04 February 2011

Punt, Ta-Netjer & Tanah Para Dewa.

1- Setiap kali menyusuri Mistisfiles, begitu kerap saya terbaca mengenai misteri tanah Punt dan juga teori-teori mengenai lokasinya yang masih lagi membingungkan para sarjana. Para cendekia di Mistisfiles dan beberapa blog lagi menjuarai teori yang mengatakan bahawa tanah Punt terletak di kepulauan Melayu manakala sarjana-sarjana lain masih berbelah bahagi tentang kedudukannya yang sebenar. Ada yang mengatakan bahawa tanah Punt berada di benua Afrika dan ada pula yang mengatakannya terletak di timur tengah. Saya cuba untuk mencari jawapan saya sendiri.

Ekspidisi ke Punt


2- Terlebih dahulu adalah lebih elok kita mengupas apakah dia Punt dan mengapa ianya sangat mengujakan sarjana. Punt atau Pwenet atau Pwene adalah sebuah tamadun besar yang mempunyai hubungan dagang yang erat dengan kerajaan Mesir purba. Ianya merupakan sebuah kota ketamadunan yang terkenal sebagai pengeluar dan pengeksport emas, rempah ratus, setanggi (aromatic resins), kemenyan damar, gading gajah, kulit harimau bintang dan sebagainya. Punt ini juga membekalkan anjing pemburu, beruk dan baboon serta orang-orang kerdil sebagai hamba abdi atau penghibur di istana Mesir purba.

3- Rekod yang paling lama yang mencatatkan hubungan diantara Mesir purba dan Punt boleh didapati diatas Batu Palermo, yang merupakan serpihan dinding bermanuskrip di kedua-dua sisi merekodkan upacara keagamaan serta maklumat mengenai 5 dinasti pertama Mesir purba. Ia mencatatkan Raja Sahure/Nebkhau dari dinasti kelima kerajaan firaun Mesir purba, ada menerima wangian Myrrh (damar) dan Elektrum (sejenis aloy yang mengandungi campuran emas. Orang Greek memanggilnya Emas Putih) dari Punt. Namun begitu ada rekod yang mengatakan bahawa emas telah pun mula dieksport dari Punt semasa pemerintahan Raja Khufu dari pemerintahan dinasti Mesir purba yang keempat.

4-  Namun maklumat mengenai Punt dan juga hubungan dagangnya dengan Mesir purba paling banyak tercatit di Makam Permaisuri Hatshepsut yang terletak di Dier al Bahri, Luxor, Mesir. Lukisan-lukisan rekod ini dirujuk sebagai The Punt Reliefs oleh para saujana. Namun terlebih dahulu, siapa Hatshepsut? Beliau merupakan pemerintah ke 5 dari dinasti ke 18 kerajaan Mesir purba dan merupakan diantara sebilangan kecil pemerintah wanita Mesir purba selain dari Nefertiti dan Cleopatra. Terdapat para sarjana yang berpendapat bahawa beliau lah yang dikenali sebagai Queen of Sheba seperti yang tercatit didalam Injil. Kita mengenalinya sebagai Ratu Balqis.

5- Hubungan dagang diantara Mesir purba dan Punt berterusan sehingga ke pemerintahan dinasti ke 20 Mesir purba dimana raja-raja dari dinasti-dinasti ini seringkali menghantar kapal-kapal dagang untuk berdagang ke tanah Punt. Salah satu rekod yang popular mengenai misi dagang ke tanah Punt adalah Kisah si Pelayar dan Kapal yang Karam (The Tale of the Shipwrecked Sailor). Kisah ini ditulis diatas helaian daun papyrus yang kini ada dipamerkan di Muzium Imperial St Petersburg, Rusia.

6- Daun-daun papyrus ini mengisahkan pelayaran seorang nakhoda Mesir purba bersama 120 anak kapalnya ke Lombong Emas Raja (The King's Mine) dimana didalam perjalanannya kapalnya dihentam ribut dan seterusnya karam membunuh kesemua anak kapalnya melainkan nakhoda itu sahaja yang terselamat. Nakhoda itu terdampar disuatu tempat dan telah bertemu dengan seekor naga berjanggut yang seterusnya telah membawa nakhoda itu ke tempat tinggalnya.

7- Naga tersebut seterusnya bercerita mengenai kejadian tempat tinggalnya dihentam tahi bintang dan membunuh kesemua 74 saudara-saudaranya bersama anak-anak mereka termasuklah anak perempuannya (ada terjemahan yang mengatakan bahawa anak perempuannya terselamat). Naga tersebut juga mengatakan bahawa nakhoda itu akan diselamatkan dalam masa 4 bulan. Untuk membalas budi naga tersebut, nakhoda itu berjanji untuk memberitahu tentang kekuasaan naga tersebut kepada Raja Mesir dan akan menghantar hadiah-hadiah berbentuk minyak dan wangi-wangian dari kemenyan termasuk kemenyan Myrrh.

8- Mendengar janji tersebut, naga itu hanya ketawa dan mengatakan bahawa dia tahu negara asal nakhoda itu (Mesir purba) bukanlah negara yang kaya dengan Myrrh. Naga tersebut seterusnya mengaku bahawa dia adalah Raja Punt dan pulau yang dihuninya mempunyai lebih banyak wangian kemenyan. Ketika nakhoda tersebut diselamatnya, beliau dibekalkan dengan gading gajah, segala jenis rempah, kemenyan, anjing pemburu dan beberapa ekor beruk. Naga tersebut mengatakan setelah Nakhoda itu berlepas pulang, beliau tidak akan lagi dapat menemui pulau itu kerana ianya akan ditenggelami air.

You are not rich in perfumes, for all that you have is but common incense. As for me, I am prince of the land of Punt, and I have perfumes. Only the oil which you say you would bring is not common in this isle. But, when you shall depart from this place, you shall never more see this isle; it shall be changed into waves

9- Para sarjana bercanggah pendapat tentang nilai fakta kisah tersebut. Ada yang mengatakan bahawa ianya rekaan dan fantasi. Malah ada pula yang mengatakan bahawa ianya adalah penceritaan yang mempunyai banyak lapisan yang perlu didalami. Namun fakta terakhir didalam perenggan diatas menerbitkan persoalan, adakah Punt ini sejenis pulau seperti Lemuria atau Atlantis?

10- Semasa pemerintahan Hatshepshut, permaisuri tersebut telah menghantar ekspidisi dagang ke Punt dengan diketuai oleh canselor Nehsi yang dikawal oleh 5 buah kapal perang Mesir. Turut direkodkan bahawa orang-orang Punt bukan sahaja memperdagangkan produk-produk tempatan seperti kemenyan dan lain-lain, malah turut juga memperdagangkan barangan-barangan dari tempat-tempat lain. Jadi, apa yang saya faham dari situ adalah Punt ini merupakan pusat dagang yang bukan sahaja dikenali dan menjadi tumpuan Mesir purba, malah kerajaan-kerajaan lain yang mungkin ada pada masa itu. Pusat perdagangan yang menjadi tumpuan seluruh dunia purba.

11- Walaupun terdapat inskripsi yang menyatakan tentang perihal tanah Punt ini, tiada satu pun dari rekod-rekod ini yang menyatakan secara jelas dimanakah tanah Punt ini terletak. Yang paling nyata dari kebanyakan rekod mengenai Punt, saya mendapati bahawa untuk sampai ke Punt, orang-orang Mesir purba terpaksa melayari Laut Merah menggunakan kapal-kapal dagang yang besar.

12- Hasil dari pencarian saya tentang rencana-rencana dan buku-buku tentang lokasi tanah Punt ini, saya mendapati majoriti para sarjana terbahagi kepada pendokong dua pendapat/teori utama. Dua teori utama mengenai lokasi  Punt yang sering diperdebatkan oleh para sarjana ini adalah:

i- Tanah Arab
ii- Tanah Afrika 

13- Namun yang demikian, terdapat juga para-para sarjana yang mengesyorkan pendapat bahawa Punt mungkin terletak di Jerusalem, di Punjab, India dan di Asia Tenggara namun jumlah sarjana yang mengenengahkan pendapat-pendapat ini hanyalah sebilangan kecil sahaja berbanding dengan penyokong-penyokong teori Arab atau Afrika diatas. Namun untuk memudahkan pengkajian dan pembacaan, saya sisipkan didalam ingatan kata kunci - kata kunci seperti berikut: Tanah dari Arah Matahari Terbit, Pusat Perdagangan Antarabangsa, Emas, Wangian Myrrh, Jalan Laut dan Kawasan Berhutan.

14- Mengikut rekod yang terdapat di dinding kuil itu lagi, Punt, pada masa pemerintahan Hatshepsut, diperintah oleh pemerintah yang bernama Raja Parahu dan Permaisuri Ati. Setakat pengetahuan saya yang cetek ini, nama-nama ini agak janggal disinonimkan dengan nama-nama dari Benua Afrika dan Timur Tengah. Malah sekiranya saya merujuk kepada kisah The Tale of the Shipwrecked Sailor pun kisah dan mitos mengenai naga juga agak janggal dikaitkan dengan kedua-dua lokasi tersebut walaupun tidak dinafikan bahawa kedua-dua lokasi ini turut mempunyai mitos dan lagenda naga mereka sendiri.

15- Saya membuat pembacaan sampingan mengenai lagenda-lagenda naga dari benua Afrika. Terdapat dua lagenda yang popular dan salah satunya adalah Hydra (naga berkepala 7) versi Afrika. Namun dari kesemua kisah-kisah naga Afrika yang saya baca, tiada satupun yang berkaitan dengan laut. Kebanyakkannya dari paya, sungai atau kolam malah mitos-mitos naga dari tempat-tempat ini hanya terkenal sebagai lagenda setempat sahaja.

Naga dari mitos Mesir purba.

16- Punt juga dipanggil Ta-netjer yang bermaksud Land of the Gods oleh orang-orang Mesir purba. Ini merujuk kepada fakta yang mana orang-orang Mesir purba mempercayai bahawa Punt adalah sebahagian daripada tanah yang dinaungi oleh Horus, tuhan matahari (sun god) dan berada di sebelah timur merujuk kepada dari arah matahari terbit. Manuskrip-manuskrip lama menyatakan bahawa Ta-Netjer apabila diterjemahkan sebagai bermaksud Tanah Para Dewa, ia bermaksud tanah suci (holy land) atau tanah nenek moyang (land of the ancestors). Pendapat ini disokong oleh sarjana-sarjana seperti John White, W.M Flinders dan E A Wallis Budge.

17-  Pada tahun 2003, terdapat penemuan teks terbaru pada kubur di El Kab. Kubur ini dimiliki oleh seorang gabenor Mesir purba yang bernama Sobeknakht II dan bertarikh sehingga ke dinasti ke 17 pemerintahan Mesir purba. Akhbar tempatan melaporkan bahawa inskripsi tersebut menyatakan bahawa terdapat satu serangan besar-besaran keatas El Kab dan Mesir dari arah selatan oleh Kerajaan Kush (sebuah kerajaan Afrika purba yang pusat pemerintahannya terletak di pesisir Laut Merah yang dipanggil Nubia, didalam negara Sudan hari ini) dan juga sekutunya dari Punt.

Raja Parahu dan permaisuri Ati.
18- Saya sebenarnya tiada hipotesis sendiri mengenai kedudukan sebenar Punt dan saya membaca setiap teori-teori dengan minda yang terbuka kerana walaupun banyak bukti dari Mistisfiles yang menunjukkan bahawa Punt itu mungkin berada di Asia, namun bukti-bukti sebaliknya juga tidak boleh dipandang enteng. Sekiranya Punt itu tidak terletak di Nusantara sekalipun ianya tidak menjadi masalah bagi saya. Cuma saya tertarik dengan lakaran-lakaran ciri-ciri orang-orang Punt sebagaimana yang terdapat di dinding-dinding kuil di Luxor. Saya bersetuju dengan pendekatan Cik Srikandi di Mistisfiles yang membuat penilaiannya berdasarkan lakaran-lakaran karakter orang-orang Punt dan keadaan geografi tanah Punt.

19- Kebanyakan para pengkaji membuat penilaian berdasarkan agakan-agakan lokasi berdasarkan jarak geografi. Ciri-ciri kecil yang ada pada lakaran-lakaran dinding tersebut seringkali diabaikan dan ini boleh membuatkan tekaan-tekaan mereka mungkin tersasar jauh. Saya cuba membuat pemerhatian pada lakaran-lakaran tersebut dengan lebih teliti. Saya percaya setiap lakaran dibuat mengikut resam dan kelaziman bangsa-bangsa yang dirujuk.

20- Pertama sekali adalah warna kulit. Dari Kuil Makam Raja Seti I yang terletak di Valley of the Kings, terdapat lakaran-lakaran pelbagai jenis bangsa yang tinggal di Mesir purba. Lakaran-lakaran ini menyebabkan para sarjana tidak lekang dari berdebat tentang bangsa-bangsa yang ada di Mesir purba. Orang-orang Mesir purba digambarkan dengan karakter-karakter berkulit kemerah-merahan. Manakala orang-orang dari benua Afrika (orang-orang Nubia) pula digambarkan dengan warna kehitaman. Saya tidak pasti samada terdapat lakaran orang Punt di kuil tersebut atau tidak namun di dinding kuil Hatshepsut, orang Punt digambarkan dengan karakter berkulit coklat. Fakta ini sekaligus membantah pendapat-pendapat sarjana yang mengatakan bahawa Punt terletak di Nubia (Sudan hari ini).

Lakaran orang Syria, Nubia, Libya dan Mesir.
21- Begitu juga pendapat yang popular tentang lokasi Punt adalah Ethiopia. Namun sudah terdapat lakaran karakter orang-orang dari Ethiopia dari dinasti pemerintahan Akhenaten dan Tutankhamun dan ianya tidak langsung menyerupai orang-orang Punt.

22- Karakter-karakter yang digambarkan sebagai Raja Parahu dan Permaisuri Ati serta rombongannya didapati memakai ikatan kepala. Melalui lakaran karakter di Kuil Makam Raja Seti I juga kita dapat membuat perbandingan diantara karakter-karakter ini.  Terdapat bangsa lain yang digambarkan memakai lilit kepala iaitu bangsa Libya. Yang membezakan orang Libya dan orang Punt adalah warna kulit. Saya juga kurang pasti samada budaya mengikat kepala memang menjadi kelaziman untuk bangsa Afrika. Namun saya juga tidak tahu tradisi mengikat kepala turut dipraktikkan oleh orang-orang Libya. Jika diperhatikan, orang-orang Punt turut menyelit senjatanya kedalam kain atau ikatan di pinggang.

23- Punt digambarkan sebagai tanah yang subur, kaya dengan pokok-pokok kemenyan yang besar serta rimbun tumbuh melata menjadi tempat berteduh lembu-lembu peliharaan orang-orang Punt. Terdapat juga pokok-pokok seakan-akan kelapa atau kurma atau pinang memayungi rumah-rumah mereka.Disebelah rumah mereka mengalir sungai sungai. Rumah-rumah orang Punt mempunyai tiang dan tangga.

Penempatan orang-orang Punt.

Lakaran rumah tipikal melayu dari The Malay Archipelago by Alfred Russel Wallace yang diterbitkan pada 1869.

24- Saya tidak mahu membuat andaian, cukup sahaja saya merekodkan disini apa yang dapat saya baca. Seorang professor dari Harvard, Dr. Barry Fell mempercayai bahawa tanah Punt mungkin terletak di Sumatera, seperti yang dinyatakan didalam bukunya American B.C. Dan hipotesis tersebut dibuat berdasarkan masa yang diambil oleh rombongan kapal dagang Mesir purba yang mengambil masa 3 tahun untuk kembali. Setahun untuk berlayar ke Punt, setahun untuk melombong emas dan berdagang dan setahun untuk perjalanan pulang. Sekiranya Punt terletak di negara tanduk Africa (negara pesisir laut merah), masa yang diambil hanyalah dalam 2 minggu dari mana-mana perlabuhan Mesir purba, namun saya masih perlu melakukan pembacaan mengenai teori 3 tahun ini.

Tanduk Afrika.


25- Satu lagi fakta yang perlu dinilai adalah Punt adalah pusat perdagangan yang menjadi tumpuan seluruh dunia. Saya tidak menjumpai pula rekod-rekod yang mengatakan bahawa Sudan, Somalia atau Ethiopia menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Bukankah ini satu fakta yang menarik? Cuma yang membuat saya terfikir adalah barangan dagangan Punt yang sering di ungkap oleh para sarjana adalah Zirafah dan kulit Harimau Bintang, yang mana kedua-dua produk ini bukanlah sesuatu produk lazim dari Asia.

Beruk, Lembu dan Zirafah dari Punt.

26- Satu lagi perkara yang sememangnya bukan kelaziman dari Asia adalah orang-orang Pygmy Orang-orang Pygmy adalah orang-orang kerdil, direkodkan dibawa datang dari tanah Punt untuk dijadikan penghibur serta penari-penari sebagai persembahan kepada tuhan-tuhan di istana Mesir purba seawal dinasti keenam pemerintahan Mesir purba sebagaimana yang didapati pada inskripsi gabenor daerah Aswan yang bernama Harkhuf di Qubbet el Hawa.
My majesty desires to see this dwarf more than the gifts of Sinai and of Punt. If thou arrivest at court this dwarf being with thee alive, prosperous and healthy, my majesty will do for thee a greater thing than that which was done for the treasurer of the god Burded in the time of Isesi, according to the heart's desire of my majesty to see the dwarf.

27- Yang memeningkan kepala saya lagi adalah apabila saya membuat pembacaan lanjut mengenai orang-orang Pygmy ini menerusi wikipedia, orang-orang kerdil ini juga boleh di jumpai di Asia Tenggara. Di Asia Tenggara orang-orang Pygmy ini diklasifikasikan sebagai orang-orang Negrito iaitu orang Batak, orang Semang dan orang Andaman.

Orang Pygmy Afrika.

28. Menarik bukan?

44 comments:

  1. Salam Benign,

    Kamu boleh dikatakan sebagai Bintang Baru yang semakin menyerlah di dalam "Liga Sejarahwan Melayu Blogger"...

    Tak sangka Benign dapat kupas dan ulas tajuk yang boleh dianggap mencabar? Bahkan mampu mengeluarkan artikel-artikel baru sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh seminggu...

    Adakah Zirafah diperoleh semasa singgah di Afrika dalam pelayaran pergi atau balik ke tanah Punt? Harimau Bintang/ Leopard boleh diperoleh di persinggahan India/ Asia Tenggara/ dagangan dari China. Jika ia merujuk Jaguar yang hanya boleh diperoleh di benua Amerika Utara dan Selatan, ianya sesuatu yang perlu diselidiki, adakah tamadun MesoAmerika dapat berhubung dengan luar terutamanya tamadun Asia/ Afrika...

    M_M

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, orang nusantara sudah lama berhubung dengan orang amerika selatan jauh lebih dahulu daripada colombus.

      Delete
  2. Salam tuan rumah,

    Kata anda,

    "Terdapat para sarjana yang berpendapat bahawa beliau (Permaisuru Hatshepsut) lah yang dikenali sebagai Queen of Sheba seperti yang tercatit didalam Injil. Kita mengenalinya sebagai Ratu Balqis"

    Saya tidak mahu memberikan sebarang teori baru pasal Punt atau mengulas lanjut tentang butir2 sejarah tentang asal usul melayu melayu dsb. Saya serah pada kebijaksanaan ahli2nya untuk lead the way.

    Saya cuma nak highlight sikit pengkajian & eksplorasi terkini agensi perisikan & military outfit kuasa besar terutamanya Israel & U.S di Yaman.

    Sejak beberapa tahun lepas ada aktiviti2 yg agresif dilokasi penting Yaman terutamanya di tapak runtuhan (dipercayai) Istana Queen of Sheeba. Di 4 penjuru runtuhan kota & istana ditempatkan peluru berpandu bagi mengawal tapak itu.

    Terdapat Inskripsi pada batu-batu tembok kota menggunakan aksara2 purba yg sedang giat ditafsirkan. Malahan rupa2nya, usaha pengkajian & ekplorasi ini tak dapat dipisahkan dengan subject 'Ark of Covenant'. Mutakhir ini nampaknya 2 lokasi 'panas' untuk mencari Ark ini adalah di tapak ini dan di bawah Baitul Muqaddis. Namun rasanya, mereka meletakkan tapak ini sebagai top of the list.

    Ada seorang pengkaji bebas bernama Dan Eden cuba untuk memahami isu ini dengan lebih saintifik dan membuat cross referance dengan banyak fenomena2 ganjil masa kini yg berlaku di merata tempat di dunia.

    Sesiapa yg minat nak tahu, boleh cuba dapatkan e-book (The Never Ending) percuma beliau pada link di bawah. Mungkin dapat memperkayakan lagi pengetahuan kita.

    http://www.viewzone.com/never/never.html

    wallahualam

    Org Media

    ReplyDelete
  3. Kepada Tuan Diraja:

    Mungkin juga. Tapi satu satunya bukti yang sering digunakan oleh pendokong teori afrika untuk menguatkan hujah mereka adalah kehadiran zirafah ini. Kalau ikut kepada ukiran pada gambar dinding tersebut, mungkin zirafah tersebut adalah haiwan tempatan Punt sebab dibelakang kepala zirafah tersebut ada gambar pokok yang mengeluarkan myrrh.

    Sebab itu saya tidak membuat apa-apa kesimpulan tentang lokasinya walaupun bukti warna kulit, jenis rumah dan keadaan geografi yang berhutan itu boleh menghala teori ke tempat seperti Asia.

    lagipun gambaran karakter orang Punt tidak menepati ciri ciri orang dari benua afrika. Sebagai contoh lagi, rata rata mereka berjanggut panjang (goatee). Orang afrika janggutnya bukan goatee kerana faktor rambut mereka yang lebih kerinting.

    ReplyDelete
  4. Anon 11:44, terima kasih diatas perkongsian maklumat tersebut. mengingatkan saya kepada fenomena terbaru apabila terdapat rakaman penampakan sebuah UFO di Jerusalem baru baru ini. Objek terbang tersebut turut memancarkan satu cahaya aneh.

    namun pendedahan tuan tersebut sangat menarik. Saya pasti akan cuba mencari bahan bacaan mengenainya. Insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Hujjah anda kukuhkan dan mengesahkan lagi kepercayaan bahaya punt itu di Malaysia. dan Sumatera. Tambhan pula Selat Melaka pada masa dulu hanyalah sungai. yerlah anggaran 3 ribu sebelum masehi.

    ReplyDelete
  6. bagi pendapat saya org pignmy yg dijadikan hamba penghibur bukanlah kaum tapi mungkin org cacat bantut.

    ReplyDelete
  7. tahniah...ulasan anda sangat bagus.

    ya, zirafah...binatang ni jugak merunsingkan otak saya masa buat research dulu walaupun bukti-bukti lain dah positif...kalau ditemui rangka zirafah purba di hutan nusantara maka agaknya terlerailah kebuntuan..:D

    ReplyDelete
  8. Tuan Ahazeman: Sebenarnya orang-orang pygmy ni adalah dirujuk kepada orang-orang yang bergen kerdil. Bukan terbantut. Memang banyak puak-puak di afrika dan asia tenggara yang memang bergen kerdil.

    Itu mengikut yang saya baca lah.

    ReplyDelete
  9. Tuan AlSemantani... memang benar tuan. Bukti lain semuanya sudah positif menghala kepada Asia.

    Sekiranya melihat kepada bukti-bukti lain, sememangnya teori Afrika dan teori Arab sudahpun tertolak dengan sendirinya.

    Saya ada terfikir juga kemungkinan Zirafah pernah hidup di Asia tetapi setakat ini tiada bukti yang menunjukkan sedemikian. Lagipun sekiranya Zirafah itu adalah barang dagangan khusus dari Afrika, kenapa tidak Zebra?

    ReplyDelete
  10. Teori hubungan dagangan khusus dari Afrika memang menarik mungkin boleh dikaitkan dengan kisah Sang nila Utama yg menamakan pulau singapura krn melihat haiwan singa padahal singa hanya terdapat di Afrika bukan dikawasan nusantara

    ReplyDelete
  11. menarik juga.. boleh juga cari bahan bacaan. Siapakah Sang Nila Utama...

    ReplyDelete
  12. sang nila utama adalah watak jahat dalam filem senario Lang Buana

    ReplyDelete
  13. benarkah itu zirafah? apakah andaian yg digunakan utk mengatak itu zirafah?

    jika haiwan lain, apakah ia?

    ReplyDelete
  14. 3000 BC satu jarak masa yg sangat jauh. banyak binatang boleh pupus tanpa jejak. lagipun bentuk zirafah yang leher panjang nampak lebih logik berada di hutan khatulistiwa berbanding gurun. dicipta untuk makan daun2 pokok tinggi2. boleh sahaja zirafah itu dibekalkan dari tempat lain selaku pelabuhan purba.

    ReplyDelete
  15. Tuan Jerat Bersilang: Saya sendiri tak mampu memberi apa-apa kepastian.

    Tuan Ahazeman: mungkin juga, tetapi selagi kita tidak jumpa apa apa kerangka zirafah dari semenanjung, selagi itulah kita akan berteka teki

    ReplyDelete
  16. punt xtinggal sikit kesan pn.. mebi sbb wave yg dimaksudkan menghanyutkan sume zirafah2 tu ke afrika kikiki.. tp saye mmg suke dgn cerita punt.. saye turut berpendirian binatang2 afrika tu dulu mmg ada kt sini.. cuma rangka2 singa or cheetah atau zirafah xde sape yg nak cr or jumpe n wat kajian.. mcm la jugak rangka2 rimau belang zaman dulu ade org jumpe ke?

    ReplyDelete
  17. Tuan Jon: Hehehe... mungkin juga.. lagipun masa singapura tu dinamakan kota singa, bukan ada singa pun sekarang di singapura kecuali di zoo.

    ReplyDelete
  18. Oh zirafah tu....tak tau ke kat punt dulu ada zoo, ada sarkas, tempat ternakan zirafah...tak tau? aku pun...ha ha...melawak jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun lawak tetapi itu bukan mustahil. Kita jangan menganggap manusia zaman purba tidak maju. Mungkin juga teknologi penternakan haiwan dinegeri punt pada zaman itu sudah cukup maju (lembu mereka banyak dan sihat) mustahil negara lain tiada lembu sehingga mereka sanggup mengimport lembu dari punt dan punt punyai kemampuan untuk mengeksport lembu.

      Delete
  19. Kemungkinan bukan zirafah.. tapi kijang putih.. seperti lambang bank negara.. ada persamaan..
    ~Adik~

    ReplyDelete
  20. congrats tuan rumah, topik berat tapi kupasan mudah difahami. no conclusion tapi at least ada banyak fakta yang boleh difikirkan.

    anyway, rasa-rasanya ada tak kaitan Punt dengan Land of Promise - Book of Mormon. mmg authenticity Book of Mormon diragukan, tapi both:

    1. refer to the same term 'Land of Gods' 2. both location xdapat dipastikan and banyak dispute, 3. both ada ciri2 asia/malaysia.

    http://wikibin.org/articles/the-malay-theory.html

    http://www.scribd.com/doc/30460944/A-More-Promising-Land-of-Promise

    ReplyDelete
  21. Terima kasih kerana sumber sumber yang diberikan... saya sangat sangat teruja. Saya pasti akan membaca insya Allah..

    bantuan sumber sumber rujukan begini amat amat saya hargai kerana boleh membantu saya untuk menulis tentang topik topik seterusnya..

    tentang Book of Mormons tu menarik, tapi saya perlu membaca dengan lebih lanjut tentang authenticity buku itu sendiri..

    namun terima kasih diatas bantuan ya... kalau ada nak lagi.. hehe

    ReplyDelete
  22. ada yg da baca ni. tapi aku saja post kat sini. see... dorang dah tau yg ianya di tpt kita.

    Corroborating Support
    A Jewish documentary filmmaker named Simcha Jacobovici has made the claim that the Tribe of Manasseh may be located in the Malay Peninsula in his film “Quest for the Lost Tribes”. Jacobovici mentions that when Babylon invaded Israel and scattered them in 600 BC, that some of the tribes were taken across land to Malay. Proponents of the Malay theory feel this could explain how the Mulekites got there, and why the Nephites (who traveled by boat) couldn’t understand them.
    Jacobovici also talked about a legend in Malay stating that some shipwrecked Jewish people landed there. A Mormon point of view would conceive that this might possibly indicate the Nephites landed there. Since the Book of Mormon claims that Nephi and Lehi were from the tribe of Manasseh, this could be an important event. Jacobovici states in his film that some of the local citizens in Malay claim to be from the Tribe of Manasseh.
    In correspondence between Olsen and Simon Southerton, Southerton has not ruled out the possibility that Jewish sailors could have landed in Malay, though Southerton stops short of endorsing this theory.

    ReplyDelete
  23. salam

    sdr benign, ada satu lagi sumber bacaan yg saya kira bagus spt dibawah:

    http://www.megasutra.com/index.php

    tapi sdr kena register jadi ahli dulu, FOC je!

    penulis blog ada juga menghurai susur galor melayu melalui hasil kajiannya sendiri - yg hampir sama ceritanya dgn kajian srikandi dan mo

    selamat membaca

    ReplyDelete
  24. Takkan 2-3 post dah senyap. Berkobar je masa memula. C`mon bro~

    ReplyDelete
  25. mudah aje kenapa tiada fosil dinasour di kawasan beriklim tropika. itulah realiti yang kita kena terima kawasan beriklim khatulistiwa adalah paling subur dengan segala jenis makhluk yang boleh mengurai segala jenis tulang temulang sehingga sukar nak cari rangka dinousor di kawasan beriklim tropika ini,

    ReplyDelete
  26. dibrunei ada tempat bernama puni....the only hahaha....dekat kampung aku wushoooo

    ReplyDelete
  27. land of Punt is on South East Asia! make your own research on these..
    - Land of Punt
    - Ophir
    - Chersonesus Aurea @ Golden Chersonese
    - Suvarnabhumi/Suvarnadvipa
    - Prester John
    - Sanfotsi
    - Zabag
    - Sriwijaya @ Srivijaya..
    - Kesultanan Melayu Melaka (sisa Empayar Melayu Sriwijaya yang terakhir, described by Tomé Pires as of invaluable richness)

    there is 4 "keywords" you will see, which is GOLD, WEALTH, PORT & TRADE..

    besides, there is an international reputation since King Solomon - Roman time - European Colonizations..

    ReplyDelete
  28. YANG KERDIL LAGI DAIFMarch 15, 2011 at 8:24 PM

    Salam sejahtera buat semua.
    Sekadar pendapat dan klu,mungkin ada yg pintar laksana utk menghuraikannya.

    Sebuah jajahan kecil dihujung 'Tanah Emas', dibahagian barat Jauhar,wujudnya sebuah tempat yg bernama 'FONTIZON'dlm dialek arab dan dipanggil 'PONTI'N' dlm dialek JAWI,awal diteroka pd 1900-an oleh seorg keturunan 'habib'..

    Punt...Font...Pont...

    Spt yg dikata,mungkin wujud klu besar disitu.
    W'alam.

    ReplyDelete
  29. layarilah www.freemalaysiakini.com

    ReplyDelete
  30. Zamrud and I however were supposed to find our way to the shore and initiate a long journey across ocean finding new places and wives to multiply. Today we call our selves, Anak Pasia or the (Sand) Beach Boys. But in ancient times in Egypt, Pharaoh's Queen Hapshetshut described ancestral boys like us as the travellers from Punt or Pewnet (means pantai or beach), a divine land where bred trained baboons (baruak) for harvesting ripe coconuts and from where her ancestors came from.

    In my previous work "Minangkabau Hebrew Identical Words" I intentionally mention Hebrew word 'panta' (means all or entirely) in the dictionary for I am explaining now another application of the word for 'ocean.' Thus, words such as pewnet, pantai, panta, punt or Phoenecians might refer to the Semitic Minangkabauan seafarers who sailed all over the world mixing up with descendants of Ham and Japhet wherever they met and produced new breed like all-ancient Persians, Chinese, Caucasians, native Americans, Jews, Arabs, Africans, Indians, Koreans, Japanese and so on.

    http://www.surau.net/english/introduction.php

    ReplyDelete
  31. salam tuan,

    bacaan tambahan yg menarik selepas saya membaca tulisan srikandi. saya tertarik dgn cerita raja perahu dr tanah punt ini dan juga hubungan Nabi Ibrahim/keturah. dr pembacaan saya melalui srikandi beliau tidak menyata "timeline" kedua2 sejarah ini secara jelas. atau mungkin saya tak dapat menangkap masa tersebut.

    saya amat berbesar hati kalau saudara dapat memberikan "timeline" tersebut utk memahami sejarah ini secara kronologi yg jelas. saya agak keliru permulaan sejarah bangsa melayu ini yg dikatakan asal dari raja perahu atau pun hubungan Nabi Ibrahim/keturah.

    kalau tak silap saya srikandi ada mengatkan tanah punt ini kemungkinan adalah borneo. jadi bila tuan mengatakan ada org pygmy saya tertanya2 adakah org pygmy ini suku kaum di borneo. untuk saya yg sudah lama bekerja di sabah kami mmg biasa memanggil org dusun sabah sbg pindik tagap.

    ReplyDelete
  32. salam...
    pasti ke dalam inskripsi tu "zirafah"?

    ReplyDelete
  33. lepaskan bberapa ekor zirafah kt zoo tu dalam hutan sluruh malaysia. lama2 membiak lah ia.
    dgn iklim malaysia rasanya boleh surivive dgn baik.

    nasib baik, ada resercher dr barat trsermoak ngn zirafah ni kt dalam hutan, sure dia akn amik pic as new found spesies..

    ReplyDelete
  34. Melalui bukti saintifik dari babun yg telah diawetkan sejak zaman mesir purba lagi, para saintis telah menyimpulkan tanah punt terletak di afrika..di afrika juga ada kawasan hutan seperti semenanjung emas ini kerana turut terletak di garisan khatulistiwa..di tanah afrika juga lombong2 emas banyak didapati sehingga sekarang berbanding tanah kecil semenanjung melayu ini..

    di bawah ini adalah pautan kepada artikel kajian tersebut yang bukan berdasarkan kepada andaian semata-mata tetapi melalui teknologi terkini dan pakar dalam bidang tersebut..

    http://www.sfgate.com/news/article/Scientists-zero-in-on-ancient-Land-of-Punt-3189601.php

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik Encik Anon.. terima kasih kerana melawat dan link tersebut.

      Delete
    2. Mesir ke afrika setahun?? Jln kaki ke APA?

      Delete
  35. Maaf kerana mencelah.. Pertanyaan, mengapa "zirafah" yg di bahaskan di atas tidak memungkinkan ia binatang seakan atau lebih di utarakan sbgai seiras.. mungkin juga barangkali seekor kancil,kambing.. adakah ia mustahil..

    ReplyDelete
  36. Tidak mustahil sekiranya kancil atau kambing tu mempunyai ketinggian setinggi pokok setanggi. :)

    ReplyDelete
  37. Masalahnya kita seringkali berfikir kehidupan manusia pada zaman purba itu terlalu primitif dan kita memandang rendah kepada kemampuan mereka serta tidak setanding kehidupan zaman sekarang. Sebab itulah apabila manusia zaman sekarang mengkaji kehidupan mereka pada zaman lampau secara tidak sedar kita telah membataskan pemikiran kita kononnya manusia zaman itu tidak berupaya mencapai seperti apa yg telah kita capai sekarang. Makanya sering kali andaian dan kajian jauh meleset dari keadaan sebenar.

    ReplyDelete
  38. apa yg peliknya dgn zirafah ni...mungkin nusntara mengimport kulit2 haiwan ini kemudian memprosesnya di sini dan ijadikan berbagai produk bukankah kita ini bangsa yg seni...dan

    ReplyDelete
  39. Salam Admin. Berdasarkan pengamatan anda, org2 pygmy tidak berasal dari rantau Nusantara. Tetapi, ada penemuan2 yg membuktikan adakan kaum pygmy di wilayah Indonesia. Menarik kan?

    ReplyDelete
  40. ziraffah dia mcm unta, lembu pun dia boleh buat berbelang, kenape zirafah xbuat berbelang.

    ReplyDelete