25 January 2012

Prof. Khoo Kay Kim, Hang Tuah dan Sejarah:

1- Dikala masih lagi didalam mood bercuti, tiba-tiba terasa terpanggil pula saya untuk menulis tentang hiruk pikuk seorang sarjana sejarah terkenal dan berpengaruh, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim yang secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan/pendapat peribadinya yang mengatakan bahawa Hang Tuah itu tidak wujud kerana tidak ada dokumen-dokumen yang menyokong sejarah kewujudannya.



2- Ianya tidak ada dalam rekod-rekod dinasti China atau mana-mana kerajaan klasik yang lain, kecuali karya Tun Sri Lanang yang tersohor yang dikenali ramai sebagai Hikayat Hang Tuah. Terlebih dahulu, sebelum saya meneruskan dengan pendapat peribadi saya tentang kenyataan Prof Emeritus tersebut, suka saya terangkan disini bahawa wujud atau tidak watak yang dinamakan Hang Tuah itu tidaklah membawa apa-apa kepentingan kepada saya. Oleh yang demikian, pendapat saya ini hanyalah satu pendapat kerdil dari seorang peminat sejarah Melayu.

3- Setakat pembacaan saya, saya masih belum bertemu buku-buku yang membahaskan Hikayat Hang Tuah dari segi ketepatan sejarahnya. Oleh yang demikian, saya tidak dapat membuat rujukan silang tentang kewujudan rekod-rekod bertulis tentang kewujudan watak Hang Tuah ini. Kemalasan saya sendiri untuk membuat apa-apa pembacaan sejarah buat masa ini turut menyumbang kearah ketidakjumpaan itu. Namun kenyataan Prof Emeritus tentang tiada rekod mengenai kewujudan Hang Tuah itu membuatkan saya tertawa secara kecil kecilan.

4- Saya amat pasti dan yakin bahawa seorang sarjana sejarah yang hebat seperti Prof Emeritus tersebut tidak akan membuat kenyataan secara rambang dan membabi buta tanpa hujah-hujah beliau tersendiri, namun saya mempunyai pandangan yang berbeza dan ya, saya turut mempunyai hujah-hujah saya sendiri selepas merujuk beberapa buah buku tulisan sarjana barat mengenai sejarah melayu.

5- Kewujudan Hang Tuah tidak dapat dibuktikan? Apa Hikayat Hang Tuah karya Tun Sri Lanang itu tidak cukup konkrit untuk dijadikan bukti? Mungkin ianya hanya mitos sahaja? Mungkin itulah diantara faktor-faktor yang mendorong beberapa sarjana tempatan untuk meragui kesahihan Hikayat Hang Tuah (dan beberapa hikayat-hikayat lain yang berunsur mitos) sekaligus menjadikan ianya tidak boleh dijadikan sandaran untuk membuktikan fakta sejarah.

6- Ini membawa kepada persoalan (kepada sesiapa yang bertanya) kenapa saya tidak pernah merujuk sumber-sumber nusantara didalam rencana-rencana saya yang terdahulu. Semuanya saya petik dan rujuk hasil-hasil kajian akademik dan buku-buku terbitan sarjana-sarjana barat/bukan melayu. Disamping sebab-sebab kecil yang lain, ada dua sebab utama kenapa saya tidak merujuk kepada sumber-sumber nusantara atau dari penulis-penulis melayu.

7- Pertama, saya hanya merujuk kepada sumber catitan barat/bukan melayu kerana saya tidak mahu hasil-hasil koleksi pembacaan saya didalam blog ini disalah tafsir sebagai tulisan orang-orang yang taksub dengan kemelayuan sehingga setiap benda dan setiap perkara hendak dikaitkan dengan melayu hanya kerana saya adalah seorang berbangsa melayu. Lalu saya tampilkan pendapat-pendapat tentang kemasyhuran dan kemegahan bangsa melayu dari pena mereka-mereka yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan kepada atau daripada bangsa melayu di Malaysia. 

8- Jadi sekiranya saya mewarwarkan tentang teori bangsa melayu lah yang bertanggungjawab membawa peradaban ke meso-amerika selepas ini, jangan saya dicerca dan dituduh taksub dengan bangsa, kerana yang tampil dengan teori ini bukan orang melayu tetapi orang barat yang membuat kajian. Bunyinya memanglah seperti mahu mengagungkan melayu, tapi ianya tidak datang dari pena saya, tapi hasil kajian orang lain. Saya hanya membacanya sahaja. Kalau mahu cerca, cerca sahaja sarjana barat yang mengeluarkan teori ini. Mungkin mereka telah berkomplot dengan UMNO pada tahun 1906.

9- Kedua, kenapa saya tidak merujuk kepada sumber sumber melayu klasik? Kerana saya malas. Saya tidak mempunyai masa untuk membaca rekod-rekod sejarah yang ditulis oleh orang melayu saya sendiri. Kenapa? Biar saya terangkan.

10- Saya yakin dan percaya Prof Emeritus sudah mahir dan cukup arif dengan hasil-hasil tulisan melayu klasik. Jika diperhatikan rekod-rekod sejarah yang ditulis dalam bentuk hikayat ini, penggunaan bahasa sastera yang cukup tinggi dan indah. Pengolahan teks-teks yang terkandung didalam hikayat-hikayat tersebut bukanlah seperti dokumen-dokumen sejarah seperti yang kita ada pada hari ini. Ianya ditulis sebagai syair, gurindam atau cerita dan bukan secara butir-butir mengikut tahun dan fakta secara tersusun.

11- Kadang-kadang fakta sejarah yang ingin diketengahkan hanyalah dalam dua baris tapi bunga-bunga bahasa dan lebihan-lebihan (exaggeration) nya ditulis dan disulam sehingga 10 baris.

12- Rekod-rekod sejarah yang lebih awal lebih mengutamakan kejadian-kejadian yang melibatkan istana. Ini adalah kerana pada masa silam, istana dianggap sebagai pusat atau hub sosial kepada masyarakat melayu. Penulis-penulis istana (royal scribes) selalunya lebih menitik beratkan pengamatan sesuatu kejadian menerusi pandangan dan interpretasi beliau dan ini meninggalkan hanya sedikit ruang untuk fakta kejadian sebenar yang ingin direkodkan. Tambahan pula, apabila rekod-rekod asal ini selalunya akan disalin semula oleh penulis-penulis diraja yang seterusnya dan mereka seterusnya akan menambah pelbagai perisa tambahan untuk memastikan rekod salinan baru tersebut lebih menyerlah (overshadow) daripada rekod-rekod asal tulisan penulis diraja yang sebelumnya.

13- Contoh-contoh yang kita boleh dapati seperti Hikayat Raja-Raja Pasai, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Misa Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Kelantan, Silsilah Kutai atau Hikayat Raja-Raja banjar dan Kota Ringin tidak mempunyai format sebuah dokumen yang merekodkan sejarah tetapi kesemua kitab-kitab melayu ini ditulis sebagai sebuah cerita yang mana didalamnya, walaupun mempunyai fakta-fakta mengenai susurgalur sejarah dinasti atau kerajaan yang direkodkan, turut mempunyai selitan pengaruh mitos-mitos serta unsur-unsur indoktrinasi.

14- Sebagai contoh susur galur raja-raja tertentu dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain ataupun mempunyai tulah dan kesaktian yang pelbagai. Ini adalah proses mengindoktrinasi rakyat agar mereka menghormati, mengkagumi serta mentaati pemerintah. Apabila penulis diraja bertukar ganti, sudah pasti rekod-rekod itu akan ditambahbaik dan ditambah-tambah.

15- Sebagai contoh: (kejadian asal) - Putera Mahkota mengahwini puteri dari Negara Jepun. (penulis diraja 1) Arakian bersatu akan ia Raja Muda dengan Puteri Negara Matahari. (Salinan Penulis diraja 2) Arakian bersatu akan ia Raja Putra Dewa dengan Puteri Naga dari Matahari yang turun ka-bumi dari kayangan. (Salinan Penulis diraja 3) Arakian bersatu jiwa akan ia Raja Putra Mahadewa dengan Puteri Sulong Raja Naga dari Matahari yang turon ka-bumi dari Kayangan dengan seribu dayang lima jong setiapnya. (Salinan Khoo Kay Kim) Tidak wujud, tiada bukti. Ubah buku teks sejarah.

16- Budaya menambah-nambah cerita bagi menunjukkan kehebatan ini adalah suatu perkata biasa didalam rekod-rekod sejarah kuno. Sepertimana Hikayat Hang Tuah yang menceritakan tentang kehebatan Hang Tuah lima bersaudara mengalahkan orang-orang mengamuk sewaktu usia muda adalah untuk menunjukkan kehebatan beliau. Perkara yang sama terdapat pada Hikayat Raja-Raja Pasai dengan Ibrahim Bapa digambarkan sebagai seorang yang berani apabila berjaya menghalau dua pahlawan dari India yang mencetus onar di pekan Pasai. Begitu juga dalam Hikayat Acheh dimana Iskandar Muda digambarkan telah mengalahkan seorang perajurit Portugis didalam pertandingan memacu kuda dan penggunaan senjata. Adakah Raja-Raja Pasai itu adalah mitos? Adakah Kesultanan Acheh itu mitos?

17- Antara format yang turut popular adalah sejarah yang diceritakan dalam bentuk Syair. Didalam Pantun Berkait ada merekodkan tentang serangan Raja Haji keatas Belanda yang menduduki Melaka pada kurun ke 18. Begitu juga syair-syair seperti Syair Perang Makasar yang merekodkan serangan orang putih keatas Mekasar pada tahun 1666, manakala Syair Perang Banjarmasin pula merekodkan sejarah perang yang berlaku di Borneo pada sekitar tahun 1858. Walaupun syair-syair yang disebut diatas memfokuskan kepada rekod-rekod perang, tetapi dalam pada masa yang sama juga ia turut merekodkan kejadian-kejadian lain yang disaksikan oleh penulis-penulis Diraja.

18- Memang sudah menjadi kebiasaan dan norma bagi orang-orang melayu klasik untuk menggubah sesuatu tak kira lagu, ukiran atau cerita hikayat dengan sulaman seni. Sebab itulah didalam mengekstrak sesuatu fakta atau klu dalam hikayat-hikayat melayu, seseorang itu bukan sahaja memerlukan pengetahuan asas tentang sejarah, malah perlu juga melengkapkan diri dengan kemahiran sastera yang tinggi.

19- Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa Hikayat Hang Tuah tersebut merupakan satu bukti yang cukup untuk membuktikan kewujudan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Mungkin tidak seperti yang digambarkan didalam Hikayat tersebut kerana sebagai penulis diraja, sudah pasti ada tokok tambahnya namun ianya tidak beerti Hang Tuah itu tidak wujud.

20- Sekiranya Hikayat Hang Tuah tersebut hanya sebuah cereka semata-mata, maka Tun Sri Lanang adalah seorang novelis yang cukup hebat kerana berjaya menerbitkan sebuah hikayat yang menggabungkan realiti dengan fantasi dengan cukup hebat dan teliti. Lebih hebat daripada Dan Brown.


25 comments:

  1. saya dapat dari sini.
    penjelasan yang sangat menarik dan rasional.

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2012/01/hang-tuah-hang-myth-hang-khalsa.html

    1. "Even Indonesians acknowledge his existence. (Is this an) effort to discredit Malay history?”

    My comments : Hang Tuah is not just a figure from Malacca but in Riau the legends of Hang Tuah are well known. There is a Jalan Hang Tuah in Pekan Baru in Riau. The Riau people call their country 'Riau - Tanah Melayu Lancang Kuning'. Here is a picture of the Masjid An Nur in Pekanbaru, Riau which is located at one Jalan Hang Tuah area (this is from Google but I have also been to Pekanbaru, Riau).

    2. 'questions about his ethnicity and origin..'

    My comment : The questions over Hang Tuah's ethnicity are more recent - post 1970, post NEP in Semenanjung Malaysia only. The five Malay warriors were Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Kasturi and Hang Lekir. And there is also mention of a Chinese woman Hang Li Po.

    The presence of the very Chinese Hang Li Po does seem to neutralise the comment which says that Hang Tuah and gang were Chinese. The advocates of the "Hang Tuah was Chinese" theory say that the name Hang Tuah was actually a Malacca Malay corruption of "Hung Too Ah" or something similar. And they say Hang Lekiu was Hung Lee Kiu. Well lets hang on to the 'hung' for a while ok.

    Then how do we explain "Li Po" from the "Hang Li Po" which is a perfectly Chinese name? How come Hang Li Po was not corrupted by the same Malacca Malays to "Hang Lipat" or something like that?

    And there is no way that Hang Kasthuri was a Chinese. Kasthuri was a 100% mamak name - saya punya gang. Dont believe me? Here is proof. There is a well known Kasthuri Palaykat Company in Jalan Masjid India. They have also been selling Kain Pelikat Cap Sauh in Jalan Masjid India since the 15th century I think.

    So no way Hang Kasthuri was a Chinese. Kasthuri was mamak. Hang Tuah was likley Malay or a mamak campur as well. Dont forget that Malay - Mamak mixing has been going on for a very long time on the Peninsula and Sumatera. Folks in places as remote as Sri Menanti should have their DNAs profiled as well :)

    There may not be records of Hang Li Po in China perhaps because she may have been not significant at all. The Chinese married off their girls to all sorts of people to establish friendship. Its no big deal. The Austrians did the same thing too. Remember Marie Antoinette? When the French lost their cool, she lost her head.

    According to Gavin Menzies who wrote the book "1421 - The Year China Discovered The World" Chinese records show the arrival of a ship from Malacca way before the 14th century with over 500 people on board !! It is not just the early date that seems surprising but a ship that could take 500 people aboard must have been one massive vessel. There were few tourists then. People who travelled were either traders or conquerors. This means there were already long established trade routes between the Malay Archipelago and China which even predates Hang Tuah.

    The Chinese also arrived in Sabah a long time ago. The Kinabatangan River takes its name from 'Chinese River' or 'Kina - batangan'. Chinese used to sail up the Kinabatangan to trade in birds nests. In short Hang Li Po was not the "discoverer" of Malacca for the Chinese.

    ReplyDelete
  2. Kenapalah kita nak percaya hujah dari kalangan mereka yang bukan sebangsa dengan kita. Anggaplah Profesor ni tak tau dan kita yang berbangsa Melayu ni teruskan menghayati sejarah perjuangan Hang Tuah, buat tahlil untuk beliau ker, cari susur galur beliau ker lagi baik.
    Errr...dewa-dewa cina tu wujud ker atau dari jenis spesis iblis, syaithan dan jin ifrit?

    ReplyDelete
  3. Hmm...

    En. Megat Alam Gempita,

    With all due respect, saya tak faham kenapa kita tak boleh percaya pada hujah dari kalangan mereka yang bukan sebangsa? Adakah sejarah orang Melayu hanya orang Melayu sahaja yang tahu? Kenapa perlu menganggap Prof ini tak tahu apa apa hanya kerana dia orang Cina?

    Dan kenapa pula awak memberi komen sedemikian rupa tentang dewa-dewa cina? Awak ada buat kajian ke? Atau sengaja mahu menghina? Bukan kah lebih baik membuat kajian terlebih dahulu sebelum memberi komen yang hanya akan menggambarkan betapa racist-nya orang Melayu.

    Prof. Khoo hanya mengeluarkan pendapat berdasarkan research yang beliau telah buat. Tidak salah untuk awak menyangkal research tersebut, tapi biarlah ada fakta yang boleh menyokong sangkalan awak. Bukan hanya cakap kosong.

    Again, with all due respect En. Megat Alam Gempita, I think you should learn to be speak with more grace and humility.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *to speak with more grace and humility.

      Delete
    2. jadi anda pun percaya ke dgn kata2 profesor kang-kung ni?? mengapa hujah dia sering mengatakan (tiada rekod dr catatan maharaja china?) fikirkanlah....
      jgn kerana tarafnya frofesor, anda mempercayainya bulat2?? kalau hang tuah xwujud, bermakna kesultanan melayu melaka pun xwujud??? fikirkanlah/.....renung, penjajahan secara halus bangsat2 ini!!!
      maaf jika terkasar bahasa...tetapi tunjuk barang dgn kaki tidak sekali!!!

      Delete
    3. Adakah anda melayu ? HOPE? nampak gaya seolah2 berasa curiga dgn bangsa sendiri? itupun kalau anda berbangsa MELAYU la...??

      Adakah sejarah EROPAH ditulis oleh org cina? arab? negro? dan sebagainya?? adakah org eropah akan mempercayai kata2 seorg cina yg mendakwa VIKING itu hanya mitos??sbg contoh,....sudah tentunya TIDAK!!!
      Sejarah sebenar sesuatu bangsa itu MESTILAH di catat oleh bangsa itu sendiri!!! buat apa bangsa lain nk mencatat keagungan bangsa lain?

      berhati2lah....inilah penjajahan era baru.....penipuan sejarah, agar org melayu menjadi lemah!!!!

      fikirkanlah....jika anda ini org MELAYU wahai HOPE!!!

      Delete
  4. Wow. Maharaja pinang. Tak sangka betul ye orang orang melayu zaman sekarang ni sungguh tiada adab. Nama sahaja Melayu yang sopan santun, beradaban mulia, lemah lembut, berbudi bahasa, tapi awak dan en megat alam gempita dekat atas tu tiada langsung ciri-ciri orang Melayu.

    Saya tak pernah cakap pun yang saya percaya Profesor Khoo KK. Saya hanya mengatakan yang dia membuat research pasal bangsa Melayu, sebab itu dia boleh bercakap dan memberi pendapat, even menulis buku. Kalau kita nak bercakap pasal bangsa lain, contohnya, mengatakan dewa dewa cina itu adalah dari kalangan jin dan syaitan, buatlah kajian terlebih dahulu. Bukannya pakai cakap sedap mulut sahaja hanya untuk menghina orang lain.

    Kalau awak ni benar orang melayu wahai Maharaja Pinang, at least berlagaklah macam orang melayu. Cakap biarlah berlapik, bersopan santun, berbudi bahasa, bukan cakap macam mat rempit yang tak berpelajaran. Tak cukup kah orang dekat luar sana yang mengatakan bangsa Melayu ni bodoh dan tak pandai. Takkan awak nak mengiakan semua tohmahan orang-orang yang mengata bangsa Melayu dengan perangai awak yang tak beradab ni.

    Tak perlu guna HURUF BESAR untuk proof a point. Kalau argument kita bernas, ada substance, ada weight, ada intellectualism, kita tak perlu nak guna CAPITAL LETTERS dan tanda seruan !!! yang banyak untuk mengatakan yang kita ni betul. Itupun kalau awak boleh faham la apa yang saya maksudkan tentang substance, weight dan intellectualism kan.

    Saya cadangkan awak belajar dulu cara bercakap orang orang Melayu yang lembut dan berbahasa sebelum membuka mulut mengatakan semua bangsa lain tak betul.

    ReplyDelete
  5. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    ReplyDelete
  6. munkin ini boleh membantu:

    http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6Sri2011Chaiya.html

    srivijaya dr kajian prof jepun yg kelihatan lebih jujur:
    Śrīvijaya―towards Chaiya     
    Renewed 05 Jan 2011
    Takashi Suzuki

    ReplyDelete
  7. sejarah bukan sekadar menterjemahkan apa yang telah berlaku, tetapi juga merupakan penterjemahan kepada apa yang akan berlaku.
    sebagai orang islam kita sedar yang isi bumi ini ada takdirnya yang menanti.darimana kita dapat tahu?semestinya dari catatan dan penceritaan.cataan dan penceritaan adalah sumber sejarah.
    "tak malayu hilang di dunia"
    bermula dari teori hangtuah dan sahabat adalah berketurunan cina,kita sedar ada tangan yang cuba putar belitkan sejarah malayu.dan sekarang Hang Tuah tak wujud.dan ada pula buku yang menekankan pedagang cina lah yang banyak berjasa menaikkan ekonomi di tanah malayu suatu ketikan dulu. taktik ini dah digunapaki oleh inggeris untuk membenarkan hak mereka keatas semenanjung tanah malayu"malayu itu bangsa pemalas dan tak mampu mencipta walaupun sebatang jarum dan kehadiran mereka lah yang membuatkan bangsa malayu bertamadun" dan sekarang orang melayu diiktiraf pula sebagi bangsa yang amat pakar dalam bidang pelayaran dengan merintis ciptaan kapal pelayaran yang hebat.
    negeri malayu dulunya amat luas tetapi sekarang hanya tinggal semenanjung dan sabah sarawak dan anehnya kesemua 9 ( tak termasuk sultan brunei)sultan/raja2 malayu berkampung di semenanjung tanah malayu. bukankah itu sesuatu yang aneh? kenapa raja2 malayu berkampung mempertahankan semenanjung? sesuatu rahsia besar ada di semenanjung.pertahankanlah tanah2 yang masih kita warisi.

    ReplyDelete
  8. hanya melayu tipikal tahu apa itu melayu..melayu bukan semestinya melayu pada kata2nya...tapi hatinya..aku percaya hg tuah itu wujud..melayu tetap melayu..

    ReplyDelete
  9. Takkan melayu hilang di dunia.saya percaya hang tuah wujud.

    ReplyDelete
  10. jika mengikut buku dan manuskrip yang dibaca oleh sarjana melayu di Belanda, memang ada bukti Hang Tuah tu wujud.Tiada bukti di China mungkin disebabkan manuskrip di dinasti tersebut dimusnahkan oleh dinasti lain ataupun sudah diberi pada orang-orang lain...

    ReplyDelete
  11. salam sumer,

    tuan ounyer blog telah menjelaskan dgn jelas pd point ke 15.

    perlukah kita nak melayan org yg dengki dgn kita ? ( Prof???? )

    perlukah kita nak melayan org yg pusing-pusing citer? ( hope???? )

    kredit to tuan punyer blog...

    :)

    ReplyDelete
  12. hope = no hope (buang karan)

    kredit to tuan punya blog..tq..

    ReplyDelete
  13. kami percayakan ayat takkan melayu hilang di dunia

    dari
    Generasi muda baru

    ReplyDelete
  14. who are you professor to say about our history?

    ReplyDelete
  15. buat lah selidikan bahwa di china ketika itu dalam pemerintahan islam dgn kedatangan sahabat muahammad. kalau tidak bagaimana kapitan chen ho mendapat hidayah, tentu dah dipancung pemerintah berhala.hubungkait malaker-thongsan mungkin adanya islam ketika itu.Hang Tuah wujud tidak seadanya, tapi sejarah berulang. nantikan bila carnation

    ReplyDelete
  16. Adakah tiada catatan di negara lain cukup utk membuktikan Hang Tuah tidak wujud. Skrg pon kita nampak setiap bangsa mengagungkan bangsa sendiri. Mengapa perlu mereka menulis ttg kehebatan bangsa lain. Sejarah ditulis oleh pemenang dan tak perlu benar. Setiap tamadun semestinya akan menulis kehebatan bangsa sendiri drpd realitinya. Mungkin ketiadaan Hang Tuah dlm catatan negara lain adalah beliau sgt hebat zaman itu. Semestinya pencatit sejarah zaman itu lebih mengampu atau sayangkan nyawa sendiri. Sbg cth sebilangan besar cendikawan zaman Maharaja Shih Huang ti dibunuh krn menulis ttg kezaliman beliau. Pencatit sejarah zaman beliau hanya menulis ttg kegagahan beliau shj. Hanya generasi selepas beliau shj yg mula menulis keadaan sebenar. Jd mengapa perlu mereka menulis berkenaan Hang Tuah suatu watak kecil yg bertugas menghantar ufti. adakah kita sendiri akan menulis nama setiap posmen yg dtg menghantar surat kerumah kita. Fikir2 kan wahai Prof yg 'bijak bistari'...

    ReplyDelete
  17. ada tangan asing yg cuba memadam kehebatan Melayu(bangsa Jawi)...tak perlu pergi jauh,adakah org barat setuju dgn kenyataan bahawa org Melayu lah yg pertama mengelilingi dunia..? sudah tentu tidak...jadi disini mereka ingin memperlihatkan bahwa Melayu itu sendiri adalah dongeng atau satu bangsa yg tidak perlu diberi perhatian sebagai 1 bangsa yg masyhur..ini adalah kerana mereka mahu kita dilihat sebagai 1 bangsa yg kecil sedangkan Melayu(bangsa Jawi) merangkumi/menguasai Asia Tenggara(Nusantara)bahkan bahasa Melayu itu sendiri pada suatu masa dahulu adalah bahasa terpenting di dunia...segala plot dlm rancangan ini dikaji secara halus oleh org barat terutamanya bangsa Yahudi..kerapuhan @ kelemahan bangsa Melayu bermakna kelemahan kepada Islam yg mana Islam itu akan bangkit dan didaulatkan semula oleh Bangsa Jawi(Melayu) seluruh nusantara...semua adalah kerana MELAYU ITU ISLAM & ISLAM ADALAH KEKUATAN SERTA PERSAUDARAAN MELAYU ITU SENDIRI...

    ReplyDelete
  18. Terbaca di dalam rencana bahawa hang Tuah itu wujud, dan telah meninggal dan dikebumikan di Melaka. Akan tetapi makamnya yang sangat indah itu telah dirobohkan sehingga tidak meninggalkan kesan langsung. Ini bertujuan untuk mengelak daripada diambil oleh pihak Portugis untuk dijadikan bahan binaan Kota Farmosa. Seperti yang dilakukan keatas istana Melaka.

    ReplyDelete
  19. so bukti hang tuah wujud spt wujudnya daeng perani...raja cola,parameswara ada ke tak?

    ReplyDelete
  20. Kenapa nak percaya dengan penipu dari kaum bukan melayu. Dia tu saja nak kaburkan org melayu supaya bodoh sejarah sendiri. Sekarang dah akhir zaman fitnah tu dtg2 berkeliaran ke mana2 saja dengan mudah.

    ReplyDelete