24 July 2012

Sekapur Sireh Seulas Pinang.

1. Assalamualaikum, salam Ramadhan dan salam sejahtera. Apa khabar? Lama rasanya saya tidak menjenguk blog ini. Selama tidak menjenguk, selama itulah juga blog kecil ini tidak menerbitkan apa-apa rencana. Jika ada yang mengikuti perkembangan SusorGalor, jutaan kemaafan saya panjangkan diatas kegagalan saya untuk mengemaskini SusorGalor sekerap yang sepatutnya.


2. 3 faktor utama kenapa ketiadaan rencana baru di blog ini. Pertama adalah masa. Kesibukan kerja dengan rencah dan kerenah kehidupan di ibu kota ini membuatkan saya sedikit terkebelakang didalam membuat analisa dan pembacaan. Setakat ini saya hanya dapat meluangkan masa dengan novel-novel thriller perundangan karya John Grisham, itupun hanya untuk menunggu waktu untuk melelapkan mata.

3. Oh ya, saya rasa perlu juga saya sebut bahawa akhir tahun lepas saya memuat turun satu rencana panjang lebar yang bertajuk Siri Hikayat Sangtawal. Ini bukan hasil penulisan blogger terkenal, abang Sangtawal yang kita semua kenali, tetapi ini adalah penulisan daripada seorang yang bernama Dr. Zulkifli Mohamed. Saya membuat sedikit analisa tentang siapakah Dr.Zulkifli dan mendapati bahawa beliau memperoleh ijazah Kedoktoran didalam bidang Seni Kontemporari (teater tarian melayu) Melalui Pengajian Ekonomi Politikal dan Budaya.

4. Didalam rencana tersebut, Dr. Zulkifli telah mengembara keseluruh Malaysia untuk menjejak peninggalan Kerajaan Langkasuka/Sri Wijaya. Saya masih belum sempat untuk membacanya dengan teliti namun saya percaya, ianya adalah suatu pembacaan yang bagus dan fakta-fakta ataupun teori-teori yang dibincangkan oleh beliau amatlah berguna untuk saya. Anda boleh melawat blog beliau di http://www.svarnabhumi.blogspot.com. 

5. Kedua, semenjak dua menjak ini, tidak terlalu banyak perkara yang menarik perhatian saya. Terdapat beberapa rencana yang saya baca, sekadar untuk melepaskan batuk ditangga, tetapi tiada yang menarik untuk saya nukilkan disini. Beberapa minggu lalu, saya ada terbaca tentang susur galur peradaban di Amerika, dimana para sarjana memperdebatkan tentang sejarah bagaimana peradaban di Amerika bermula dan terdapat satu teori yang menarik perhatian saya, yang dipanggil teori melayu (The Malay Theory). 

6. Teori ini diusulkan melalui susur sejarah bangsa Melayu sebagai pelaut-pelaut dan pelayar-pelayar laut dalam yang gemar mengembara. Adalah tidak mustahil, jika bangsa pelayar yang mampu untuk sampai dan menyebarkan pengaruhnya dari Madagascar ke kepulauan Easter, untuk mendarat dan berinteraksi dengan kaum-kaum asli Amerika pada zaman klasik. Namun oleh kerana kekurangan sumber yang membincangkan teori tersebut dengan lebih mendalam, saya membuat keputusan untuk tidak melakukan pembacaan lanjut mengenainya (buat masa sekarang).

7. Walau bagaimana pun, saya berpendapat, teori tersebut adalah menarik walaupun pada hakikatnya, bangsa Melayu berlayar jauh semata-mata untuk berdagang dan berniaga, tidak mustahil untuk mereka meninggalkan sekelumit dua kesan-kesan peradaban bangsa mereka. Bagi saya, fakta yang paling penting yang dapat kita pelajari daripada teori-teori melayu sebegini adalah ianya sekaligus menyanggah tuduhan-tuduhan yang mengatakan bahawa bangsa melayu adalah bangsa yang tidak mempunyai tamadun, tinggal diatas pokok dan tidak mampu mencipta walau sebilah jarum.

8. Faktor ketiga yang perlu saya bangkitkan sebagai alasan kenapa saya tidak mengemaskini blog ini adalah kerana saya malas. Hahaha. tepat kemuka sendiri. Adakah kerana ianya bertepatan dengan anggapan sesetengah orang bahawa bangsa melayu ini adalah bangsa yang malas? Saya sangkal. Sifat malas adalah sifat peribadi. Tidak ada kena mengena dengan bangsa, kaum atau agama. Jika saya seorang pemalas, ianya adalah kerana saya seorang yang pemalas, bukan kerana bangsa saya bangsa pemalas. Betulkan persepsi tersebut.

9. Persepsi memainkan peranan yang penting. Bangsa cina dikatakan bangsa yang rajin dan pandai berniaga. Saya tidak menafikan persepsi tersebut, tetapi begitu juga bangsa melayu. Lihat sahaja di Kelantan sebagai contoh. Bezanya cuma, skop perniagaan bangsa melayu hanya lebih kepada mencari sesuap nasi sebagai rezeki dan bukan untuk membina empayar perniagaan yang bernilai berbillion ringgit. Apabila bangsa-bangsa lain memeluk erat idea kapitalisme, bangsa melayu masih berniaga dengan cara yang sama, untuk mencari sesuap rezeki. Apatah lagi dikawal dengan sempadan agama dan adab. Tidak keinginan untuk menipu, tidak ada keinginan untuk memonopoli dan tiada keinginan untuk menikam dari belakang.

10. Mungkin saya perlu tarik balik kenyataan yang terakhir itu. Didalam mencari sesuap reseki, masih ada lagi sekelumit bangsa melayu yang gemar menikam saudaranya dari belakang. Perasaan hasad, dengki dan iri hati dalam berniaga sukar dibendung. Saya tidak tahu dimana silapnya. Sihir, santau dan ilmu hitam masih lagi berleluasa dan menjadi pilihan sehingga sekarang. Namun pada hemat saya, ianya kembali kepada keengganan bangsa ini untuk memeluk erat idea kapitalisme. Mungkin jika saya mempunyai masa yang terluang, saya mungkin boleh huraikan teori ini dengan lebih lanjut.

11. Tetapi itulah faktanya, kekangan masa, ketiadaan perkara yang menarik minat saya buat sekarang dan perasaan malas. Alasan. Semuanya adalah alasan. Hahaha. Sedang dua blog kegemaran saya, mistisfiles dan lokalgenius begitu kerap menerbitkan kajian dan rencana baru, saya masih lagi merangkak untuk bangun daripada katil. Laju betul mereka menulis. Mungkin saya juga perlu mencari pawang dan bomoh untuk membuatkan penulis-penulis MF dan LG juga tidak mengemas kini blog mereka. Hahaha. Supaya kita semua tidak kemas kini blog. Hahaha. Gurauan yang tidak lawak dipagi Ramadhan.

12. Setakat ini dahulu rasanya, Insya Allah, saya akan cuba kemas kini SusorGalor sekerap mungkin sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Sekarang, izinkan saya pergi mendapatkan seekor ayam hitam dan kemenyan untuk membomohkan penulis MF dan LG agar mereka tidak laju sangat menulis rencana. Hahaha.

11 comments:

  1. '9. Persepsi memainkan peranan yang penting. Bangsa cina dikatakan bangsa yang rajin dan pandai berniaga. Saya tidak menafikan persepsi tersebut...'

    maaf saya tidak setuju...bangsa kita kalau tidak rajin tidak akan membelah lautan luas...kalau tidak pandai berniaga dll tidak akan berjaya membina tamadun...kata orang untuk berjaya, kita kena 'be first, be smart or cheat', dan hakikatnya mereka datang terkemudian, mereka banyak pinjam ilmu daripada ketamadunan kita, satu-satu cara yang tinggal untuk mereka berjaya is to...apalagi

    ReplyDelete
  2. Saudara tak setuju persepsi memainkan peranan ke bangsa cina bangsa yang rajin dan pandai berniaga? Hakikatnya mereka datang kemudian tu merujuk kepada datang kemana? Datang kemudian ke Tanah Melayu atau ke persada perniagaan antarabangsa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-duanya. It's more than meets the eye!

      Delete
    2. Kalau tuan boleh hurai sedikit, pasti lebih menarik. Terima kasih kerana melawat.

      Delete
  3. Salam.

    Anda memang pemalas.

    Cepatlah update artikel,saya ingat anda dah 'surrender'.

    Jangan marah tau.Saya usik anda je.Biar ligat sikit tangan tu ketuk ketak.

    ")


    ~The Naga King's Daughter

    ReplyDelete
  4. Pemikiran saudara sebaris dengan cik sri dan saudara al-semantani.

    Keep it up Bro!

    ReplyDelete
  5. Buat Puteri raja Naga: Insya Allah. Saya akan berusaha bersungguh sungguh, CS. Hahaha. Nak kena baca balik artikel lama MF untuk cari idea.

    Buat saudara Zack: Terima kasih, kerana sudi melawat. Kalau ada idea menarik sila sila kongsi.

    ReplyDelete
  6. Bro..saya sedang mencari satu hujah ilmiah untuk menolak hujah Orang Mon dan Khmer adalah penduduk pertama di semenanjung ini.

    Orang sering membuat hujah Bahawa orang dari group Austronesia yang menghuni semenanjung ini datang dari Borneo dan sumatera.

    Bolehkah anda merungkai permasalahan ini bro?

    ReplyDelete
  7. Tambahan,jika memakai teori orang mon dan khmer adalah penduduk pertama semenanjung..ini akan menyebabkan orang2 kedah,kelantan dan segenting kra terjatuh masuk dalam group austro-asiatic bro.

    walaupun dari segi DNA dan linguistik orang2 kedah,kelantan dan segenting kra sudah dibuktikan termasuk dalam group austronesia..selagi orang memakai teori borneo dan sumatera..ia tetap menjadi polemik apabila dibahaskan bro..itu yg menjadi masalahnya.

    kita perlu satu hujah ilmiah untuk membuktikan Mereka yang datang dari semenanjung bukan kita yang datang dari mereka.

    ReplyDelete
  8. Tuan Zack, terima kasih kerana idea tersebut. Namun saya rasa MF pernah mengupas isu ini...

    Nanti saya cuba lihat apa yang saya boleh gali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro,saya tahu MF pernah mengulas soal ini tapi artikel dari MF tu dibangkul sampahkan oleh orang2 tertentu yg cuba menidakkan sejarah Melayu..dengan memakai teori taiwan,borneo dan indonesia..seolah2 membuktikan Melayu datang dari indonesia dan Upaya MF nak kaitkan Tamadun Melayu di indochina dan semenanjung menjadi sukar kerana mereka akan menyerang menggunakan hujah Mon dan Khmer untuk menolak artikel dari MF..sebab itu kita perlukan hujah solid Melayu dari daratan bukan kepulauan.

      Saya dahulu pernah diserang hebat apabila cuba membuktikan Tamadun kedah tua diasaskan oleh orang2 Melayu..Kerana mereka percaya Tamadun kedah Tua diasaskan orang2 Mon,para penyelidik di sungai batu tu sendiri masih belum tahu siapa pengasas tamadun tersebut,sangat2 lembab bro mereka ni..Klue terpenting Tamadun Kedah tua adalah kerajaan Maritim..inilah sahajalah bukti terkuat Tamadun tersebut adalah milik orang2 austronesia.

      Delete