1- Srivijaya, menurut beberapa pendapat ahli sejarah rantau Asia Tenggara, merupakan sebuah kerajaan Melayu yang berpusat di kepulauan Sumatera dan mempunyai pengaruh yang besar keatas sosio politik seluruh Asia Tenggara dari kurun ke 7 sehingga lah kurun ke 13, yang mana sejarah menyaksikan kekuasaan kerajaan jawa Majapahit mula mengambil alih dan menyebarkan pengaruh.
2- Nama dan sejarah Srivijaya kurang dikenali, bukan sahaja dimata masyarakat dunia malah dimata masyarakat setempat sendiri. Sejarah dan misteri kerajaan Srivijaya mula mendapat perhatian apabila pengkaji sejarah berbangsa Perancis, George Coedes daripada gagasan French School of the Far East menerbitkan memoir bertajuk Le Royaume De Crivijaya pada tahun 1918.
3- Manuskrip sejarah dari China menamakannya sebagai Sanfoqi/Sanfotsi dan Sribhoja, manuskrip-manuskrip klasik berbahasa Pali dan Sanskrit menggelarkannya Javadeh/Yavadesh, pedagang-pedagang arab menggelarkannya Zabag manakala manusrip dan inskripsi Khmer pula merujuk Srivijaya sebagai Malayu/Melayu. Adalah menarik untuk dinyatakan disini bahawa nama-nama yang dirujuk daripada manuskrip-manuskrip diatas mempunyai tarikh yang jauh lebih lama daripada kurun ke 7 iaitu mungkin seawal kurun 4 atau 5.
4- Gabriel Ferrand mendapati didalam manuskrip Sutra of the Twelve Stages of Buddha yang diterjemah oleh seorang sami yang bernama Kalodaka yang bertarikh seawal kurun ke 4, ada menyebut tentang satu kerajaan lama yang bernama Cho-Ye yang bermaksud Jaya atau Vijaya. Manakala rekod sejarah dari Dinasti Ming yang menggunakan nama Sanfoqi/Sanfotsi kepada Srivijaya pula bertarikh seawal kurun ke 5 dimana ia merekodkan tentang kedatangan perutusan-perutusan dari Srivijaya ke negara China. Lebih menarik rekod tersebut ada menyebut bahawa sebelum kerajaan ini dikenali sebagai Sanfoqi/Sanfotsi, ianya dikenali sebagai Kantoli, kemungkinan sebuah kerajaan pra Srivijaya yang berusia lebih lama dari kurun ke 5.
5- Nama Srivijaya juga ada direkodkan pada 4 inskripsi melayu klasik yang ditemui masing-masing di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Karang Brahi dan di Kota Kapur dan setiap inskripsi tersebut ditulis dalam masa senggang 4 tahun iaitu dari tahun 683 sehingga 686 masihi. Inskripsi-inskripsi ini, menurut K.A Nilakanta Sastri didalam The History of Srivijaya yang diterbitkan pada tahun 1940, merupakan inskripsi berbahasa melayu yang paling tua dan rekod penggunaan bahasa tertua didalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian.
6- Ahli sejarah berpendapat bahawa keempat-empat inskripsi yang ditemui tersebut adalah dari kerajaan yang sama walaupun menggunakan gelaran-gelaran yang berbeza untuk pemerintah Srivijaya pada masa itu. Salah satu daripada inskripsi tersebut merujuk kepada Jayanasa/Jayanaga manakala yang lainnya menggunakan nama-nama seperti Sri Vijayendraraja, Srivijayayesvarabhupati dan Sri Maharaja. Ahli sejarah seterusnya berpendapat bahawa gelaran-gelaran ini digunakan kerana adalah menjadi tabu kepada masyarakat pada zaman tersebut untuk merujuk kepada pemerintah dengan nama sebenar mereka.
7- Menurut rekod-rekod sejarah dari Sri Lanka pula, seorang raja melayu bernama Chandrabanu Sridhamaraja dari kerajaan Tambralingga berketurunan Javaka telah menyerang dan cuba menakluk Sri Lanka pada tahun 1247. Kebanyakan ahli kaji sejarah berpendapat bahawa Javaka adalah kerajaan Maharaja kerajaan Zabaj/Zabag, iaitu nama yang diperoleh dari rekod pelayar arab yang bernama Suleiman pada tahun 851 yang diterbitkan oleh Masoudi didalam bukunya yang bertajuk Meadows of Gold and Mines of Gems.
8- Setakat itu sahaja untuk siri yang pertama. Pada siri yang kedua, saya akan cuba mengupas tentang lokasi sebenar Kerajaan Srivijaya serta kandungan inskripsi-inskripsi yang ditemui di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Karang Brahi dan di Kota Kapur. Insya Allah, kita jumpa lagi di dalam masa yang terdekat.
Good job!
ReplyDelete~CS
yeah i like..
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi melawat.
ReplyDeleteHang tak sebut pun Kerajaan Melayu apa? Itu ialah Kerajaan Melayu Batak. Hang kena hormat sikit orang-orang Batak ni...
ReplyDeletedalam buku buku yang saya rujuk diatas hanya sebut kerajaan melayu. tak pula disebut kerajaan melayu batak. Saya hanya tulis apa yang saya baca.
ReplyDeletedalam buku buku yang saya rujuk diatas hanya sebut kerajaan melayu. tak pula disebut kerajaan melayu batak. Saya hanya tulis apa yang saya baca.
ReplyDeletekpd melayu BATAK...ko ingt melayu ni BATAK SJ KE? akal sempit btol, org jawa,bugis,minang dll, nk letak mana? cetek sungguh akal anda
ReplyDeleteLaksmana Kumbar, terima kasih Tuan kerana sudi melawat.
ReplyDeleteMengenai sub sub kaum didalam bangsa Melayu itu sendiri banyak rahsia yang belum dicungkil. Saya sendiri masih belum berkesempatan menjalankan pembacaan terutamanya tentang Melayu Bugis yang agak terkenal sebagai pelaut-pelaut dan ahli perang yang hebat.
Insya Allah, kalau ada masa saya akan cuba kupas sedikit demi sedikit.
Oh ya, orang Melayu batak juga. :)