1- Pendapat yang paling popular mengenai lokasi sebenar pusat pemerintahan Srivijaya adalah di Sumatera, Indonesia, terdapat beberapa teori lain yang berpendapat bahawa lokasi pusat pemerintahannya mungkin berada di satu lokasi yang lain. Kita akan mendalam kesemua teori-teori ini didalam siri ini.
2- Paul Pelliot berpendapat bahawa pusat pemerintahan asal Srivijaya terletak di Jawa sebelum berpindah ke Palembang pada awal kurun ke 7. Teori ini disandarkan kepada rekod dari I-Tsing, seorang pendita Buddha di zaman Dinasti Tang yang telah mengembara ke Nusantara bagi mendalami agama Buddha dan mempelajari kitab Sabda Buddha.
Perjalanan I-Tsing |
3- I-Tsing merekodkan bahawa pada akhir kurun ke 6, Malayu (Jambi) dan Sribhoja merupakan dua kerajaan yang berbeza dimana beliau telah mengambil masa 15 hari untuk tiba di Malayu dari Sribhoja dan 15 hari dari Malayu/Moloyu ke Kie-Tch'a (Kedah). I-Tsing sendiri pernah melawat Malayu/Moluoyou sebanyak dua kali, iaitu kali pertama pada tahun 671 dimana beliau melaporkan bahawa Malayu merupakan sebuah kerajaan yang berasingan.
4- Dari rekod tersebut, ada para sarjana yang berpendapat bahawa setelah menawan Malayu, tentera Srivijaya telah mara ke Utara dan menawan Palembang. Ibukota dan pusat pemerintahan Srivijaya kemudiannya telah dipindahkan ke Palembang mengikut kandungan prasasti Kedukan Bukit.
5- Lawatan kali kedua beliau adalah pada tahun 690 sekembalinya beliau dari Nalanda, dimana beliau melaporkan bahawa Malayu telahpun bersatu dengan Srivijaya (History of Humanity: from Seventh Century BC to the Seventh Century AD turut mengenengahkan pendapat bahawa permulaan kerajaan Srivijaya sebagai hasil daripada aktiviti pelayaran orang-orang yang dirujuk sebagai Kunlun oleh rekod-rekod China. Orang Kunlun telah disepakati oleh para sarjana sebagai orang-orang Melayu dan Cham).
6- Rekod sejarah China ada mencatatkan kedatangan berasingan gagasan pelayar dari Kerajaan Malayu pada tahun 644 dan dari Kerajaan Srivijaya pada tahun 670 sehingga tahun 741 (akan dikupas dengan terperinci didalam Siri Empat). Ini bermakna sebelum tahun 683 Srivijaya masih lagi belum menakluk Malayu dan keduanya adalah kerajaan - kerajaan yang mempunyai kedaulatan yang berasingan sepertimana yang direkodkan oleh I-Tsing.

7- Namun menjelang akhir kurun ke 7, kedua-dua kerajaan tersebut, menurut rekod I-Tsing, telah pun berada dibawah satu pemerintahan iaitu pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menjadikan Palembang sebagai pusat pemerintahan dan sekiranya ada rekod-rekod yang menggunakan nama Malayu atau Sribhoja pada kurun ke 8, ianya merujuk kepada satu kerajaan yang sama.
8- Bagaimana pula dengan inskripsi-inskripsi yang ditemui di sekitar Sumatera? Apa kah kandungannya? Inskripsi yang ditemui di Kedukan Bukit, selatan Sumatera. Ianya bertarikh 685 masihi dan ditemui oleh M Batenburg pada tahun 1920. Ianya merupakan spesimen berbahasa Melayu yang paling lama yang pernah dijumpai. Bahasa ini juga dikenali sebagai Melayu Tua.
9- Bahasa melayu tua merupakan bahasa susur galur terawal kepada bahasa melayu moden dan bahasa indonesia hari ini. Ianya diasaskan oleh Kerajaan Malayu di Sumatera, ditulis menggunakan teks teks dan huruf-huruf sanskrit (kerana pengaruh agama dan budaya Hindu/Buddha) dan kawi (Jawa lama). Tatabahasa melayu tua tidak banyak beza dengan tatabahasa melayu moden (yang bermula pada kurun ke 14 melalui Batu Bersurat Terengganu).
10- Inskripsi Kedukan Bukit menceritakan tentang kejayaan penguasa Srivijaya, termasuklah rekod bilangan bala tentera, askar dan pawang didalam misinya untuk menakluki satu kerajaan yang bertempat di Matajap (terdapat pendapat mengatakan bahawa Matajap ini adalah Malayu/Jambi).

- Salam bahagia, batu bersurat ini ditulis pada 11 haribulan Waisyaka Tahun 605 Syaka:
- Baginda menaiki kapal untuk mencari untungnya pada 7 haribulan Jyestha.
- Baginda berlepas dari Muara Tamvan dengan membawa dua puluh ribu bala
- dengan <...> serta dua ratus pawang dan tentera sebanyak
- seribu tiga ratus dua belas banyaknya dengan sukacitanya datang ke Matajap.
- Pada lima haribulan <...>, mereka datang belayar mudik ke hulu untuk membuka negara <...>.
- Srivijaya, kota yang jaya, bahagia dan makmur.
8- Apa yang saya boleh difahami melalui prasasti (inskripsi) Kedukan Bukti diatas adalah bala tentera Srivijaya telah berlepas untuk menakluk Malayu yang berpusat di Jambi dan seterusnya ke Palembang dan menjadikannya ibukota Srivijaya. Ini selari dengan rekod yang ditulis oleh I Tsing sepertimana yang telah dibincangkan di perenggan-perenggan diatas.
Prasasti Telaga Batu |
9- Jawatan dan kedudukan lapis masyarakat seperti mana yang tersebut didalam Inskripsi Telaga batu adalah seperti berikut: rājaputra (Putera Raja), kumārāmātya (Para Menteri), bhūpati (Ketua Daerah), senāpati (Panglima), nāyaka (Ketua Masyarakat Setempat/Penghulu), pratyaya (Para Bangsawan), hāji pratyaya (Raja-Raja Kecil), dandanayaka (Para Hakim), tuhā an vatak (Pegawai Pekerja), vuruh (Buruh), addhyāksi nījavarna (Penyelia Rendah), vāsīkarana (Tukang Besi), cātabhata (Askar), adhikarana (Pegawai), kāyastha (Pekerja Kedai), sthāpaka (Para Seniman), puhāvam (Laksmana Kapal), vaniyāga (Peniaga/Pedagang), marsī hāji (Pekerja Di Raja), hulun hāji (Hamba-Hamba Raja).
Prasasti Kota Kapur |
9- Inskripsi Kota Kapur yang ditemui lebih awal pula mengandungi amaran-amaran yang sama. Inskripsi Talang Tuwo pula lebih mengisahkan tentang pembukaan taman Srikestra oleh Sri Baginda Sri Jayanasa. Antara perkataan-perkataan melayu tua adalah seperti yang disenaraikan seperti berikut:
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment