21 August 2012

Majapahit, Titik Jawa dan Kelantan Darul Naim.

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya kira masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua pembaca SusorGalor yang beragama islam. Saya juga kira masih belum terlambat untuk saya menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf sekira terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan yang mungkin secara sengaja atau tidak sengaja terbit daripada hasil penulisan saya. Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog pada Ramadhan yang lalu. Saya benar-benar memohon kemaafan.


2. Sewaktu berjalan-jalan di blog kegemaran saya, Mistisfiles sambil mencari-cari katakunci-katakunci yang menarik untuk saya gali dan teroka, satu perkataan telah berjaya menarik minat saya. Perkataan tersebut adalah Yawakotti. Apakah yang dinamakan sebagai Yawakotti ini? Apa yang menyebabkan ianya begitu menarik perhatian saya? Apakah misteri yang tersembunyi disebalik perkataan ini? Saya terus membuat pembacaan terperinci dan ini merupakan laporan saya hasil dari pembacaan-pembacaan saya mengenai Yawakotti.
3. Namun sebelum tuan-tuan dan puan-puan meneruskan pembacaan, ingin saya jelaskan disini bahawa majoriti hasil bacaan saya kali ini bukanlah diambil daripada buku-buku sebagaimana kebiasaannya di SusorGalor. Kebanyakan hasil-hasil pembacaan saya mengenai topik ini adalah hasil ekstrak daripada laman-laman internet serta blog-blog peribadi individu-individu tempatan dan luar negara yang telah mengambil inisiatif untuk menulis dan membincangkan topik ini dengan lanjut. Saya kurang gemar merujuk kepada laman web, namun setakat yang ada pada saya hari ini, saya terpaksa berpuas hati.
4. Yawakotti atau Yawakota atau Jawa Koti adalah satu perkataan yang membawa maksud Titik Jawa. Ianya merupakan nama bagi satu lokasi yang dikatakan pernah menjadi pusat pemerintahan kepada Kerajaan Majapahit pada sekitar tahun 1432 sehingga tahun 1502 masehi.
5. Sepertimana yang diketahui, Kerajaan Majapahit merupakan sebuah kerajaan yang berpengkalan di Kepulauan Jawa, Indonesia, yang berkembang pesat selepas tersungkurnya Kerajaan Melayu Srivijaya. Bermula dengan pemerintahan Raden Wijaya pada tahun 1293, Kerajaan Majapahir mengecap zaman kegemilangannya dibawah pemerintahan Hayam Wuruk pada tahun 1350 sehingga tahun 1389 masehi sehinggalah kerajaan tersebut tersungkur pada sekitar tahun 1527 akibat daripada rempuhan Kerajaan Islam Demak yang sedang meluaskan jajahan pada waktu itu.
6. Fakta yang perlu disimpan didalam ingatan tuan-tuan dan puan-puan adalah selepas sahaja daripada kemangkatan Hayam Wuruk, baginda telah digantikan oleh menantu beliau yang bernama Wikramawardhana. Empayar Majapahit seterusnya diwarisi oleh anak perempuan Wikramawardhana yang bernama Suhita yang memerintah empayar tersebut daripada tahun 1426 sehingga 1447.
7. Ratu Suhita telah mengahwini seorang individu yang diberi gelaran Bhre Parameshwara Sang Aji Jaya Ningrat atau nama sebenarnya, Raja Kemas Jiwa yang pada waktu itu telah dilantik sebagai Bentara Majapahit. Menurut beberapa pendapat, Raja Kemas Jiwa merupakan putera kepada Maharaja Chermin yang memerintah Empayar Chermin yang wujud pada sekitar kurun 13 masehi.
8. Empayar Chermin atau Kerajaan Chermin Jeddah bermula apabila pewaris empayar Malayur, Raja Sangtawal Sakrantaka, memindahkan pusat pemerintahannya daripada Ligor ke Kelantan selepas serangan Siam yang menyebabkan tertawannya Singgora pada tahun 1295.
9. Putera baginda yang bernama Raja Bharubhasa telah mengambil alih tampuk pemerintahan dan seterusnya telah ditabalkan sebagai penguasa Langkasuka pada tahun 1339. Dibawah pemerintahannya, Raja Bharubhasa telah berjaya menyatukan seluruh Segenting Kra dibawah taklukan Langkasuka yang turut disertai dengan penyatuan  Champa di Vietnam, Gangga Negara di Perak, dan kerajaan Samudera-Pasai di Sumatera. Empayar baru ini diberi nama Chermin. Baginda turut berjaya menakluk Kedah daripada Maha Prita Daria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiong.
10. Kemaraan tentera Siam telah menyebabkan Raja Bharubhasa terpaksa memindahkan pusat pemerintahannya ke kawasan baru yang bernama Bukit Panau, Kelantan. Kawasan baru ini dinamakan sebagai Jeddah. Kerajaan Chermin akhirnya berjaya menumpaskan kemaraan tentera Siam dengan bantuan Majapahit.
11. Sehubungan dengan itu, Majapahit seterusnya telah mengisytiharkan Jeddah sebagai ibukota Majapahit Barat (di Tanah Melayu) dengan kepulauan Jawa dikenali sebagai Majapahit Timur. Para sarjana berpendapat bahawa peristiwa ini merupakan satu sejarah yang telah berulang dimana pada awal kurun 7 masehi, Empayar Melayu Srivijaya dikatakan turut berpecah kepada dua, dimana satu bahagian berada di Sumatera dan satu lagi di Tanah Melayu.  
12. Berbalik semula kepada Raja Kemas Jiwa. Setelah runtuhnya Empayar Chermin, Raja Kemas Jiwa telah dipanggil pulang daripada tanah jawa untuk meneruskan kelansungan pemerintahan Maharaja Chermin dan seterusnya memakai gelaran Sultan Iskandar Shah dan menamakan pemerintahannya sebagai Majapahit 2 yang berpusat di Kota Mahligai, Kelantan.
13. Ada sesetengah pendapat mengatakan selepas Raja Kemas Jiwa dipanggil balik ke Kelantan, beliau terpaksa melepaskan isterinya iaitu Ratu Suhita namun menamakan kerajaan barunya sempena dengan kerajaan tadbiran isterinya, Majapahit.
14. Terdapat percanggahan pendapat yang amat menarik apabila terdapat pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa sewaktu pemerintahannya Raja Kemas Jiwa telah melantik seorang yang bernama Ali Nurul Alam bin Syed Hussein Jamadil Kubra sebagai Perdana Menteri baginda.
15. Apa yang menariknya adalah apabila terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Ali Nurul Alam ini lah yang dikenali sebagai Patih Aria Gajah Mada yang dikenali ramai sebagai Perdana Menteri kerajaan Majapahit yang paling terkenal. Ali Nurul Alam ini dikatakan berasal daripada Patani dan dikenali sebagai Sultan Qunbul. Dikatakan bahawa cucu cicit Ali Nurul Alam ini lah yang menjadi moyang kepada Dinasti Kesultanan Kelantan Moden hari ini melalui Long Bahar. Sejauh mana kebenaranya, itu tidak dapat saya pastikan.
16. Menyebut tentang Ali Nurul Alam bin Syed Hussein Jamadil Kubra, tidak boleh tidak untuk saya sentuh tentang ayahandanya, iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Syed Hussein dan adiknya Syeik Thana’uddin tiba di Kelantan sewaktu Empayar Chermin sedang berkembang pesat. Syeikh Thana’uddin turut dikenali sebagai Adi Putera (guru kepada Hang Tuah dan saudara-saudaranya).
17. Mereka berdua menetap di Bukit Panau dimana Syed Hussein dikatakan telah mengahwin puteri Maharaja Chermin yang bernama Puteri Linang Cahaya, iaitu adik kepada Che Siti Wan Kembang dan dikurnakan 2 orang anak bernama Malik Ibrahim dan Siti Aishah. Maulana Malik Ibrahim ini seterusnya dikenali sebagai Sunan Gresik, pelopor kepada Wali Sembilan (Wali Songo). Ali Nurul Alam lahir daripada isteri ketiga Maulana Syed Hussein yang bernama Puteri Selindong Bulan.
18. Panjang rasanya kalau saya ingin menulis tentang apa yang saya baca mengenai Syed Hussein Jamadil Kubra. Namun mengikut apa yang saya baca, begitulah susur galur kisahnya. Untuk dapatkan data lanjut mengenai kisah-kisah beliau, tuan-puan boleh saja menaip namanya di Google. Banyak sejarah yang boleh dibaca.
19. Berbalik kepada Yawakotti, saya berpendapat, mungkin terdapatnya migrasi dari Kelantan ke Jawa atau dari Jawa ke Kelantan sewaktu kewujudan empayar Majapahit 2 maka tidak hairanlah kenapa Kelantan boleh dikenali sebagai titik jawa sekiranya kita melihat kepada persamaan budaya diantara Kelantan dan Jawa. Kebanyakan permainan rakyat di Jawa turut dimainkan di Kelantan. Ambil sahaja contoh wayang kulit dan pemakaian batik.

20. Berkenaan dengan Empayar Chermin pula, ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa peninggalan kota Empayar tersebut masih lagi wujud pada hari ini namun ianya berada didasar sebuah tasik di Danau Tok Uban, Kelantan yang kebetulannya memang berhampiran dengan Bukit Panau.

21. Sewaktu masih bersekolah, saya pernah sekali melawat tasik yang terletak di Danau Tok Uban ini. Apa yang saya tahu pada waktu itu adalah tempatnya cantik dan sangat menarik. Namun menjadi suatu yang pelik apabila saya mendapati terbinanya sebuah masjid putih yang sangat cantik dipesisir tasik tersebut. Pelik kerana, masjid yang tersergam cantik dan besar itu dibina benar-benar di corot kampung, jauh daripada bandar atau penempatan awam.

22. Saya dengar, yang membina Masjid tersebut adalah Sultan Brunei bagi menghormati susur galor jurai Baginda daripada Syed Hussein Jamadil Kubra yang menetap di Bukit Panau. Saya tidak dapat memastikannya. 
23.Menarik bukan?

70 comments:

  1. Menarik sgt2..ada hubungan yg cukup erat antara jawa dn klantan dulu2..agaknya bahasa prtuturan yg bagaimana mereka gunakn..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana melawat.. Saya tak tahu sejauh mana hubungan kenegaraan kedua dua lokasi ini pada zaman dahulu kerana ketiadaan sumber-sumber buku yang dapat saya rujuk. Tapi hubungan hubungan sebegini bukanlah sesuatu yang aneh pada zaman klasik dimana, kerana majoriti negara di asia tenggara pada hari ini berada didalam satu gagasan besar Kepulauan Melayu (nusantara). negara negara yang ada pada hari ini hanya mula di pisahkan melalui sempadan politik bermula dari awal kurun 20.

      Delete
    2. Kalau menyebut tentang bahasa pertuturan, sepanjang pengetahuan saya ada 2 perkataan (sekurang-kurangnya) yang sama digunakan oleh orang Jawa dan Kelantan:
      1. Geger (J) = Gege (K) - bising, kecoh
      2. Gertak (J) = Gertok (K) - jambatan.

      Menarik bukan?

      Delete
    3. setahu saya orang sarawak pun sebut jambatan tu sebagai gertak tapi langsung tak ada dna jawa.

      Delete
    4. Mungkin juga persamaan-persamaan ini hanya kebetulan semata-mata. Tapi ianya menarik untuk dikaji.

      Delete
    5. Di Sarawak pun memang ramai orang berketurunan Jawa. Ramai juga yang masih boleh bertutur bahasa Jawa.

      Ada satu lagi perkataan: 'Celeng' atau 'Celengan'. Celeng bermakna babi (maaf). Celengan adalah tabung siling berbentuk babi.... Saya difahamkan di Kelantan pun ada menggunakan perkataan celeng untuk tabung ... wallahu a'lam....

      Delete
    6. Ye..celeng bermaksud tabung bagi Loghat kelantan

      Delete
    7. Ha ha celeng memang betul digunakan oleh orang Kelantan sampailah ke hari ini.. Merujuk kepada perkataan tabung

      Delete
    8. Bedil = Menembak, Kelantan Gendang, Jawa = Kendang, Dalam mentera-mentera klasik banyak perkataan yang sama bagi yang tahu. Contoh : Semar, watak wayang kulit dikelantan iaitu Pak Dogol, sama sifat fizikalnya dengan Semar.

      Delete
  2. Bro..saya pernah bertanya secara direct kepada orang2 jawa indonesia mengenai sang aji saka..mereka menolak tokoh ini dan mengatakan sang aji saka hanyalah sebuah mitos..tetapi mereka memang mengakui tentang mitos tentang penguasa "luar" yang mengahwini Ratu mereka.

    tetapi memang tidak dipungkiri lagi tentang budaya jawa dan budaya kelantan..sangat sama dan paling ketara budaya pemakanan mereka yang suka memakan benda manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat yang menarik. Benar, kebanyakan sumber sumber internet daripada negara jiran, Indonesia, kurang menyebut tentang Sang Aji Saka tetapi mengakui tentang penguasa luar yang mengahwini Ratu mereka. Namun, saya mengambil pendekatan bahawa perkara ini masih boleh kita gali sedalamnya kerana kalau tiada angin, masakan pohon itu boleh bergoyang gerudi? Hehe.

      Saya orang kelantan dan saya boleh sahkan fakta yang orang kelantan agak gemarkan masakan manis.

      Delete
  3. salam tuan benign, saya pernah mendapat maklumat yang di taman melewar, gombak, terdapat satu pertubuhan yang dinamakan khazanah fathaniyah yang diasaskan olah waris yang mempunyai susur galur hingga ke syed jamaluddin al kubra. katanya disana terdapat banyak kitab2 lama...wallahualam. mungkin tuan bening telah mengetahuinya.... wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak tahu mengenai kewujudan kumpulan ini. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Nanti saya akan cuba tengok apa yang saya boleh gali.

      Delete
  4. ish ish..macam2 ada di gombak, dari Syiah, Syifa, klinik rasuk etc. hehehe

    ReplyDelete
  5. saya percaya ini rekaan imaginasi penulis sahaja (bukan tuan tanah, tapi sumber asal tuan tanah..)

    kerana masakan tiada langsung rekod2 dari China, India, Arab, Barat berkenaan MAJAPAHIT 2 ni... yang setakat saya tau Chih Tu adalah.. tu pun, belum tentu merujuk kpd Kelantan sebab menurut C.J. Khao lokasi nye lebih sosok dengan Chaiya & Nakhorn Si Tammarat sekarang.

    begitu juga dengan Empayar Chermin.. dimana tingalan arkeologi empayarnya..sekurang2 dalam bentuk pengiktirafan luar @ penulisan dari luar.

    Jawakotti nama ni pun ada di Sri Lanka. adakah mereka juga org Melayu.

    sy merasakan Jawakotti ni tidak membawa maksud tempat asal Jawa itu sendiri. tapi sebagaimana dikenali oleh orang2 barat terutamanya Arab, Melayu zaman dulu dikenali dengan nama Jawa. sebab tu bila Chandrabanu sampai & berkerajaan di sri Lanka, mereka memanggilnya Raja Javaka.. in fact pulau jawa waktu tu bukan ker cina panggil Chapor & org lokal panggil Pakalongan???

    sy percaya Raja Aji tu bukan dari Kelantan tapi dari Champa. hubungan Champa dgn pulau sumatera & jawa sejak zaman Srivijaya awal lagi kan. contoh kaitan keris sajen & pedang pendek champa, Javarman II Khmer & sailendra etc.. kelantan mungkin tempat singahan je kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat yang menarik Tuan... memang benar, setakat yang saya cuba cari, tiada rekod atau kajian yang dibukukan berkenaan dengan Majapahit 2. Sumber yang saya rujuk kebanyakan adalah sumber-sumber internet dan blog. Saya lebih senang merujuk kepada buku atau journal-journal persatuan sejarah atas alasan kredibiliti. Namun bagi saya, ianya satu "kemungkinan" yang menarik untuk dikaji dengan lebih lanjut.

      Namun, saya rasa, untuk menyandarkan 100% kepada tinggalan arkeologi untuk membuktikan kewujudan sesuatu empayar juga tidak boleh. Kebiasaan untuk empayar-empayar klasik yang lebih besar untuk menyerang dan menakluk serta menjajah empayar empayar lain terkadang menyebabkan mereka lebih terdorong untuk memusnahkan mercu tanda-mercu tanda empayar yang dijajah menyebabkan kesukaran bagi para sarjana untuk membuatkan pengesahan.

      Namun saya lebih bersetuju dengan saudara mengenai rujukan kepada catatan catatan yang terdapat dari merata negara dan saya lebih gemar merujuk kepada sumber sumber ini. Namun setakat yang ada, hanya perbincangan dan perdebatan dari rakan rakan di internet.

      Yang pentingnya, ianya kemungkinan yang tidak boleh dinafikan secara terus apatah lagi, saya percaya masih terlalu banyak empayar-empayar melayu klasik yang kisahnya dirahsiakan atau terahsia yang masih boleh dikaji.

      Terima kasih kerana melawat

      Delete
    2. Sebenarnya bangunan kuno seperti rumah dan istana dan kubu pertahanan pada zaman dahulu dibina dari kayu dan bahan-bahan yang terdapat dalam hutan dan belukar. Dan bahan-bahan binaan ini akan musnah selepas sesuatu tempoh.

      Maka kita tidak merasa hairan jika pakar sejarah gagal mengesan sesuatu kerajaan kuno yang pernah wujud dalam sejarah.

      Bagaimana pula barang-barang tembikar dll? Barang-barang tembikar dll ini masih wujud di dalam beberapa lapisan tanah ! Penemuan secara tidak sengaja akan membuktikan kewujudan sesuatu tamadun kuno.

      Oleh sebab itu, adalah tidak adil manusia yang mendakwa diri mereka 'pakar sejarah' menafikan kewujudan kerajaan kuno di Malaysia semata-mata kerana mereka gagal menemui artifak sejarah.

      Kewujudan kisah atau cerita kuno tentang sesuatu kerjaan kuno boleh digunakan untuk mengesan kerajaan kuno tersebut.

      Delete
    3. Saya percaya Anonymous (August 28, 2012 at 11:55 AM) mungkin tidak wujud kerana moyangnya tidak terdapat dalam rekod sejarah China, India dll.

      Anon ini mungkin berasal dari planet Marikh.

      Delete
  6. Jemput lawat fb saya Mohd Yazman Mohd Yusof :)

    ReplyDelete
  7. agak menarik kupasan hubungan Jawa dan Kelantan. Tak dapat dinafikan memang ada sedikit persamaan berkenaan wayang dan batik.

    ReplyDelete
  8. Sekalipun ada persamaan, pada sys itu suatu kbiasaan pd zmn dulu. Bertukar brg,bertukar ilmu. Sama belajar antara sama lain. Jd xmustahil ada prsamaan. Wlupun bgitu sya rasa org jawa is jawa. Kelantan is kelantan. Susurgulur jawa sya xpasti wlaupun sya jawa. Tp rasanya org klantan berasal dari champa dan bcampur aduk dgn siam. Fizikal wajah juga jauh bezanya. Jika ada pertalian keturunan, itu smua biasa berlaku dlm mana2 kluarga raja atau pemerintah bg maksud politik/kuasa. Bukan antara rakyatnya. Mknn manis biasa je dlm dunia ni. Stahu sya msakan jawa lebih rempah bbanding gula. Batik ni xda yg pelik. Baju hawai pun bcorak batik. Adakah org hawai bketurunan jawa atau kelantan. Pada sya corak rekaan batik adalh universal. Di mana-mana pun. Yg pasti smuanya berasaskn corak tropika. Keris ni rasanya mcm berasal dari india. Jika tgok patung kuil, bnyk asas keris. Agama hindu lk antara trtua di dunia dan bertapak di tanah mlayu sezaman lmbah bujang. So... Keris ni biasa je... Yg pasti dunia melayu wujud hasil prtembungan antara timur dan barat. Bahkan ntah2...org melayu berasal dari campuran timur dan barat. Jika ssiapa penah tgok rncangan di astro ada cerita bagaimana DNA manusia dari Adam dan Hawa bkembang. Ianya kajian secara global...mmg mnarik. Bahkan zaman dulu daratan smnanjung kita ni hujungnya smpai ke pulau2 indonesia. Kmudiannya terpisah bila tanah selat melaka jatuh ke dasar. Xhairan keturunan kita ni berkait satu sama lain. Masa je yg merubah setiap keturunan bahkan apa perkara skalipun...amacam ngn citer karut sya ni? Ni beralaskn pmerhatian dan tanggapan sya je. Xyah pcaya pun...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Terima kasih diatas kupasan tersebut Tuan Archie.. menarik pandangan Tuan. Comment tuan dibawah terpaksa saya delete sebab double post.

      2. Adapun begitu, saya harap tiada yang salah faham. Saya menulis rencana diatas bukan kerana ingin mengangkat orang kelantan (kerana saya juga orang Kelantan). Saya menulisnya kerana saya terbaca mengenainya. Harap maklum, hehe.

      3. Bagi saya, perkara yang paling penting adalah keunikan susurgalor bangsa melayu tak kira lah dari mana atau dari suku kaum mana. Bak kata-kata yang paling cliche: kita semua serumpun.

      4. Apatah lagi saya tidak memandang sangat faktor kenegerian kerana pada zaman klasik, semua negeri-negeri atau negara-negara tertentu, semuanya berada dalam jajahan geografi klasik yang sama, Srivijaya.

      5. Sebut pula tentang Hawaii, percaya atau tidak, bangsa Maori yang mendiami Hawaii, terdapat para sarjana yang berpendapat bahawa mereka juga sebenarnya daripada rumpun melayu. Sepertimana yang berlaku di Madagascar, Jepun atau Papua, perkara sama berlaku di Hawaii.

      6. Macam menarik untuk dijadikan topik baru ni.. Ahaks.

      Delete
    2. Dalam sa-buah majlis ilmu di New Zealand tahun 2011.. di sebuah universiti di Waikato.. saya mendengar dari mulut sa-orang berbangsa Maori.. Mr Manna Oterangi.. (di-maklumkan sebagai salah sa-orang pembesar dari keturunan Maori yang bertugas di universiti berkenaan).. orang- orang Melayu dan Maori saling ada kaitan dalam susor galur masing- masing.. dia yang sering berkunjung ke Malaysia.. memetik, selain dari rupa wajah yang seiras.. ada sebahagian perkataan dalam bahasa Melayu dan Maori yang berbunyi seakan- akan sama.. seperti katanya; ''Terengganu" bermaksud ''land between two rivers'' tepat atau tidak dari segi geografinya saya kurang pasti.. turut beliau petik perkataan lain seperti ''telinga'' (ears), ''bukit'' (hill),
      dll. Dia juga kuat mengatakan orang Melayu, orang Maori dan Hawaii adalah bersaudara.. astronesia, malenesia dan polinesia antara yang disebut.. perbezaannya Maori dan Hawaii mereka bertubuh besar.. beliau turut bergurau kerana itu The Rock (ahli gusti) iras- iras Melayu kerana dia juga dari susor galur yang sama.. mungkin tuan boleh lanjutkan kajian.. saya setia membaca..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. maaf mencelah, bagi "faktor genetik" saya juga berpendapat bahawa orang kelantan lebih kearah siam namun jika dibandingkan dari aspek budaya juga banyak persamaannya (kelantan dengan jawa), sebagai contoh melayu di pulau cocos australia. budaya masyarakat melayu disana masih sama (kekal) dengan melayu di malaysia. pendapat saya disini adalah bermaksud sesebuah budaya itu amat sukar hilang melalui perbedaan masa mahupun perbedaan jarak..
      moga pendapat saya dapat memberi inspirasi :)

      Delete
    5. Jarak antara Kelantan dan Jawa adalah sangat jauh tetapi budaya Kelantan dan budaya Jawa mempunyai beberapa persamaan.

      Ini membuktikan Kelantan dan Jawa mempunyai hubungan sejarah yang cuba dinafikan oleh puak hipokrit.

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. bang, boleh tak publish tentang kerajaan Patani dr awal smpai zaman kejatuhan dia, and sedikit tentang pewaris pewarisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, kalau ada sumber-sumber dan cerita yang menarik mengenainya, saya akan kupas.

      Tapi macam biasa lah, kena sediakan pisau cukur yang banyak sikit kalau nak tunggu saya pos.. Ahaks..

      Delete
  11. " Berbalik semula kepada Raja Kemas Jiwa. Setelah runtuhnya Empayar Chermin, Raja Kemas Jiwa telah dipanggil pulang daripada tanah jawa untuk meneruskan kelansungan pemerintahan Maharaja Chermin dan seterusnya memakai gelaran Sultan Iskandar Shah dan menamakan pemerintahannya sebagai Majapahit 2 yang berpusat di Kota Mahligai, Kelantan."

    adakah kota mahligai yg anda maksudkan tu mahligai, melor skarang? Makanya kalau betul kota mahligai tu adalah mahlgai sekarang, memang betullah cerita orang tua di kampng saya tentang antara peradaban lama kelantan selain istana puteri saadong tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Tuan kerana melawat.. Saya sendiri kurang pasti tentang lokasi Kota Mahligai, yang disebut. Namun besar kemungkinan ianya adalah benar. Tapi yang pasti, memang terdapat peradaban Kuno di kelantan yang bertarikh lebih lama daripada zaman Cik Wan kembang dan Puteri Saadong.

      Delete
  12. saya terbaca ada keris kebesaran kerajaan kelantan sekarang yang masih digunakan diistana yg dinamakan keris Majapahit 2... kalau tidak berada ada masakan tempua bersarang rendah!

    ReplyDelete
  13. kenapa sekitar masjid tersebut ada pokok Rhu........??? ada rahsianya....huhuhu

    ReplyDelete
  14. blh x crikn sya info danau tok uban?

    ReplyDelete
  15. pokok rhu sebab dulu kawasan pantai @ tepi laut.......huhuhuu..ada rahsinya....

    ReplyDelete
  16. Nama2 tempat di Kelantan banyak juga yg sama dengan di Jawa. Ambil nama negeri Kelantan itu sendiri yang mana orang Kelantan menyebutnya Klate. Kalau di Jawa ada satu daerah terkenal di Jawa Tengah dikenali sebagai Klaten. Kelantan ada Bukit Jawa juga ada Tok Bali. Dalam persembahan wayang kulit Kelantan, Kelantan disebut sebagai "Tanah Rendah Sekebun Bunga Tanah Jawa". Perkataan gendong/kendong (dukung) sama dengan perkataan Jawa dan tidak digunakan oleh suku Melayu lain di Tanah Melayu sebelum diangkat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi perkataan dalam Bahasa Malaysia. Begitu juga dengan perkataan 'deh". Hanya Melayu Kelantan saja yg menggunakannya. Contoh ayat, "Mu gi deh". Sama dengan 'Kamu pergi deh" dalam loghat Betawi. Banyak lagi persamaan antara Jawa dan Kelantan kalau kita imbau balik. Saya percaya sebahagian orang Melayu Kelantan berasal dari Jawa atau berpindah dari Jawa ke Kelantan dan Patani, Thailand sebelum empayar Sriwijaya dan Majapahit lagi kerana suku Jawa adalah ahli pelayaran terkenal sejak dulu lagi. Disebabkan asimilasi dengan penduduk asli Kelantan dan Siam, bahasa Jawa tenggelam di Kelantan dan Patani. Tetapi tetap ada meninggalkan warisannya yg juga tidak ada dalam sebutan melayu lain. Wak !! Hanya suku Kelantan dan Jawa sahaja yang menggunakan panggilan "wak" merujuk kepada golongan dewasa lelaki yg dihormati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh bang apolah nan awak kecek. Saya beretnis minang dan sunda. Saya rasa kata wak itu merupakan bahasa sunda semenjak bahasa sunda merupakan bahasa asli di jawa selain betawi yang memiliki kemiripan dengan bahasa melayu . Sunda di jajah oleh sriwijayadari tahun 665 - 1296.

      Contoh perkataan sunda yang mirip bahasa melayu malaysia

      Gering (ml) - geuring (snd)
      Sekejap (ml) - sakeudap (snd) - sebentar (ind)

      Delete
    2. Haha. Sama sama kita kecek. Terima kasih diatas informasi yang menarik tersebut.

      Delete
    3. rasanya semua tu tak ada peliknya sebab ikut sejarah pun saya ada baca yang kelantan-jawa pernah ada hbungan perdangan.. sebab tu ada pertukaran bahasa.. mcm zaman skg orang melayu sibuk belajar bahasa korea.. berapa ratus tahun akan dtg tiba2 ada yg claim org melayu berhijrah dr korea XD

      Delete
    4. Hati hatilah orang kelantan terhadap orang minang mereka nih memang benci sangat dengan jawa ,mereka tidak suka jawa dan kelantan bersatu hati hatilah orang kelantan

      Delete
    5. Kepala bana ko.. nk ofal nk wujudka permusuhan kt sni..

      Delete
    6. Terdapat persamaan perkataan antara bahasa minang dan bahasa kelantan menunjukkan terdapat hubungan sejarah antara minang dan kelantan. Apakah sebutan 'kereta' dan 'mana' dll dalam bahasa Kelantan dan Minang ?

      Mohon kejujuran pembaca !

      Delete
  17. Jawakotti pun ada di sri lanka, mungkin njugak orang jawa ni sebenarnya berasal dari sri lanka??? anutan pun sama, budaya pun sama (pada zaman dulu2)...???/

    ReplyDelete
  18. asalammualaikum semua.
    kaji lagi memang banyak persamaan antara majapahit dan kelantan

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Bangsa Nusantara sudah bangkit!!!!diharap bangsa kita bersatu kembali dan akhirnya kita dapat membebaskan semula negeri-negeri melayu yang masih belum merdeka dan terbelenggu oleh penjajah sakhotai dan Die-viet@Annam apabila seluruh bangsa NUSANTARA(MELAYU,JAWA,BUGIS,CHAMPA,ACHEH,MADURA,BORNEO,MINDANOA,SULU SERTA LAIN-LAINNYA) BERSATU PASTI BANGSA INI GEMILANG KEMBALI,KALI INI ATAS KALIMAH TAUHID....Insha Allah....

    ReplyDelete
  22. Islam Nusantara adalah bersaudara. Bantulah saudara2 kita yang memerlukan bantuan dari aspek ekonomi, ilmu pengetahuan, pembangunan dll bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.

    ReplyDelete
  23. Mari kita wujudkan kedekatan sejarah ini untuk memperat hubungan kita, sekarang dan mandatang....

    ReplyDelete
  24. Mngkn ada susur galur antara jawa dan Kelantan.. Kita tgk org dulu dulu.. Paling suka kalau dapat kain sarung jawa...smpn syg nak pakai...yg laki suka pakai kt kepala..teruskan berjuang mencari sejarah2 kuno tuan..

    ReplyDelete
  25. I think paragraph 5 is inaccurate.
    How could Majapahit from Indonesia. Majapahit was Majapahit. Indonesia only exist later in 1945.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Is Majapahit territory a part of Infonesia and Indonesian history ?

      How could your ancestors exist in history because you only exist in the 21st century ???

      Delete
    2. when indonesia being said it refer to the country today, when majapahit it refer to the kingdom that exist in the land of indonesia today.

      small saja saja bro .... yang pasti ia mereka bukan tamil atau china .... cheers bro

      Delete
  26. Tahun yang lalu saya mendapat cerita dari teman dekat yang orang Kelantan, bahwa nama pantai Pasir Putih di Kelantan adalah nama yang sama dari Pasir Putih dipantai utara Pulau Jawa. Peristiwa ini terjadi setelah peperangan Diponegoro, dimana ada beberapa tentara Diponegoro yang melarikan dari dari Pasir Putih Jawa dengan menggunakan kapal dan mendarat di pantai Kelantan. Untuk mengenang kejadian itu maka pantai tempat mereka mendarat dinamai Pasir Putih.......

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Raja phra ong maha perita deria lari ke kelantan digempur rakyat Kedah dan tentera kerajaan sendiri bukan ditakluk oleh Kelantan. Raja Ligor dan Patani berasal dari keturunan Merong mahawangsa. Langkasuka pun bukan Kelantan langkasuka diasas istana Kedah sebelum dipindahkan ke patani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macammne loghat patani lebih dekat dgn klantan.. hikayat patani .. ada sebut dr kota maligai ke pesisiran pantai buka kota nama patani.. anak raja merong lari dr kedah kawin dgn anak raja patani..
      Langkasuka .. kedah patani kelantan.. pelembang jambi
      .. pengasas majapahit ada kahwen dgn anak raja sriwijaya.. majapahit berkawan rapat dgn champa,yahawa,syanka.. syanka ni mugkin langkasuka.. termasuk klantan.. tak hairan budaya mereka ada yg sama..

      Delete
    2. Bila masa langkasuka palembang dan jambi😆😆😆mabuk todi ka

      Delete
  29. Salam Hormat. Adakah ada hubungan siam (kerajaan melayu) majapahit 2 dengan kisah parameswara dihalau dari singa pura. Telah berlaku pertikaian samada dia dihalau oleh siam atau majapahit sekitar tahun 1400 an.

    ReplyDelete
  30. Secara genetika org kelantan Dan jawa Sama, yaitu Sama2 DNA nya austroasiatic. Di kelantan ada bukit jawa,keris kesultanan kelantan yaitu keris majapahit.kelate:pelam/pauh,jawa :pelem/poh. Kelate :erong,jawa:irong.kelate:bleber,jawa:bleber.kelate:gocoh,jawa:goco.kelate:bekwoh,jawa:buwoh.

    ReplyDelete
  31. Betul lah apa yg abg tulis tu,empayar chermin tu luas sampai ke aceh,raja bharubasa tu di islam kn oleh raja pasai malikul saleh yg berketurunan mon khmer

    ReplyDelete
  32. http://khazanahfathaniyah.blogspot.com/2010/05/terbitan-terbaharu-kitab-lumatul-aurad.html?m=1

    ReplyDelete
  33. Javanese dan kelantan adalah serumpun kayak Tai kadai dan Austroasiatic

    ReplyDelete
  34. Saya ada terbaca artikel yg merujuk kepada kehebatan kerajaan di Pantai Timur, Chi-Tu atau Kelantan yang mencegah serangan tentera laut Majapahit dengan mengalihkan tiupan angin ke kuala sungai Kelantan hingga kapal layar Majapahit gagal mudik ke hulu sungai, tempat pusat pemerintahan negeri.

    ReplyDelete