan K.A Nilakanta Sastri, sebagai rujukan dan panduan utama. Sebenarnya hasil pembacaan dari rekod-rekod arab ini sudahpun saya siapkan pada bulan lepas dan ianya sepatut diterbitkan sebagai Srivijaya Siri Tiga, namun entah dimana silapnya, entri panjang lebar yang saya sediakan untuk siri tersebut terpadam secara tiba-tiba. Yang tinggal hanya perenggan pertama sahaja. Saya begitu kecewa kerana untuk menyediakan rencana tersebut bukanlah mudah kerana saya terpaksa membuat rujukan silang dari pelbagai sumber bagi mempermudahkan dan menjelaskan lagi hipotesis Srivijaya yang saya baca sebelum saya paparkan dalam bentuk tulisan.
2- Dua minggu saya merajuk dengan blogger.com kerana menyebabkan rencana tersebut terpadam (walaupun saya percaya, rencana tersebut terpadam adalah hasil dari kecuaian saya sendiri, haha). Namun saya kuatkan semangat untuk menulis semula rencana tersebut bagi membolehkan ia disimpan sebagai rekod didalam SusorGalor. Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, saya merupakan pembaca setia blog ini, dan sebab utama saya perlu menulis kembali rencana tersebut adalah untuk memuaskan hati saya sendiri. Kita mula sekarang.
3- Dari pertengahan kurun ke 9, kita mendapati terdapat rekod-rekod dari Arab yang memperihalkan sebuah kerajaan yang dinaungi oleh seorang Maharaja dan didalam rekod-rekod ini, nama-nama seperti Zabag dan Sribuza disebut berulang-ulang kali. Para sarjana berpendapat bahawa Zabag merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada kepulauan nusantara secara umum manakala Sribuza pula merupakan nama kepada ibukota atau pusat pemerintahan empayar Zabag atau dengan erti kata lainnya, merujuk kepada Srivijaya yang berpusat di Sumatera.
4- Antara penulis yang terawal yang menyebut tentang Zabag dan Sribuza didalam rekod penulisan mereka adalah Ibnu Khordadbeh. Siapakah Ibnu Khordadbeh? Ibnu Khordadbeh atau nama sebenarnya Abul Qasim Ubaid Allah Ibn Khordadbeh merupakan seorang ahli birokrat dan ahli geografi keturunan Parsi yang hidup pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah dibawah khalifah Almu'tamid pada kurun ke 9.
5- Pada awal kurun ke 9, Ibnu Khordadbeh telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Al Masalik Wal Mamalik (The Book of Roads and Kingdoms). Buku ini mengandungi rekod-rekod mengenai kepelbagaian bangsa dan kawasan-kawasan yang dinaungi oleh Kerajaan Abbasiyah. Buku tersebut juga memaparkan peta-peta, deskripsi lengkap mengenai kawasan, bangsa dan budaya negara-negara kota di Asia Tenggara termasuk Kepulauan Andaman, Semenanjung Malaysia, Kepulauan Jawa sehinggalah China, Korea serta Jepun.
6- Mengenai Srivijaya, Ibn Khordadbeh ada menjelaskan bahawa penguasa Zabaj diberi nama Al Takht, raja kepada pulau-pulau di laut timur. Ibn Khordadbeh juga memetik kisah-kisah dari pelayar-pelayar yang memperihalkan keadaan flora dan fauna Zabag. Beliau dipetik sebagai berkata:
In the mountains of Zabag, there are enormous serpents which devour men and buffalos, and some which devour even elephants. This country produces gigantic camphor trees, there are trees which can give shade to nearly a hundred persons
7- Ibn Khordadbeh seterusnya memperihalkan berkenaan dengan Maharaja Zabag. Kekayaan Maharaja Zabag dijelaskan dengan kutipan cukai yang mencapai 200 mann sehari. Mann atau Batmann (bukan adiwira kelawar yang popular itu) merupakan unit timbangan yang digunakan oleh pedagang arab pada zaman Uthmaniyah dan Asia Tengah dimana satu Mann bersamaan dengan lebih kurang 7.4 kilogram menjadikan kutipan emas Maharaja Zabag setiap hari adalah 1,480 kilogram setiap hari.
The gold is plentiful, the horse bits, the chains and necklaces of monkeys, dogs and other beasts are of gold. The chiefs used golden bricks for their houses and forts and official decrees are engraved upon golden paper
8- Maharaja Zabag juga mempunya tabiat mencampakkan bata-bata emas nya kedalam air. Selain daripada itu, 1/4 daripada kutipan cukai nya diperolehi daripada aktiviti sabung ayam, yang kita tahu merupakan aktiviti yang digemari bukan sahaja oleh masyarakat melayu malah raja-raja melayu. Kegilaan raja-raja melayu bersabung ayam sememangnya telah direkodkan didalam pelbagai sumber. Ibn Khordadbeh seterusnya dipetik sebagai berkata:
The king of Zabag is named the Maharaja. The Maharaja gathers each day a revenue of 200 mann of gold. He has this gold made into a single brick and throws it into the water saying; Look this is my treasury. Part of this revenue, say 50 mann a day, he gets from cock fights. one of the legs of the victorious cock belongs by right to the king and the owner buys it back for gold.
9- Penulis seterusnya bernama Sulayman Al Tajir (Sulaymen the Merchant), seorang pedagang arab yang telah merekodkan nama Sribuza sebagaimana yang telah ditulis dan disusun semula oleh Abu Zayd Hassan didalam bukunya yang bertajuk Akhbar Al Sin wa Al Hind (Reports of China and India) . Beliau mengatakan bahawa Kalah Bar merupakan sebahagian daripada empayar Zabag dan empayar ini terletak di Selatan India dan keduanya dinaungi oleh seorang Maharaja yang sama. Saya percaya Kalah Bar yang dimaksudkan disini adalah kerajaan Kedah Tua dimana perkataan Bar pada Kalah Bar telah ditafsirkan untuk merujuk kepada kerajaan dan pesisirnya.
10- Abu Zayd Hassan juga telah menerangkan bahawa Maharaja Zabag mempunyai tabiat membuang emasnya didalam tasik. Seperti yang telah saya tulis didalam perenggan 7 diatas, perkara yang sama juga telah di ceritakan oleh Ibn Khordadbeh didalam bukunya. Abu Zayd Hassan seterusnya menceritakan satu kisah yang menceritakan tentang hubungan diantara Maharaja Zabag dan Penguasa Khmer.
11- Didalam kisah itu, walaupun telah berulang kali dinasihati oleh para menterinya, Raja Khmer dengan angkuhnya telah membuat satu pengisytiharan dihadapan rakyatnya, bahawa beliau ingin melihat kepala Maharaja Zabag dipersembahkan kepadanya didalam sebuah dulang. Berita tersebut telah disampaikan kepada Maharaja Zabag yang seterusnya telah mengutus satu armada perang untuk memerangi Khmer. Penguasa Khmer tersebut telah ditangkap, dibunuh dan kepalanya dihadapkan kepada Maharaja Zabag didalam sebuah dulang.
You have manifested the desire to see before you my head on a plate. If you also had wished to seize my country and my kingdom or even only to ravage a part of it, I would have done the same to you. But since you have only expressed the first of these desires, I am going to apply to you the treatment you wished to apply to me, and I will then return to my country without taking anything belonging to the Khmer, either of great or small value
12- Pakar sejarah berpendapat walaupun kisah tersebut lebih berunsurkan lagenda dan mitos rakyat mengenai Maharaja Zabag, ianya mungkin merujuk kepada satu kisah Navagatah Javabalasanghah yang direkodkan pada satu prasasti di Champa pada akhir kurun ke 8, yang mengisahkan kedatangan angkatan perang dari Jawa yang telah memusnahkan Champa dan jiran-jiran sekitarnya.
13- Sewaktu penulis arab tersebut memenakan kisah diantara Zabag dan Khmer tersebut, Kerajaan Khmer telah pun merdeka daripada penguasaan Maharaja apabila Suryavarman II telah mengisytiharkan kemerdekaan Khmer dan menubuhkan kerajaan di Mahendraparvata serta menjadikan dirinya sebagai Maharaja.
14- Al Masoudi ataupun nama sebenarnya Abu Al Hassan Ali Ibn Al Husayn Ibn Ali Al Masoudi, seorang ahli sejarah yang dilahirkan di baghdad, didalam bukunya yang bertajuk Muruj Adh Dhahab wa Al Ma'adin Al Jawhar (Meadows of Gold and Mines of Gem) turut merekodkan kisah-kisah mengenai Zabag dan Sribuza. Al Masoudi dipetik sebagai berkata:
In the sea of Champa (off central/south Vietnam) is the empire of Maharaja, the king of the islands, who rules over an empire without limit and has innumerable troops. Even the most rapid vessels could not complete in two years a tour round the isles which are under his possesssion. The territories of this king produce all sorts of spices and aromatics, and no other sovereign of the world gets as much wealth from the soil
15- Abu Rayhan Al Biruni ataupun lebih dikenali sebagai Al Biruni, dianggap oleh pakar sebagai ahli anthropologi (ilmu kemanusiaan dan sains sosial) pertama didunia, yang juga merupakan seorang ilmuwan Islam berketurunan parsi yang terkemuka pula, menggelarkan Zabag sebagai Suwarna Dib (Suvarnadvipa) didalam bukunya yang diberi judul Qanun Al Masoudi (kitab tersebut dinamakan sedemikian kerana Al Biruni menujukan buku tersebut kepada Mas'ud anak lelaki kepada Sultan Mahmud Al Ghaznawi/Mahmud of Ghazni). Beliau dipetik sebagai berkata:
The eastern islands in this ocean (Sea of Champa), which are nearer to China than India, are the islands of Zabaj, called by the Hindus, Suvarnadvipa, i.e. the gold islands, because you obtain much gold as deposit if you wash only a little of the earth of that country
16- Al Idrisi ataupun nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad al Idrisi merupakan seorang pakar geografi serta ahli didalam bidang pemetaan khususnya topografi. Hasil kerjanya meninggalkan kesan kepada pengembara-pengembara terkenal daripada Ibn Battuta, Ibn Khaldun, Piri Reis sehinggalah kepada Christopher Columbus dan Vasco Da Gama. Beliau didalam bukunya yang bertajuk, Kitab Ruyar pula dipetik sebagai menyebut:
On its shores (i.e. of the sea of Sanf or Champa), are the dominions of a King called Mihraj, who possesses a great number of populous and fertile islands, covered with fields and pastures, and producing ivory, camphor, nutmeg, mace, clove, aloeswood, cardamom, cubeb
17- Menarik bukan?
Memang menarik ! Teruskan mengkaji dan menulis.
ReplyDeleteTerima kasih tuan kerana sudi melawat.
ReplyDeletemenarik...tak semua orang sanggup wat kajian macam ni...saya cuma boleh tumpang baca sahaja..huhu...teruskan usaha!!..
ReplyDeletesalamz..
ReplyDeleteteruskan menulis tuan..
tolong la jgn merajuk..
terima kasih untuk input yg sgt2 berguna
.
.
Yg Benar
encik-encik anon, terima kasih kerana sudi melawat.. jika ada masa terluang mohon juga beri idea dari segi topik topik yang menarik untuk saya kupas..
ReplyDeleteAnon 1:47, saya merajuk dengan blogger.com hari tu sebab saya rasa saya terdelete entri panjang lebar yang saya tulis untuk blog ini. Lepas tu tak save kat mana-mana. Pengajaran: save dalam word dulu! hahaha
Patut lar Siri Ketiga macam buang air kecil tak tus je... Ha3... Cam tak puas je. Tapi kali ni cukup ok... Bagus3!
ReplyDeleteM_M
Tuan DiRaja, terima kasih kerana sudi kembali melawat.
ReplyDeleteHahaha.. itu lah.. penat tulis panjang-panjang boleh pulak terdelete. merana 2 minggu, muahahaha.
harap-harap siri enam tak terdelete jugak.. hahaha. penat baca pasal Buddhism di Srivijaya.
Yang nyatanya, saya memang selalu melawat blog ni. Tetapi kekadang tak tau nak komen apa, macam tak leh nak komen... sebab ending sesetengah siri seperti tergantung... Saya selalu rasa adakah Benign mahu pembaca respons dengan "ketergantungan" artikel?
ReplyDeleteTetapi jika betullah tekaan saya tu, saya nak beri pendangan skit, teknik membuatkan pembaca tertanya-tanya merupakan salah satu teknik yg bagus utk persembahan artikel blog, cuma skil penulisan ayat dan intipati artikel tak cukup kuat untuk membuatkan pembaca cam saya nak bertanya... endingnya selalu membuatkan saya terdiam begitu sahaja... itu yg kelihatan saya seperti chipsmore... kejap komen kejap tak komen.
M_M
hahaha.. terima kasih banyak banyak Tuan atas pandangan tersebut.
ReplyDeleteSebenarnya banyak rencana tergantung sebab saya dah tak tahu nak tulis apa. Apa yang ada dalam susorgalor sebenarnya lebih kepada rekod bacaan saya semata mata. S
aya tulis apa yang saya baca sahaja. Tidak ada niat untuk buat pembaca tertanya tanya. Hehehe. sebab tu hampir semua rencana saya habiskan dengan "menarik bukan?". Sebab dah tak tahu apa nak ditulis. hahaha
Saya akan cuba memvariasikan gaya penulisan agar ianya lebih menarik. Paling tidak pun biar sampai tertanya tanya untuk membuat kajian sendiri.
Terima kasih tuan. Pandangan sangat berharga.
Oh? Begitu ke cara Benign tulis dalam blog? Kenapa tak tulis dalam word ke sebagai contoh dan baca berulang-ulang kali sehingga puas dan sempurna barulah copy paste dlm blog? Idea saya utk mengelakkan artikel tergantung... tak pun submit kepada seseorang utk proof reader dulu...
ReplyDeleteSaya sendiri mengakui, tahap kerajinan Benign dalam menyemaksilang pelbagai sumber sejarah Melayu, jika mengikut persepsi saya, jauh terlalu dahsyat berbanding saya yg pemalas... Ha3... tak rajin nak baca buku pada bilangan yang terlalu banyak. Tahniah Benign!
M_M
idea proof reader tu amat menarik tuan... Namun saya rasa saya akan menggunakan pakai idea tuan untuk menulisnya dahulu didalam word dan memastikan ianya benar benar memuaskan hati baru tampal. Ia juga boleh mengelakan dari terdelete. hahaha Thank you sir.
ReplyDeleteSaya ada baca dlm buku Wali Songo(penerbitan dari Kelantan).Sribuza ialah Kerajaan Sriwijaya yg Islam pada masa raja Sri Indrawarman.Kerajaan ini menjadi kerajaan Islam selama 10 tahun.
ReplyDeleteSri Indrawarman menjadi Muslim disebabkan utusan dakwah yg diutuskan oleh Khalifah Umar Abd Aziz dari Kerajaan Umaiyah.