15 January 2011

Johan Friedrich Blumenbach & Pengklasifikasian Bangsa:

1- Dua atau tiga tahun yang lepas, didalam melayari internet untuk mencari sesuatu yang menarik untuk dibaca, saya bertembung dengan satu nota bacaan yang sangat menarik perhatian saya. Ianya adalah berkenaan dengan teori pengklasifikasian bangsa oleh seorang sarjana bernama Johan Friedrich Blumenbach.


2- Terlebih dahulu, siapakah Johan Friedrich Blumenbach? Saya meneruskan pembacaan melalui Wikipedia. Beliau merupakan seorang doktor, ahli fisiologi dan ahli anthropologi German yang dilahirkan pada tahun 1752. Thesis hasil kajian beliau tentang perbezaan dan variasi bangsa manusia yang bertajuk De Generis Humani Varietate Nativa (On the Natural varieties of Mankind/Berkenaan Dengan Variasi Semulajadi Bangsa Manusia) telah dianggap sebagai salah satu daripada hasil kerja yang paling berpengaruh didalam percambahan penyelidikan tentang bangsa dan manusia pada abad ke 18.

3- Pada tahun 1775, melalui penyelidikan Craniometrical (analisa berkenaan tengkorak manusia), Johan Friedrich Blumenbach melalui thesis nya De Generis Humani Varietate Nativa, telah menggariskan pengkelasan bangsa utama manusia kepada 4 kelas berdasarkan warna kulit seperti berikut:

Caucasian - Bangsa Kulit Putih. Mungkin merujuk kepada populasi di negara-negara Eropah.
Ethiopian - Bangsa Kulit Hitam. Merujuk kepada populasi di negara-negara Benua Afrika.
Native American - Bangsa Kulit Merah. Merujuk kepada penduduk asal Amerika Syarikat.
Mongolian - Bangsa Kulit Kuning. Merujuk kepada populasi di negara-negara Asia Besar.
4- Mengikut pendapat dan kajian Blumenbach, bangsa-bangsa manusia dibahagikan kepada 4 jenis bangsa utama tersebut. Yang menarik perhatian saya, pada tahun 1795, Blumenbach telah memasukkan satu lagi jenis bangsa kedalam senarai bangsa-bangsa utama manusia itu. Bangsa ini diperihalkan seperti berikut:
Tawny-coloured; hair black, soft, curly, thick and plentiful; head moderately narrowed; forehead slightly swelling; nose full, rather wide, as it were diffuse, end thick; mouth large. upper jaw somewhat prominent with the parts of the face when seen in profile, sufficiently prominent and distinct from each other. This last variety includes the islanders of the Pacific Ocean, together with the inhabitants of the Marianne, the Philippine, the Molucca and the Sunda Islands, and of the Malayan peninsula.
5- Bangsa utama yang kelima ini dikelaskan sebagai The Malays atau The Brown Race. Blumenbach seterusnya dipetik sebagai berkata seperti berikut:
I wish to call it the Malay, because the majority of the men of this variety, especially those who inhabit the Indian islands close to the Malacca peninsula, as well as the Sandwich, the Society, and the Friendly Islanders, and also the Malambi of Madagascar down to the inhabitants of Easter Island, use the Malay idiom.
6- Namun begitu, perlu dinyatakan bahawa teori Blumenbach mengenai pengklasifikasian bangsa kepada 5 bangsa utama manusia itu telah dikritik hebat oleh para ahli Anthropologi yang lain, yang berpendapat bahawa bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengklasifikasikan bangsa kerana ianya melibatkan persoalan-persoalan yang lebih kompleks dan sukar.

7- Walaubagaimana pun, ia membuatkan saya terfikir, bagaimana bangsa kecil kita ini, selepas dikaji oleh sarjana, boleh tergolong didalam senarai bangsa-bangsa utama manusia? Saya sendiri kurang bersetuju dengan pengklasifikasian yang dibuat oleh Blumenbach kerana pengklasifikasian bangsa adalah sesuatu yang amat kompleks dan sangat luas namun ianya tidak menafikan secara langsung atau tidak langsung bahawa bangsa Melayu adalah salah satu daripada bangsa utama manusia bukan?

11 comments:

  1. salam...

    satu kupasan yg agak menarik. Tahniah, teruskan usaha murni ini...

    semoga ramai lagi mencontohi sikap anda dlm mengkaji sejarah bangsa dan membaca bahan2 ilmiah.


    'Seeker' of Malawangsa.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    syabas atas usaha murni tuan mewujudkan blog ini,marilah kita sama-sama berkongsi pendapat dan ilmu dalam merungkai misteri bangsa Melayu...saya rasa memang bangsa kita sentiasa tidak diberi muka oleh bangsa-bangsa lain kerana mereka telah maklum dengan kebolehan dan kelebihan kita ...perasan tak kajian sarjana sekitar abad ke 18...banyak mengakui kewujudan bangsa Melayu...hanya kebelakangan ini sahaja...kita ditenggelamkan...itu tidak menjadi masalah kepada kita...kita bukan membuat sesuatu untuk nama...semakin banyak dikaji dan diketahui..semakin terserlahlah kebenaran kata-kata hikmat Hang Tuah.."takkan Melayu hilang di dunia" ...saya akui dulu saya menganggap ia sebagai retorik semata-mata....

    ReplyDelete
  3. terima kasih cik serikandi kerana sudi melawat blog hamba yang hina dina ini... pendedahan dan ilmu ilmu yang saya dapati dari cik Sri dan Semantan banyak membuka mata... Tapi macam pesanan dalam Mistisfiles lah.. yang terbaik adalah bila kita mencari jawapan sendiri.. Sebab itu saya buat blog ini sebagai rekod tentang apa yang saya baca..

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,

    maafkan saya jika tuan tersalah sangka, saya bukanlah cik serikandi yang tuan sangkakan, siapalah saya jika dibandingkan dengan ilmu cik serikandi tu...

    Seri Mala

    ReplyDelete
  5. oh ye ke.. afwan.. maaf maaf.. maaf

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan benign, saya pun baru jer menjengah blog tuan ni. Saya tertarik dgn hasil tulisan yang mempunyai ciri2 seorang sejarawan tulin melaporkan dgn niat ikhlas utk mencari kebenaran. Teruskan usaha tuan semoga diberkati Allah SWT.

    Saya pun mempunyai tanggapan yang sama dgn tuan, bahawa Seri itu ialah org yang sama dgn Cik Serikandi kita.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Tuan Azlanm kerana meluangkan masa menjenguk... Apa yang saya kumpulkan disini tidak lain melainkan hasil pembacaan-pembacaan saya saya dari blog-blog utama seperti MF dan LokalGenius yang hasil dari kajian mereka saya cuba mencari kesahihanya melalui pembacaan saya dari sumber-sumber lain..

    Saya pun ingatkan begitu.. sebab itu saya panggil dia Cik Seri II..

    ReplyDelete
  8. theory 3 bangsa utama adalah berasaskan isrilite yang banyak menipu. sem, hem dan yafit
    http://en.wikipedia.org/wiki/Sons_of_Noah

    Sepertimana jua penipuan ttg perhambaan bangsa Israil di Mesir. Termasuklah Pengubahsuaian cerita dari tugas Dakwah Nabii Musa untuk menyedarkan kemelampauan Fir'aun mengaku tuhan.. bertukar menjadi cerita Nabi Musa meminta supaya Fir'aun melepaskan bangsa Israil dari perhambaan.

    ReplyDelete
  9. Omg I'm one post in and I can't believe we Malays are this interesting. Keep it up!

    ReplyDelete
  10. thank you for visiting the blog Odie.. and yes, we malays are indeed one of a kind. Mystical, mysterious but interesting nevertheless. Forgive me though, for the lack of recent updates.

    ReplyDelete