29 December 2011

Jepun Dan Susur Galur Kemelayuannya.

1- Saya seringkali tertarik dengan Jepun. Disebalik gaya hidup yang rigid dan terlalu teratur hasil daripada corak pemerintahan yang diterapkan keatas penduduknya pada era imperial keshogunan Tokugawa dan kemilitarian pemerintahan Meiji selepasnya, tersimpan daya kreativiti yang cukup hebat. Namun setiap kali saya membuat pembacaan mengenai asal usul penduduk Jepun, bukan seorang dua para sarjana yang mengaitkan susur galur Jepun dengan Melayu. Malah ada yang menegaskan bahawa bangsa Jepun ini adalah "offshot of the Malay race". Serpihan daripada bangsa Melayu. Ini bukan kata-kata saya, tapi kata-kata dari mereka yang membuat kajian. Saya hanya menyalinnya.

"The eyes will see what it wanted to see"

2- Orang-orang berkata mata akan melihat apa yang minda ingin lihat. Jika kita ingin mengaitkan Melayu dengan seribu satu perkara di dalam dunia pasti kita akan jumpa kerana itu lah yang kita ingin lihat. Namun saya pada asalnya tidak pun mencari pertalian itu. Hanya sekadar pembacaan umum kerana apabila saya meminati sesuatu perkara, saya pasti ingin tahu sehingga ke akar umbinya. Anda boleh tanya saya tentang sejarah dan susur galur muzik heavy metal, setakat minat dan tahap pembacaan saya pada hari ini, rasanya saya boleh menulis sebuah buku mengenainya. Haha.

3- Pokok pangkalnya, bukan seorang dua Sarjana yang mengaitkan Jepun dan Melayu dan bukan seorang dua para sarjana dalam bidang ethnology (satu cabang daripada bidang anthropology/kajian bangsa yang menjurus kepada analisis dan kajian perbandingan bangsa) yang mengatakan bahawa bangsa jepun adalah amalgamasi diantara beberapa bangsa termasuk Melayu. Ingat, ini bukan pendapat saya tetapi para sarjana.

4- Namun kita usah terlalu cepat mentafsir bahawa orang-orang jepun itu adalah cucu cicit orang-orang Melayu yang mendiami kepulauan Filipina, belayar ke kepulauan Jepun dan berasimilasi dengan rakyat tempatan disana. Ini adalah kerana sehingga ke hari ini para sarjana didalam kajian bangsa tidak menemui kata putus didalam menentukan asal usul orang-orang jepun. Namun teori yang mengatakan bahawa orang-orang Jepun itu mempunyai genetik nusantara sememangnya wujud. Seperti juga entri yang lepas, disini saya bukanlah mahu membuktikan kebenaran teori itu tetapi sekadar ingin berkongsi fakta bahawa teori itu wujud. Tiada angin pokok tidak akan bergoyang.

5- William Elliot Griffis didalam bukunya yang bertajuk The Japanese Nation in Evolution - Steps in the Progress of a Great People yang diterbitkan pada tahun 1907 mempunyai satu bab khusus yang membincangkan elemen-elemen kemelayuan di Jepun (The Malay Elements in Japan). Sebelum saya meneruskan pembedahan topik tersebut, ada beberapa perkara yang perlu saya terangkan.

6- Penduduk asal Jepun telah dikenal pasti sebagai orang-orang Ainu. Adalah dipercayai bahawa orang-orang Ainu inilah yang mula bertransaksi dan berinteraksi dengan pelayar-pelayar melayu (dari kepulauan Filipina) pada zaman Klasik. Sama seperti yang berlaku kepada populasi di Pulau Madagascar, pelayar-pelayar melayu ini menetap dan berasimilasi dengan penduduk tempatan dan membawa bersama mereka peradaban melayu yang kemudianya diadaptasi dan diubah suai oleh orang-orang Ainu di Jepun. memetik hasil tulisan Frederick Hadland Davis didalam prakata (foreword) untuk bukunya yang bertajuk Myths and Legends of Japan yang diterbitkan pada tahun 1992:

The first inhabitants of Japan were probably the Ainu, an Aryan people who possibly came from North Eastern Asia at a time when the distance separating the islands from the main land were not so great as it is today. The Ainu was followed by two distinct Mongol invasions and these invaders had no difficulty in subduing their predecessors; but in course of time the Mongols were driven northward by Malays of the Philippines.  By the year a.d 500, the Ainu, the Mongols and the Malay elements in the population had become one nation by much the same process as took place in England after the Norman conquest.
7- Orang pertama yang mendiami Jepun kemungkinan adalah orang-orang Ainu, bangsa Aryan yang mungkin datang daripada bahagian utara Asia apabila jarak yang memisahkan pulau Jepun dan tanah besar masih tidak begitu jauh. Ini diikuti dengan dua penaklukan oleh orang-orang Mongol yang mana selepas itu dihambat kebahagian utara oleh orang-orang Melayu Filipina. Masa yang bersilih, akhirnya elemen-elemen Ainu, Mongol dan Melayu yang terdapat di Jepun berubah menjadi satu bangsa sebagaimana yang terjadi kepada England selepas penaklukan orang-orang Norman.

8- Didalam bukunya The Full Recognition of Japan, Robert P Porter telah menyebut tentang amalgamasi tiga elemen yang membina karakter orang-orang jepun sebagai daripada orang-orang peribumi jepun, Ainu dari segi ketahanan dan semangat tidak mahu menyerah, daripada orang-orang Mongol dari segi kebijkasanaan dan strategi serta dari orang-orang melayu dari segi kehalusan dan kemampuan untuk menyesuaikan diri yang juga sifat normal bagi pelaut-pelaut. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh seorang paderi Kristian yang bernama Rev. Walter Weston didalam rencananya yang bertajuk Japan - The Island, Empire and Its Cultured People.

To the national characteristics, it maybe inferred that the Ainu contributed the power of resistence, the Mongol the intellectual qualities and the Malay that handiness and adaptability which are the heritage of sailormen.

9- Selepas daripada penyantuman/penaklukan Jepun keatas Korea pada tahun 1910, Tsuboi Shogoro, seorang ahli anthropologi telah menulis sebuah rencana mengenai bangsa jepun telah dipetik seperti berkata bahawa bangsa Ainu dan Melayu telah lama disatu dan diasimilasikan kedalam Empayar, dengan kemasukan Korea, ketiga-tiga bangsa ini disatukan dibawah satu payung yang besar (melting pot).

As the Ainu and Malay had long since been intergrated in the empire, he welcome the fact that the Koreans had now been incorporated, saying that all three groups had been put into a large couldroun.

10- Baiklah. Kembali kita kepada kajian William Elliot Griffis tadi. Ramai yang berpendapat bahawa orang-orang Jepun berasal daripada China dan Korea (Tanah Besar). Namun Griffis telah membuat perbandingan budaya diantara China/Korea dengan budaya orang Ainu serta budaya Melayu. Ada perbandingan yang membuatkan saya sendiri melurut janggut. Saya tidak akan melampirkan kesemua perbandingan yang dibuat tetapi hanya akan memilih diantara yang paling menarik pada hemat saya.

11- Perbandingan pertama yang dibuat oleh Griffis adalah rumah. Beliau dipetik sebagai berkata seperti berikut:

The Japanese dwelling house never had its origin in China. In its evolution, it is a Malay structure modified by Ainu inheritances and the material example found in the soil. It is not earth floored as in India or brick or stone bottomed as among the Chinese and Koreans. it is built on posts and the floor, raised above the ground, are mat covered.
12- Rumah-rumah yang dibina tidak mempunya asal usul dari China tetapi merupaka struktur kemelayuan yang diubah suai. Ianya bukan berlantaikan tanah sebagaimana di India atau batu bata sepertimana popular dikalangan orang-orang China dan Korea. Ianya dibina diatas tiang dengan lantai yang tinggi serta beralaskan tikar. Ini boleh dikaitkan dengan budaya orang-orang jepun pada hari ini yang dikenali lebih suka duduk diatas lantai berbanding kerusi. Griffis seterusnya berkata:

The Ancient sword customs in japan seem but replicas of Malay originals. The worship of the sword, which was often deified and especially the laying up of the sword in a renowned shrine is a well known Malay custom.

13- Menurut Griffis, salah satu daripada budaya orang-orang Jepun kuno yang turut dikenali sehingga ke hari ini adalah pemujaan pedang. Adalah satu kebiasan untuk kita lihat dikaca television pedang-pedang katana diletakkan satu satu tempat khusus. Ini adalah satu kebiasaan pada masyarakat melayu lama. Budaya mengasap keris memang telah tertanam dikalangan melayu klasik. Sebagaimana orang-orang melayu menganggap keris sebagai senjata sakti yang mempunya keistimewaannya sendiri, orang-orang jepun juga menganggap pedang-pedang mereka begitu.

14- Membuatkan saya terfikir tentang kehebatan orang-orang melayu didalam teknologi mencampur pelbagai jenis besi untuk membuat keris. Di Jepun budaya mencampur besi bagi mendapatkan mata pedang yang terbaik bukanlah sesuatu yang aneh. Bukan sekadar itu, Griffis juga membuat kajian-kajian tentang cerita-cerita rakyat kuno (ancient folklores) di Jepun (kisahnya terlalu panjang dan membosankan untuk saya catit semula disini) yang turut dibandingkan dengan dongeng dongeng laut melayu teutamanya kisah kisah tentang laut dan naga yang turut dikaitkan dengan China. Tetapi Griffis tidak membuat sebarang kesimpulan mengenai persamaan persamaan kisah-kisah laut ini tetapi hanya meletak satu persoalan:
There are those who see in this oceanic myth a Malay and others a Chinese origin. Who shall decide?

15- Pada pendapat saya, sebagai satu bangsa yang terkenal sebagai pelayar-pelayar mahir, kisah-kisah naga dan lautan ini lebih dekat dengan bangsa Melayu berbanding dengan China. China, walau dikenali mempunyai empayar-empayar yang menakjubkan, mereka tidak dikenali sebagai pelaut-pelaut yang hebat. Gelaran vikings of the orient tidak diberikan kepada China tetapi kepada orang-orang dari Nusantara. Fikirkan kenapa.

16- Sejujurnya, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya pelayar-pelayar melayu telah sampai ke Jepun yang lebih senang diharungi berikutan dengan jalan laut yang seringkali digunakan oleh pedagang-pedagang yang hendak ke China. Sedangkan Laut India yang jauh lebih luas pun dapat direntasi untuk sampai ke Madagascar. Walau bagaimana pun, teori kemelayuan di Jepun ini masih lagi hangat diperdebatkan oleh para sarjana. Saya memilih untuk menulis topik ini bukan untuk membuktikan kebenaran sesuatu teori tetapi sekadar berkongsi bahawa teori itu wujud dan agak popular bukan dikalangan sarjana barat malah dikalangan sarjana Jepun sendiri. Namun, jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang.

17- Menarik bukan?

31 comments:

  1. Yup,menarik Benign.

    Terima kasih atas artikel ini.Teringat pula masa dulu buat assignment pasal asal-usul Jepun.Yup,pernah dengar pasal Yayoi dan Jomon?Sarjana sana mengaitkan kedua-dua era ini dengan Proto-Malays berdasarkan bukti-bukti arkeologi.

    Menarik kan?


    ~The Naga King's Daughter

    ReplyDelete
  2. Yup. Yayoi dan Jomon kalau tak silap adalah komposisi rakyat jepun zaman kuno. Terima kasih kerana melawat.

    ReplyDelete
  3. masyarakat jepun sangat dipengaruhi peranan Semangat / Dewa di sesuatu kawasan atau kehidupan mereka sama seperti budaya melayu yang mempercayai kewujudan Jin / Semangat tertentu.

    ReplyDelete
  4. org jepun sopan santun, duduk bersila, tidur atas tilam di lantai, sisip pedang kat pinggang mcm keris, n bnyk lagi cm org melayu.

    eh, piramid dasar laut kat jepun yg kita boleh tengok dalam gambar2 tu pun ada kaitan dngn tamadun bangsa melayu kan?

    hmm.. tapi xtawla, org melayu zaman dulu menepati masa x mcm org jepun skrg ni.. hehe

    ReplyDelete
  5. mmg banyak persamaan, dgr cerita ada juga org jepun yg berkulit gelap. mungkin dtg dari DNA melayu?

    setiap kali keluar artikel baru, sy begitu tak sabar nk baca next artikel dr En. Benign.

    Selamat Tahun baru 2012! Semoga tahun ini lebih berjaya merungkai persoalan2 berkaitan Melayu zaman silam. All the best! :)

    ReplyDelete
  6. Mohon share maklumat. Saya memang amat berminat dengan sejarah jepun. Tak sangka ada hubung kait antara melayu dan jepun.

    ReplyDelete
  7. Mungkin Dasar Pandang Ke Timur oleh Tun Mahathir ada rahsia tersembunyi. Sesungguhnya kerajaan Malaysia lebih arif ttg susur galur orang Melayu.

    ReplyDelete
  8. kerajaan malaysia?

    orang melayu bukan hanya orang malaysia wahai Anonymous.

    ReplyDelete
  9. Tak hilang bisa ular kalau menyusur akar,
    inilah bukti kehebatan/keistimeaan darah malayu akan diwarisi walaupun hanya tersesat sedikit gen malayu di dalam sesuatu bangsa.
    orang malayu sangat handal dalam pelbagai bidang jadi kehadiran mereka waktu itu amat dikagumi dan menjadi ikutan.sepertimana sekarang penyebaran berleluasa budaya barat disini bukan bermakna kita berasal dari barat.dan aku sangat kuat mempercayai bangsa malayu adalah pemilik pulau2 kerana mereka memiliki empayar maritim yang sangat mengkagumkan dan sangat berkuasa.

    ReplyDelete
  10. Org Melayu selain punya genetik O,mereka mempunyai genetik D iaitu sama dgn genetik puak Ainu

    ReplyDelete
  11. Saya amat tertarik dengan adab dan perlakuan orang Jepun. Patut la selama ni naluri saya mengatakan yang bangsa Melayu dan bangsa Jepun mempunyai kaitan kerana setengah-setengah perlakuan agak sama seperti yang dikatakan oleh
    En Haziq Ismail.

    Cuma sayangnya bangsa Melayu tidak menunjukkan rasa hormat kepada bangsa sendiri seperti bangsa Jepun. Sebagai contohnya cuba tengok cara orang Jepun menyambut dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atau tetamu. Orang Melayu ikut mood, mood baik manis muka, mood tak baik masam mencuka, cakap terima kasih pun tidak.

    Menarik sungguh artikel ini. Syabas! Teruskan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa orang melayu zaman dahulukala juga menghormati orang lain

      Delete
  12. Assalamualaikum dan salam sejahtera, mungkin apa yang saya nak katakan ini ada sedikit menyimpang, ampun saya pinta.

    Jikalau kita menonton Anime daripada Jepun, kebanyakannya berkisar individu yang mempunyai kebolehan luar biasa yang berkait dengan pembรฉlaan makhluk yang diwarisi (saka) maupun yang dipilih. Contoh - Shaman King

    Tak kurang juga, cerita-cerita berbentuk pengembaraan mistik yang mana mirip kepada memaparkan kehidupan orang bunian. Contoh - Fairy Tail, Bleach (juga pemujaan pedang yang berkhadam)

    Adakah budaya mempercayai yang mistikal seperti hantu raya, toyol, khadam dan yang lain-lain yang sama waktu dengannya itu adalah satu kaitan budaya antara orang Jepun dengan Melayu?

    ReplyDelete
  13. Satu lagi cerita rekaan semata2. Bagaimana Jepun itu boleh berasal dari Melayu sedangkan Jepun itu bijaksana manakala melayu itu bodoh palui? Kalau betul teory Jepun berasal dari serpihan melayu makan pastinya melayu itu lebih bijaksana dari Jepun. Ini karut dan bodoh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin awak ni yg bodoh kut. slalunya org yg mengata org lain bodoh ni adalah sebenar-benar pembodoh yg nyata. sebab? hatinya sudah dibutakan oleh keegoan utk mendengar kebenaran. pity you babe.

      Delete
    2. saya pn tak pandai sejarah juga.tapi saya mesti nak tahu asal usul kita.awak jangan tunjuk sangat kebodohan awak tu.melayu yang dimaksudkan adalah melayu zaman klasik.terutamanya melayu asia tenggara yang melibatkan kepulauan filipina yang juga dari sejarah merupakan pelaut terhebat.jadi tak mustahil la.kecuali la melayu sekarang yang suka membodoh2 kan diri sendiri ikut budaya barat.next time baca,fikit and kaji jugak walaupun tak pandai.

      Delete
    3. saya pn tak pandai sejarah juga.tapi saya mesti nak tahu asal usul kita.awak jangan tunjuk sangat kebodohan awak tu.melayu yang dimaksudkan adalah melayu zaman klasik.terutamanya melayu asia tenggara yang melibatkan kepulauan filipina yang juga dari sejarah merupakan pelaut terhebat.jadi tak mustahil la.kecuali la melayu sekarang yang suka membodoh2 kan diri sendiri ikut budaya barat.next time baca,fikit and kaji jugak walaupun tak pandai.

      Delete
    4. Orang jepun pun bodoh juga terutama dalam bahasa English berbanding orang melayu yg begitu influence English. Berapa ramai anak melayu yg mencipta nama diluar negara siap jadi prof lagi kat university Amerika. Bangsa melayu tak bodoh cuma pemimpin kita je yg Bodoh takdak matlamat nak majukan negara, tahu mencukai rakyat je. Jepun maju pun sebab dapat maharaja yg cerdik pada zaman Meiji kalau tak jepun tak banyak beza dengan negara Asia yg lain.

      Delete
  14. Tolong lar, jangan memperbodohkan diri sendiri. Reference buku takde setakat post benda macam nie, boleh percaye ke?

    ReplyDelete
  15. Tolong lar, jangan memperbodohkan diri sendiri. Reference buku ada je saya sebut dalam rencana tu. Tak baca ke bang? Ke main hentam kromo je?

    Tak suruh percaya pun. Nak percaya atau tidak terpulang, itu kajian orientalis. Buku buku yang saya rujuk (yang mana semuanya saya sebut judul, boleh pergi cari sendiri kalau rajin). Kalau betul pun tak untung apa, kalau tak betul pun tak rugi apa.

    Yang rugi adalah orang-orang yang MALAS membaca macam sedara. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penulis ni siap bagi nama penulis dan pengkaji lagi..orang suka hentam orang ni memang buta hati..baca betul2 la.

      Delete
    2. penulis ni siap bagi nama penulis dan pengkaji lagi..orang suka hentam orang ni memang buta hati..baca betul2 la.

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. myanmar and timur leste x nak cakap asal org melayu jg ke...

    ReplyDelete
  18. hmm bukannya Melayu ikut standard sekarang tapi lebih kepada Proto Malay, maka aku kurang hairan sikit dan juga skeptikal.

    Tapi yang menarik minat aku bila point ke-4 & seterusnya, pelayar2 Melayu dari kepulauan Filipina (hah itu boleh menghampiri Melayu zaman moden sekarang) berdagang dan berasimilasi dengan penduduk2 asal di Jepun. Lepas itu ditambah lagi dengan kehalusan (budi bahasa, sopan santun, adab), semenangnya ini kebiasaan orang Melayu.

    Tak terfikir pula seni bina rumah dan pemujaan pedang tu boleh timbul persamaan dengan budaya melayu dan jepun.

    Hal ke-14, aku ada kenalan yg buat PhD tentang keris, mungkin dia jelas dengan hal ini, tapi taktau la kalau dia mahir dengan hal2 pembuatan pedang di Jepun. Yang aku pasti, tukang besi di Jepun lakukan inovasi pembuatan pedang. Antaranya folding (lipat), quenching (teknik rendam dalam air dgn segera), dan gabungan besi keluli keras dan lembut. Inovasi ini berlaku kerana besi disana bermutu rendah. Pembuatan keris pun ada lipatan juga, tapi tak pasti bab quenching tu ada penekanan penting ke tak. Tapi mencampurkan logam2 lain selain besi pada keris tu mmg terbukti ada.


    Apa2pun, tahniah Encik Benign kerana berjaya mengubah keraguan saya untuk mempercayai atau sekurang2nya pertimbangkan teori yang telah diutarakan. Pujian harus diberikan kepada saudara yang memetik tulisan buku2 sarjana untuk menguatkan penulisan saudara. Kiranya saya anggap Encik Benign adalah lulusan Master atau PhD. Ataupun seseorang yang memahami semangat/kepentingan bersanad dan matan.

    Oh ya, bagaimana saya tiba di blog ini adalah melalui artikel ini : http://www.thevocket.com/batalkan-belian-layanan-jepun/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan
      quenching = teknik penyejukan segera, dengan selalunya rendam dalam air selepas besi yang panas telah ditempa

      Delete
  19. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete