1- Saya teruskan pembacaan lanjut tentang Srivijaya dengan menjadikan buku bertajuk Srivijaya, hasil penulisan K.A Nilakanta Sastri, sebagai rujukan dan panduan utama. Sebenarnya hasil pembacaan dari rekod-rekod arab ini sudahpun saya siapkan pada bulan lepas dan ianya sepatut diterbitkan sebagai Srivijaya Siri Tiga, namun entah dimana silapnya, entri panjang lebar yang saya sediakan untuk siri tersebut terpadam secara tiba-tiba. Yang tinggal hanya perenggan pertama sahaja. Saya begitu kecewa kerana untuk menyediakan rencana tersebut bukanlah mudah kerana saya terpaksa membuat rujukan silang dari pelbagai sumber bagi mempermudahkan dan menjelaskan lagi hipotesis Srivijaya yang saya baca sebelum saya paparkan dalam bentuk tulisan.