16 April 2011

Ralph A Olsen, Teori Melayu & Menjejak Susur Galur Yang Hilang.

1- Saya sebenarnya sedang mengumpul sumber-sumber rujukan untuk topik terbaru yang ingin saya kongsikan disini iaitu berkenaan dengan Keturah dan identitinya, namun selepas berhari hari melayari medan maya ni, sumber-sumber yang boleh saya guna sangat lah terhad. Mungkin saya perlu mengangkat punggung yang berat ini, bertapa di perpustakaan negara selama beberapa hari dan mula membaca buku-buku fizikal. Nampak gayanya begitu lah.



2- Tetapi daripada komentar seorang pembaca yang budiman berkenaan dengan Book of Mormon, The Promised Land dan The Lost Tribe (topik yang juga pernah dibincang secara terperinci didalam blog-blog kegemaran saya), saya tergerak untuk mencari sumber-sumber untuk topik yang ingin saya kongsikan disini pada hari ini, Teori Melayu dan Menjejak Susur Galur Yang Hilang. Idea mulanya saya ingin meletakkan Mencari Permata Yang Hilang sebagai tajuk tetapi terpaksa saya ubah fikiran disaat akhir kerana bimbang ianya disalah erti kan. Senyum. Saya tidak mahu blog ini tiba-tiba dipenuhi secara tidak sengaja oleh orang-orang melayu yang cuba mencari "Permata Yang Hilang". Senyum lagi.

3- Semuanya bermula dari pada hipotesis Ralph A Olsen yang diterbitkan pada tahun 1997. Saya berjaya menjejak buku tersebut (The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon) secara maya namun sebelum itu saya kira kita perlu menggali terlebih dahulu persoalan-persoalan tunjang seperti siapakah Manasseh? Apakah cerita disebalik suku yang hilang (The Lost Tribe) itu? Apa signifikasi tanah yang dijanjikan (The Promised Land)? Dan oleh kerana teori-teori Olsen dibuat berasas dan berdasarkan Kitab Mormon (Book of Mormon), saya rasa saya perlu membuat pembacaan yang mendalam tentang status kitab itu sendiri dan apa dan siapakah yang dipanggil Mormon ini namun mungkin didalam entri yang berlainan.

4- Baiklah. Pertama sekali, siapakah Manasseh? Mengikut Book of Genesis, Manasseh adalah anak sulung Joseph (Yusuf AS) dan isterinya Asenath, anak kepada seorang ketua agama bandar On (Heliopolis), Petipherah. Asenath telah dihadiahkan oleh Raja Mesir kepada Joseph untuk dijadikan isteri. Asenath melahirkan dua orang anak, Manasseh dan Ephraim, yang kedua-dua kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh Jacob (Yaakub AS).

5- Manasseh dan Ephraim dianggap oleh para sarjana sebagai perintis-perintis utama House of Joseph, salah satu daripada 12 jalur Bani Israel (Twelve Tribes of Israel/Keturunan Nabi Allah Yaakub AS). Selain daripada House of Joseph, 11 jalur lain adalah Reuben, Simeon, Levi, Judah, Dan, Naphtali, Gad, Issachar, Zebulun dan Benjamin.

6- Kenapa Bani Manasseh dianggap sebagai suku yang hilang (the lost tribe)? Setelah tanah Kanaan di takluki oleh Bani Israel dibawah kepimpinan Joshua (Nabi Yusha AS, salah seorang daripada pembantu Nabi Musa AS), Kanaan telah dibahagi-bahagikan kepada setiap 12 suku Bani Israel. Pada sekitar 723SM, negara Israel Purba, yang pada masa itu telah berpecah kepada dua, Israel Purba dan Judah (Negara Yahudi Purba), telah ditakluk oleh Kerajaan Assyiria dan populasi yang menetap di Israel Purba telah ditangkap dan dipindahkan. Hasil daripada pemindahan inilah Bani Manasseh bersama dengan 9 bani-bani yang lain dianggap sebagai sejarah yang dihapuskan lantas hilang.

7- Para sarjana berpendapat bahawa keturunan Bani-Bani yang dikeluarkan ini telah bertebaran ke serata tempat termasuk ke bahagian Asia. Saya seterusnya telah menonton satu dokumentari yang diarah oleh Simcha Jacobovichi bertajuk Quest For The Lost Tribes di youtube dan dokumentari tersebut mengesahkan bahawa terdapat satu kaum yang tinggal di sempadan India-Burma, iaitu di Manipur dan Mizoram, India, yang mendakwa berasal dari jurai Bani Manasseh. Kaum ini dipanggil Bnei Menashe.

8- Melalui beberapa pembacaan tambahan, Bnei Menashe ini tidak mempunyai sebarang rekod bertulis mengenai sejarah mereka namun melalui lagenda-lagenda tempatan, kita dapat mempelajari bahawa bangsa ini telah berpindah dari tempat asal mereka yang bernama Sinlung/Chhinlung. Ahli Anthropologi dan sejarahwan percaya bahawa lokasi tersebut merujuk kepada satu tempat didalam daerah Yunnan, China.

9- Sepertimana yang kita tahu bahawa salah satu daripada teori arus utama yang popular apabila memperdebatkan susur galur bangsa melayu adalah teori Yunan. Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh beberapa orang individu dari Universiti Kebangsaan Malaysia tentang intipati DNA bangsa melayu pada sekitar tahun 2002-2003 yang mendapati bahawa terdapatnya 26.7% varian Mediterranean didalam DNA Melayu. Anda boleh membaca kesimpulan ringkas mengenai kajian tersebut di SINI. Saya sememangnya tidak arif tentang kajian DNA, namun sekiranya anda berminat, anda boleh membaca keseluruhan laporan kajian tersebut di SINI.

10- Apa kaitannya semua ini dengan The Book of Mormon? Didalam Book of Mormon ini terdapat satu kisah yang diambil dari piring-piring Nephi (Small Plates of Nephi) tentang perjalanan seorang individu bernama Lehi, keluarganya dan beberapa orang yang lain meninggalkan Jerusalem sejurus sebelum kejatuhan Kota tersebut ketangan kerajaan Assyiria/Babylon ke suatu tempat yang dinamakan Tanah Yang Dijanjikan, (The Promised Land). Para sarjana bercanggah pendapat tentang lokasi sebenar Tanah yang Dijanjikan ini. Beberapa teori berpendapat bahawa lokasi tersebut adalah Amerika namun Ralph A Olsen, yang menulis buku The Malay Peninsula As The Setting For The Book Of Mormon, berpendapat bahawa Tanah Yang Dijanjikan tersebut adalah Semenanjung Tanah Melayu.

11- Entri seterusnya, saya akan cuba kupas mengenai isi kandungan buku tersebut secara ringkas. Insya Allah. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana kelambatan memenuhkan blog ini dengan entri-entri baru yang panjang kerana kekangan masa.

36 comments:

  1. Terima kasih Benign,mungkin boleh cuba baca buku 'Eden in the East' oleh Stephen Oppenheimer yang mengemukakan hipotesis tentang nusantara sebagai Sundaland :)

    ReplyDelete
  2. ish bin ishaq bin ibrahim ---> bani ishaq
    yaakob bin ishaq bin ibrahim ---> bani israel

    ReplyDelete
  3. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah dapat Nabi Ishak,Dapat Nabi Yaacob, Dapat anak 12, lain tidak jadi NABI kecuali Nabi YUSOF,Dan inilah BANI ISRAEL yang berterusan hingga ke NABI MUSA, bersama Nabi Harun dan seterusnya NABI ISA dan ISA TIDAK MATI tapi ALLAH ANGKAT BELIAU NAIK KE LANGIT dan selama be berapa ratus tahun tida NABI, ALLAH JADIKAN selepas ISA,berakhirnya jaluran NABI IBRAHIM sebelah SITI SARAH yang menjadi BANI ISRAEL. SELEPAS lebih 600 TAHUN ISA Allah Angkat kelangit, MAKA NABI MUHAMMAD SAW dari JALURA IBRAHIM SEBELAH SITI HAJAR yang melahirkan NABI ISMAIL{ Ribuan tahun selepas ISMAIL di ANGKAT MENJADI NABI ,tiada NABI di JALURAN KETURUNAN ISMAIL kerana mereka MANUSIA MUSLIM SEBENARnya, hinggalah KABILAH ARAB yang JAHIL DEGIL ,memporakperandakan KAABAH yang di BINA oleh NABI IBRAHIM dan ANAKNYA ISMAIL sekitar 600 tahun lebih selepas pengangkatan ke langit ISA oleh Allah, maka bersinarlah CAHAYA ISLAM KEMBALI BERMULA DI MAKKAH DAN MADINAH hingga keseluruh DUNIA hingga ke HARI KIAMAT NANTI, selepas kembalinya ISA kedua dan Kembalinya IMAM MAHDI ke dunia dengan NUR MUHAMMAD, JALURAN MUSLIM DARI SEBENAR dari jaluran ISMAIL HSAIL PERKAHWINAN NABI IBRAHIM DAN SITI HAJJAR< WEALLAHU A"LAM.Maka ORANG MELAYU /MALA /dari JALURAN BANI ISRAEL memang berkemungkinan dan wajib dipercayai atas KUASA ALLAH SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahlul-Bait bermaksud Matrilineal atau Nasab Ibu. Puteri-Puteri Rasulallah SAW, Cucunda-Cucunda Perempuan Rasulallah SAW, Cicit-Cicit Perempuan Rasulallah SAW dan seterusnya. Putera Putera yang lahir dari Nasab Ibu itulah yang dipanggil Putera Ahlul-Bait. Putera Ahlul-Bait akan putus taraf Ahlul-Bait pada keturunan berikutnya kecuali berkahwin dengan Wanita Ahlul-Bait. Bani pula bermaksud Patrilineal atau Nasab Bapa...bin/binti/ibni...sekadar Nasab Keluaga yang jatuh ditahap ke empat selepas IBU KAMU, IBU KAMU dan IBU KAMU...nasab yang tidak berguna dan tak berfaedah langsung bagi Nabi Isa AS, Nabi Allah Adam dan Hawa (Adam dan Hawa beribu ghaib, bukan sekadar membuat patung dari tanah liat) begitu juga dengan Rasulallah SAW yang ketiga-tiga Putera Baginda wafat awal. Banyak kali Baginda berpesan supaya menjaga Ahlul-Bait Baginda, memandangkan Nasab Ibu dibawa kemati sepertimana dibacakan talkin pada simati akan disebut simati bin IBU simati. Nasab ayah yang tidak membawa apa apa keutamaan di alam barzakh cuma tinggal bin saja di dunia. Yang menjadi kesilapan besar itu apabila semua jenis bangsa dalam dunia mengutamakan nasab kelas bawahan kecuali mereka yang menjunjung Sunnah mengamalkan satu satunya dalam dunia adat yang bersendikan Nasab Ibu...adat pepatih. Carilah dengan teknologi secanggih mana pun siapa Al' Mahadi, komfirm takkan jumpa sebab segala kajian yang dibuat semuanya berlandaskan nasab ayah.

      Delete
  4. salam,

    anom May 7, 2011 12:35 AM, saya agak confius..dari pembacaan. hipotesis yg dibuat nabi Ibrahim ada 3 bini. 1) Sarah - Nabi Ishak,Nabi Yaacob, Nabi YUSOF,NABI MUSA, Nabi Isa & seterusnya Bani Israel.. 2) Hajar - Nabi Ismail, Nabi Muhammad SAW & seterusnya bangsa arab 3)keturah - Babylon, Kemboja, Melayu????

    hmmm yang mana betul ni??? wujud ke tak Keturah ni?? Dari pandangan pakar sejarah Islam @ Ulamak ada ulas tak pasal wife ke 3 Keturah @ katanya dalam BM nama dia Melati nie yang lahirkan 6 anak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.

      Kita umat Islam sering keliru dan terpedaya dengan kajian dan tulisan KAFIRUN LAKNATULLAH terutamanya tentang MANUSIA dan KEHIDUPAN.

      Perhatikan bagimana sebilangan besar umat Islam diputarbelitkan dengan kajian mereka tentang Nabi Allah Adam AS. Menurut Al Quran Adam adalah manusia pertama dijadikan Allah dan sejak diturunkan ke dunia hingga ke hari diperkirakan hanya sekitar 10 ribu tahun. Dari pengiraan bagaimana pula mereka perkirakan terdapatnya penemuan fosil manusia berumur lebih dari 70 ribu tahun, malah beratus ribu tahun dsbnya?

      Begitu juga dengan pembohongan mereka tentang bilangan isteri-isteri Nabi Ibrahim AS, menurut Al Quran Nabi Ibrahim hanya mempunyai 2 isteri iaitu SITI SARAH dan SITI HAJJAR. Dari alam ghaib mana pula wujudnya isteri ke 3 baginda?

      Apa tah lagi bila membincangkan tentang Ismailiat dan Israeliat. Adalah amat tidak wajar sama sekali menjejak Islam dan Melayu dari Jurai Ishak AS, memandangkan Nabi-Nabi dari jurai Ishak AS hanya diutuskan buat BANI ISRAEL, yang wajarnya menjejak Islam dan Melayu harus bermula dari JURAI ISMAIL AS.

      Persoalanya apa saja berita yang bertentangan dengan Al Quran dan Islam ITULAH YANG DIPERCAYAI DAN DIPERAKUI BETUL OLEH SEBILANGAN BESAR UMAT ISLAM.

      Carilah kepastian dan rungkailah kebenaran...

      Delete
    2. MENJEJAK MALA-UR.

      MENJEJAK MALA-UR/MELAYU HARUS BERMULA DARI LANGKAH ISLAM.

      Muhammad Rasulallah SAW adalah pelengkap dan penutup AGAMA HANIF, AGAMA ISLAM merupakan matlamat akhir kenabian Adam AS yang diturunkan pada Nabi Syits AS, Idris AS, Nuh AS, Hud AS, Ibrahim AS dan Ismail AS.

      Amat tidak wajar menjejejak Islam dan Melayu menerusi jurai Ishak AS.Nabi-Nabi yang diturunkan dari jurai Ishak AS hanya dikhusus buat Bani Israel.

      Nabi Ismail AS dikurniakan 12 putera dan 1 puteri, SAKA dan BAKA dari putera-putera serta puteri Ismail AS ramai bermukim di Pathoni, Kedah Tua dan Campa serta berhubung rapat dengan keunggulan Raja Agung Iskandar Zulkarnaen.

      Menurut Kitab Tarikh Al Hukama, Sami bin Abdullah Al Makhluth, Ibnu Kathir dll berlandaskan Al Quran menyebut: TAMADUN MANUSIA BERMULA DARI NABI IDRIS AS baginda dilahirkan di MUnaf/Memphis dan digelar HurMUS Al Haramisah, baginda diutus buat kaum Nabi Syits AS keturunan Qabil, putera Adam AS.

      Di zaman Idris AS kaum Syits AS digelar kaum HurMUS atau MU atau di kalangan kafirun laknatullah dikenali sebagai kaum LeMUria.

      Nabi Idris AS dikurniakan dengan berbagai-bagai kemahiran dan kepandaian antaranya mahir mengukir segala jenis batu permata, mengira, menulis, melukis, mengukur, menjahit, berfalsafah dan yang paling utama berpengetahuan tinggi dalam ilmu astronomi atau kebintangan.

      Di zaman baginda telah terdapat 72 pecahan kaum dan bahasa serta telah menggambarkan 188 buah kota di atas lempeng tanah liat dan logam.

      Baginda Idris AS juga bertanggung jawab menabalkan 4 Raja di 4 penjuru dunia dengan 4 perbezaan cuaca dan bentuk muka bumi, setiap penjuru terdapat 4 perbezaan dataran: Dataran Bawah, Dataran Atas, Dataran Bukit dan Dataran Tinggi.

      Kaum MU penghuni dataran bawah di 4 penjuru dunia bertukar menjadi angkuh, sombong, bongkak, takbur, mungkar dan kufur setelah diajarkan berbagai ilmu oleh baginda Idris AS berkesudahan dibinasakan Allah dengan banjir besar di zaman Nuh AS.

      Bermula dari kejadian tersebut maka terpisahlah 72 kaum dengan 72 asas bahasa diberpuluh ribu pulau, tanah besar dan benua benua antaranya KAUM DATARAN BUKIT atau KAUM MALA terpisah diberbelas ribu pulau dan tanah besar dengan asas bahasa yang dipanggil bahasa SELATAN atau AUSTRONESIA.

      Kaum Mala menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM yang disebarkan oleh penutur bahasa INDO-IRANIAN dan INDO-ARYAN dari jurai Ismail AS melalui Jalan Sutera yang dikatakan berhubung rapat dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnaen.

      Bahasa campuran Austronesia, Indo-Iranian dan Indo-Aryan dijadikan bahasa rasmi kaum Mala begitu juga dengan tulisan Pallawa yang berasal dari Persia dan Pahlavi turut dijadikam tulisan rasmi kaum Mala.

      Kaum Mala yang Menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM digelar MALA-UR (UR adalah nama negara kelahiran Nabi Allah Ibrahim AS) kemudian dikenali sebagai MELAYU.

      Di zaman keagungan Kerajaan MELAYU SRIWIJAYA yang menguasai seluruh alam Melayu yang kini bernama Indonesia, Malaysia, Selatan Siam, Seltan Filipina, Selatan Funan, Selatan Kambodia dan Selatan Campa (Austronesia brmaksud SELATAN) CINA dan INDIA layaknya cuma berdagang dengan KERAJAAN AGUNG MALA-UR.

      MELAYU, SATU BANGSA AGUNG YANG SEANGKATAN DENGAN LEMURIA, ATLANTIS, MAYAN, MAYA, SEMURIA, IRANIA, ARYA DLL.

      KEMBALIKAN KEAGUNGAN MELAYU!!!

      Delete
    3. MENYINGKAP SANJAYA/SAN FOO TSI.

      MERUNGKAI KONSEPSI SANJAYA tentang Alam Melayu memang nyata amat padu ke serantauannya.

      Menerusi konsepsinya Sanjaya menamakan kesatuan Alam Melayu sebagai NUSANTARA (kini Sumatera dan seluruh pulau pulau di sekitarnya), NUSAKAMBANGAN (kini Pulau Jawa), NUSA ANTARA (kini Pulau Bali, Sulawesi dan Kalimantan), NUSA TANGGARA (kini Pulau Ambon, Meluku, Timur Lestee, Papua dll), NUSA KANCANA (kini Semenanjung Tanah Melayu/Malaysia) dan NUSA RANTANG (kini Selatan Myanmar, Selatan Siam, Selatan Filipina, Selatan Funan, Selatan Kambodia dan Selatan Campa. Bernaung di bawah 1 NUSA, menutur dan membudayakan 1 bahasa dan budaya dipanggil MELAYU.

      Di zaman Sanjaya atau juga dikenali sebagai San Foo Tsi selepas era Sriwijaya dan Darmasaraya, Agama Hanif ajaran Ibrahim begitu menular di kalangan Masyarakat Melayu di seluruh Alam Melayu, keadaan tesebut membuatkan Kerajaan Kesatuan Hindu Buddha (kini India, Thai, Indo Cina dan Cina) berasa tidak senang hati dan sentiasa memerangai Kerajaan Melayu di seluruh Alam Melayu di waktu itu.

      Dari gabungan angkatan tertera seluruh Kerajaan Kesatuan Hindu Buddha dan persekongkolan Kerajaan Bangsa Mala Jawaka yang menerima Buddha, Kerajaan Bangsa Mala Grahi yang menerima Hindu dan Kerajaan Bangsa Mala Medang Merdalong yang juga menerma Hindu yang berpusat di Selatan Siam, Kerajaan Melayu di seluruh Alam Melayu di bawah Sanjaya musnah binasa dibumi hanguskan termasuk di Nusa Kambangan.

      Bermula dari situ maka tertubuhlah Kerajaan Jawaka di Nusakambangan dan nama Nusa Kambangan ditukar ke nama Pulau Jawa yang dikongsi bersama dengan Kerajaan Grahi yang menamakan Kerajaan mereka sebagai Kerajaan Sunda dan Kerajaan Medang Merdalong sebagai Kerajaan Medang.

      Di zaman Darmasaraya sebelum Sanjaya terdapat banyak nama-nama negeri dan wilayah di serata Alam Melayu dipanggil dengan sebutan yang sama antaranya Bukit Jambi, Hutan Kandis, Pengkalan Kedah, Muara Kelantan, Johor, Kuantan Sengigi, Terengganu, Kutei atau Kutai dll di Sumatera juga terdapat di Semenanjung Melayu. Begitu juga dengan nama-nama wilayah di Pulau Jawa, Sulawesi, Kalimantan dsbnya.

      Kerajaan Melayu pada era sebelum Masehi dipercayai berpusat di tanah besar antaranya di Bima (kemudian Burma dan kini Myanmar), Kedah Tua, Funan dan Campa. Manakala Kerajaan Bangsa Mala yg tidak menerima Ajaran Ibrahim sebelum Masehi banyak berpusat di Grahi, Merdalong dan Kambodia.

      Antara Kerajaan Awal Bangsa Mala yang menerima Ajaran Ibrahim termasuk Kerajaan Kedah Tua, Gangga Negara, Beruas, Langkasuka, Tana Kala (Kelantan) dan Pahang Tua sebelum menebarkan sayap ke pulau- pulau seberang.

      Delete
    4. MALA-UR: KESALAHTAFSIRAN.

      1. Benarkah Kaum Mala-Ur atau Melayu berasal dari keturunan Bani Israel yang Hilang?

      Jawapan: Tidak benar, kaum Mala telah wujud sejak zaman Nabi Idris AS.

      2. Benarkah Kaum Mala-Ur atau Melayu bersalasilah dengan keturunan Qenturah, isteri Nabi Ibrahim yg Ke 3?

      Jawapan: Tidak benar, menurut Al Quran isteri Nabi Ibrahim AS cuma 2 orang iaitu Siti Sarah dan Siti Hajjar.

      3. Benarkah Agama Asal Kaum Mala-Ur atau Melayu adalah Buddha dan kemudiannya Hindu?

      Jawapan: Tidak benar agama awal kaum Mala adalah Agama Hanif, Ajaran Ibrahim dari jurai Ismail AS dan berkait rapat dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnaen.

      4. Benarkah penemuan arkeologi di Lembah Bujang dan Sungai Batu, Kedah adalah monumen Candi yg bersangkut paut dng Agama Hindu?

      Jawapan: Sama sekali tidak benar, peninggalan monumen di Lembah Bujang bukan candi dan tiada langsung hubung kaitnya dengan usur Buddha maupun Hindu. Sebenarnya peninggalan tersebut adalah kolam santai di Raja, takungan air, gazebo, tapak istana utama dan istana hinggap.

      5. Benarkah Bahasa dan Budaya kaum Mala-Ur banyak dipengaruhi Bahasa dan Budaya Sanskrit?

      Jawapan: Tidak benar, bahasa kaum Mala adalah bahasa campuran Indo-Irania, Indo-Arya dan Austronesia. Induk bahasa Sanskrit juga adalah bahasa Indo-Irania, Arya, Hebrew dan Ibrani.

      6. Adakah kaum Jawa, Minang, Bugis, Banjar dan beratus-ratus lagi bangsa Mala di seluruh Alam Melayu juga tergolong dalam kelompok atau rumpun Melayu?

      Jawapan: Kaum kaum tersebut tergolong dalam kelompok Malayo Polinesia yang berbahasa Austronesia.

      7. Kenapa Bahasa dan Budaya Jawa banyak dipengaruhi pengaruh Hindu dan Buddha?

      Jawapan: Sejak dari awalnya kaum Jawa memang menolak Mala-UR, kerana mereka menganut agama Buddha dan kemudiannya Hindu. Manakala bahasa dan budaya mereka juga dipengaruhi bahasa dan budaya Hindu dan Buddha. Terutamanya dalam berbudaya seperti Tarian Jawa, Kuda Lumping, Menahora, Wayang Kulit dll.

      8. Kenapa nama-nama masyarakat Jawa di Indonesia bertentangan dengan nama-nama yang disarankan Islam?

      Jawapan: Masyarakat Jawa sememangnya amat kental dengan pengaruh Hindu dan Buddha, sebab itu nama kebanyakkan kaum Jawa tidak menampakkan ciri-ciri nama yang disarankan islam, walau mereka telah menerima islam.

      Delete
    5. Ibu Keturah disebut dalam kitab Taurat Yahudi...boleh percaya ke?
      Genesis 25:1-4
      Kejadian 25:1-4

      Delete
    6. sy penah tgok video youtube mereka menyatakan keturah ialah hajar, selepas pemergian sarah.

      Delete
  5. nice blog. saya cuba nak add di FB?

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan pendapat bahawa bangsa melayu mempunyai gen bani israel.Itu semua kekuasaan
    Allah swt.Jika ia mahukan sesuatu itu berlaku, tiada mustahil baginya. Cuma kita sendiri yang perlu sedar, jangan kita memperkecilkan bangsa kita sendiri.Takut sangat jadi bangsa melayu. Bangsa kita memang tersohor sejak dahulu kala. Menidakkan fakta.Siapa kata bangsa kita masih muda.Jika bangsa kita masih mentah sila buktikan
    melalui fakta,The lost Tribe itu tidak mustahil.
    Apa salahnya ia dijadikan semangat juang bangsa kita.Sedarlah kita anak melayu.

    ReplyDelete
  7. encik buatan Melayu. Silakan. Add macam mana tu?

    ReplyDelete
  8. wahh.... seronok laa... cbe buat kajian plak pasal keturunan melayu dan imam mahdi... katenye imam mahdi datang dari belah timur (nusantara) cuba kaji teori nie..... mmg syok... sy bsendiri pun tercari cari nie.... dan jumpe pun tentang bani jawi....

    ReplyDelete
  9. EmicxGanu - Terima kasih kerana sudi melawat. Cadangan tuan akan dipertimbangkan sekiranya saya jumpa sumber sumber yang bagus.

    ReplyDelete
  10. Baiklah. Pertama sekali, siapakah Manasseh? Mengikut Book of Genesis, Manasseh adalah anak sulung Joseph (Yusuf AS) dan isterinya Asenath, anak kepada seorang ketua agama bandar On (Heliopolis), Petipherah. Asenath telah dihadiahkan oleh Raja Mesir kepada Joseph untuk dijadikan isteri. Asenath melahirkan dua orang anak, Manasseh dan Ephraim, yang kedua-dua kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh Jacob (Yaakub AS)-

    salaam tuan..sy cume sedikit konpius dgn cite di atas..betol ke anak kpd nabi yusuf 'alaihissalam iaitu manasseh & ephraim dijadikan anak angkat oleh nabi yaakub 'alaihissalam iaitu bapa kepda nabi yusuf 'alaihissalam?kerana kalo mereka mmg anak kepada nabi yusuf 'alaihissalam,maka tentulah dlm mase yg same mereka adalah cucu kpd nabi yakub 'alaihissalam..
    maaf,sekafar inginkan kepastian..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kerana melawat. Setakat yang tertulis dalam Book of Genesis dan beberapa komentar mengenainya, itulah cerita yang diberikan.

    kalau mengikut timbangtaranya, Manasseh dan Ephraim adalah cucu kepada Jacob. Mungkin apa yang cuba disampaikan adalah kedua dua mereka diambil dan dijaga oleh Jacob seperti anak kangdungnya sendiri. Lalu menjadi perintis kepada house of Joseph.

    ReplyDelete
  12. kalau betullah hipotesis nih... apa tindakan puak yahudi skrang nih? saya takut mereka diam-diam membawa perang ke benua nih nak musnahkan kaum kite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekaramg yahudi dh buat pengkalan army kat spore..dekat sudah..diorg mmg mata2 kita..spore tu mmg xboleh percaya..dalang tu gunting dlm lipatan.

      Delete
  13. InsyaAllah tidak, jika benarlah kisah ini dan asal-usulbangsa Mala ini, maka Allah telah mengelirukan pandangan mereka-mereka Zionist selama beribu-ribu tahun sehinggalah ke hari ini. Saya yakin Pembawa Panji-panji Hitam memang akan muncul dari sini iaitu Melayu Raya.

    Kalau pon mereka berjaya mengesan rasanya sudah agak terlambat..Tasik Galilee pon akan kering dalam masa puluhan tahun sahaja lagi..

    ReplyDelete
  14. imam Mahdi adalah orang melayu dan dari malaysia, tak percaya baca kat http://imam-mahdi.zxq.net atau http://mahdiketuamujadiddunia.blogspot.com. Banyak rahsia dan perkara besar yang akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah baca blog tersebut.
      Penulisan yg tidak bersumber seperti blog http://mahdiketuamujaddiddunia.blogsopt.com
      Penulisan ringkas. Tidak diberi sumber yanh terperinci.
      Dan digabungkan dengans pemahaman sendiri.

      Sesuatu yg tidak boleh dijadikan rujukan.
      Maaf.
      Sy menolaknya.

      Delete
  15. hmm kenapa tak kaji dari sudut AlQuran dan Sunnah... the Book of Genesis adalah kumpulan testament dalam the bible right? Bible tidak terpelihara textnya dan memang boleh diselewengkan tidak seperti Al Quran. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni saya setuju.
      Ulama ilmu fitan di malaysia pn dah mula dpt perhatian.. Contoh ustaz auni. Ulama ilmu fitan zaman moden ni sheikh imran hosein. Mereka semua boleh dijadikan rujukan.
      Kenapa tidak rujuk kepada mereka?

      Walaupun mereka ini mengambil petikan2 daripada kitab agama lain sebagai rujukan perbahasan sahaja..bahkan mana2 yg tidak bercanggah daripada alquran baharulah mereka bersetuju.
      Yang tiada dlm al quran..mereka akan kaitkan dengan hadith..kemudian sejarah ..dan sudah tentu sejarah yg sahih.
      Kalau setakat mengambil rujukan mcmni..
      Saya akan kembali kepada kepercayaan dan keyakinan saya iaitu al-quran,hadith dan sirah anbiya' ..kemudian riwayat sahih...dan perbincangan secara dalam daripada ulama terdahulu kemudian kaitkan dengan ulama pada masa kini.. InsyaAllah kita dpt bayangan nya..
      Tapi itu tidak pernah berlaku dan dikaitkan dengan apa yg saya baca diatas...


      Saya hormat pandangan penulis blog diatas..
      Tapi utk jadikan pegangan..
      Terpulang pada anda masing2...
      Tapi saya masih belum boleh pegang...

      InsyaAllah...sekiranya ada ulama tersohir bersuara dan MENGESAHKAN.. Kemudian barulah saya sdiri akuinya..
      Setakat ini

      Biarlah sy percaya berdasarkan pndapat ulama yg sahih setakat ini.

      Delete
  16. Sebab dalam AlQuran tak ada sebut tentang perkara ini. Lagipun ianya hanya sejarah dan tidak berkaitan dengan aqidah teras. Dan tak perlu percaya pun.. lakukan kajian sendiri untuk pemahaman lebih lanjut. :)

    ReplyDelete
  17. Bangsa Mala tiada sedikit habukpun kaitannya dengan 'The 12 lost tribes of Israel' bangsa Mala adalah bangsa bukit yang paling primitif dalam dunia, terpisah dan terputus hubungan diberbelas ribu pulau dan tanah besar akibat banjir besar yang membinasakan penghuni dataran bawah kaum Sumur/MU/Lumeria di zaman Nabi Allah Nuh. Bangsa Mala adalah bangsa yang yang terlepas dari segala bentuk kebinasaan Allah yang telah wujud sebelum Nabi Ibrahim AS lagi, terselamat dari ribut pasir yang menenggelamkan penghuni dataran rendah kaum Add/Atlantis di zaman Nabi Allah Hud dan juga terselamat dari banjir ke2 Al'Arim di zaman Nabi Sulaiman AS. Bangsa berhidung kembang, hidung pesek, pendek, muka bersegi, muka bulat, telinga capang, kemetot, tonggek, dagu ke bawah dan entah apa apa lagi bentuk ini amat jauh perbezaannya dengan bagsa Israel dalam apa segi pun. FAKTA: AGAMA BRAHMA, HINDU & BUDDHA bukan berasal dari Indonesia mahu pun Malaysia. Yang membawa tamadun ke bumi Mala yang teramat primitf ini adalah bangsa India dan Indocina sebelum kedatangan Islam. Bangsa Mala dahulunya cuma buruh pakasa, kuli pahat batu bina candi dan berhala selain dari dijadikan petani, penternak, babu dsb manakala yang perempuan pula ada di antaranya dijadikan hamba seks. Tak usahlah nak dicari asal-usul atau apa ke jadahnya yang pasti bangsa yang membawa tamadun itu adalah bangsa India, Kambodia, Funan dan Campa. Di zaman Maharaja Jayawara pengganti Sanjaya penganut Brahma berbangsa Mala yang berkahwin dengan Puteri Maharaja Hindu+Buddha, beliau telah menamakan pulau Nusakambangan ke pualu Jayawara dan menamakan kaum natif dan primitif yang dikutip dari berbelas ribu pulau sebagai Wong Jawara bermaksud kuli atau babu Jawara. Pulau Jayawara kini bernama Pulau Jawa dan Jayakarta dipanggil Jakarta. Junjunglah Islam, dukunglah Al'Quran dan sanjunglah Sunnah.

    ReplyDelete
  18. Agenda yahudi untuk melekakan orang melayu Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ank muda makin leka dgn hiburan dan game .bila leka..diorg masuk.tgk US je..dh nk hancur di kerjakan yahudi..dh kene control economy..hiburan..habis.tp islam tetap berkembang pesat.

      Delete
  19. saudara Tanya Khidir,
    "Bangsa berhidung kembang, hidung pesek, pendek, muka bersegi, muka bulat, telinga capang, kemetot, tonggek, dagu ke bawah dan entah apa apa lagi bentuk....."
    ayat awk neh seolah2 sdg menggmbarkan awk menghina ciptaan Allah!!!! ini ker yg awk kata "Junjunglah Islam, dukunglah Al'Quran dan sanjunglah Sunnah??????

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,
    Saya seronok baca teori-teori asal usul orang saya, Melayu.
    Saya setuju dengan En./ Cik./ Puan. Anonymous supaya buat kajian berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah cuma tak syok part "Bangsa berhidung kembang, hidung pesek, pendek, muka bersegi, muka bulat, telinga capang, kemetot, tonggek, dagu ke bawah dan entah apa apa lagi bentuk....." macam berbaur menghina.
    Saya akan terus membaca teori-teori, kajian-kajian tentang asal usul Melayu
    (tapi apa-apa hal pun yang pastinya kita ni semua keturunan Nabi Adam A.S. & Hawa).
    Saya bangga jadi anak Melayu tak kiralah kalau pada akhirnya nanti kajian menunjukan Melayu itu sebenarnya, asalnya ialah orang aborigin/ orang yang memakai cawat dari akar-akar pokok saja sebab hari ini orang Melayu (Malaysia terutamanya) dah maju & hebat-hebat sehingga di persada antarabangsa.
    Saya bangga jadi anak Melayu yang beragama Islam dan berwarganegara Malaysia.

    ReplyDelete
  21. pernah ada cerita 40 keluarga yahudi ditempatkan di Malaysia masa merdeka. Semuanya mati kena malaria.. wallahualam

    ReplyDelete
  22. Ada sesiapa nak tolong saya siapakan research ni tak? Saya nak dokumentarikan dalam video saya.
    Saya dah kumpul beberapa maklumat, mungkin boleh syer untuk mantapkan lagi agar info itu jadi jelas diterima pelbagai pihak.
    Email saya din3295@gmail.com

    ReplyDelete
  23. Bkn ke tanah yg dijanjikan tu...palestin? Hahaahaa

    ReplyDelete
  24. Saya berminat untuk berkongsi berkenaan wujudnya manusia sebelum Nabi Adam a.s.
    Bagi saya, jawapan ini secara langsung diceritakan di dalam Al Quran yang mulia. Ketika malaikat bertanya Allah Ta'ala semasa Adam masih lagi tidak dihidupkan(dalam bentuk patung/dibentuk), akan kenapa menjadikan "satu makhluk yang akan merosakkan". Sesungguhnya, Allah maha mengetahui akan segala-galanya dan malaikat juga makhlukNya. Namun, kenapa soalan tadi keluar? Dari mana sumber pengetahuan yang malaikat ambil yang mengatakan makhluk manusia ini "merosakkan"? Pada pendapat saya, 'inilah "bentuk" manusia' yang telah wujud sebelum Nabi Adam a.s, yang telah ada di dunia yang telah diketahui malaikat yang dicipta Allah yang panjang umurnya sehingga ke hari bumi dikiamatkan. Sebab itu di zaman Nabi Adam dan selepasnya, tidak dinyatakan adanya dinasour atau haiwan-haiwan besar kecuali ikan besar semasa menelan Nabi Yunus a.s. Bila fosil ditemukan, maka perkara itu yang merupakan cabang ilmu untuk kita belajar daripadanya.

    ReplyDelete