1- Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya memohon maaf kerana rencana ini sedikit pendek namun saya rasa ianya adalah suatu yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Jika anda merupakan pembaca setia Mistisfiles, tentu masih segar didalam minda tentang satu misteri yang cuba dirungkai oleh penulisnya didalam salah satu rencananya yang terakhir sebelum blog tersebut ditutup buat sementara. Misteri tersebut adalah berkenaan dengan piramid dan susur galur para pembinanya.
2- Walaupun gaya penyampaian rencana tersebut agak sedikit kenovelan ala ala pengembaraan Dr.Robert Langdon didalam siri-siri novel karya Dan Brown pada pendapat saya, namun tidak boleh tidak, rencana tersebut juga sedikit sebanyak membuka mata saya dan membuatkan saya tertanya-tanya, apakah benar asal usul idea disebalik pembinaan piramid-piramid yang kita boleh lihat masih kukuh dan utuh di negara-negara seperti Mesir, Mexico, ataupun Peru pada hari ini berasal daripada Nusantara? Apakah benar teknologi piramid berasal daripada Nusantara? Sejauh mana teori-teori ini boleh dibuktikan?
3- Saya bukanlah seseorang yang terus mempercayai apa yang saya baca tanpa usul periksa. Saya perlu mendapatkan kesahihan. Malah profesyen saya hari ini juga telah melatih saya untuk menganalisa sesuatu pernyataan yang dikeluarkan sebagai fakta sehingga ianya benar-benar suatu fakta yang sahih. Saya juga berharap agar para pembaca SusorGalor juga sedemikian. Tidak terlalu menerima sesuatu secara membuta tuli tanpa membuat sebarang ulangkaji dengan lebih lanjut.
4- Misi saya didalam membongkar misteri Piramid dan kaitannya dengan Nusantara kali ini bukanlah untuk membuktikan kebenaranya. Tetapi sekadar untuk mengesahkan kewujudan teori dan hipothesisnya. Dan benar, walaupun ianya bukan satu hipothesis yang popular dan arus perdana (mainstream), tetapi ternyata hipothesis Piramid mempunyai kaitan dengan Nusantara sememangnya wujud dan ianya telah direkodkan didalam bentuk sebuah buku yang bertajuk Voyages of the Pyramid Builders - The True Origins of the Pyramids from Lost Egypt to Ancient America oleh Dr. Robert M. Schoch.
5- Terlebih dahulu, siapakah Dr. Robert M. Schoch? Dr. Schoch merupakan seorang Associate Professor di dalam bidang Sains Semulajadi (Natural Science) di Universiti Boston. Dikenali sebagai salah seorang yang pakar didalam bidang kajian Piramid, beliau terkenal dengan teori bahawa usia Piramid Sphinx di Giza, Mesir adalah sebenarnya jauh lebih tua daripada yang diketahui oleh arus perdana dan mempercayai bahawa pembinaanya dimulakan oleh satu tamadun yang jauh lebih lama daripada Mesir Purba (didalam bukunya yang bertajuk Voices of the Rocks).
6- Beliau juga telah mengkaji tentang monumen Yonaguni (struktur berupa piramid yang terletak didalam perairan Jepun) dan berpendapat bahawa monumen tersebut bukanlah buatan manusia tetapi diubahsuai oleh manusia untuk kepentingan mereka.
7- Didalam bukunya Voyages of the Pyramid Builders, Dr. Schoch mengkaji fungsi piramid dan meneliti persoalan yang telah sekian lama memeningkan kepala dan pemikiran sarjana-sarjana kajian sejarah dan budaya; adakah piramid-piramid yang ditemui diseluruh dunia ini mempunyai kaitan diantara satu sama lain? Sekiranya ada, apakah kaitan tersebut? Apakah kaitan-kaitan ini pada akhirnya akan melorong kepada satu sumber?
8- Dr. Schoch berpendapat bahawa pembina-pembina piramid yang bertebaran ke seluruh dunia dan membawa bersama mereka teknologi dan idealism disebalik pembinaan piramid ini berasal daripada sebuah benua yang tenggelam. Hipothesis ini mungkin sedikit bermain dengan teori Atlantis namun, Schoch lebih realistik dengan mengaitkan benua yang dimaksudkan tersebut sebagai merujuk kepada Sundaland ataupun Pentas Sunda.
9- Pentas Sunda adalah Nusantara pada hari ini, merangkumi semenanjung Malaysia, kepulauan Indonesia, Kepulauan Filipina, Borneo dan sebahagian besar Australia yang mana kesemuanya tercantum sebelum berakhirnya Zaman Ais (Ice Age) yang telah menyebabkan paras air laut meningkat dan menenggelamnya sebahagian besar daripada Pentas Sunda. Para pengkaji berpendapat bahawa Pentas Sunda telahpun didiami manusia dalam rangka usia 50,000 tahun dan bahasa Austronesia dipercayai berasal daripada pentas ini.
10- Schoch berpendapat bahawa Sundaland bukan sahaja bertanggung jawab menyebarkan teknologi pembinaan Piramid serta idealisme disebalik pembinaanya malah turut bertanggungjawab terhadap punca asal bermulanya mitos bencana besar dunia (catastrophe) seperti banjir besar, ikon-ikon popular seperti Tree of Life beserta burung and naga termasuk ciri-ciri utama didalam ehwal pertanian, industri besi, sistem beraja dan hirarki/kasta sosial.
11- Menurut Schoch, ini bukan bermaksud para pembina-pembina piramid ini terdiri daripada orang-orang Sundaland yang terpaksa berhijrah keseluruh dunia. Piramid-piramid ini masih lagi dibina oleh warga kerja tempatan tetapi menerusi idea, inspirasi dan persepsi daripada pengaruh-pengaruh yang dibawa oleh para imigran (baca: Orang-Orang Sunda) ini. Schoch dipetik sebagai berkata:
So who built the pyramids of the New World? The cultural evidence shows that it was the New World peoples working with ideas and techniques they adapted from Old World immgrants. Small number of old World outsiders made landfalls in the New World, blende with the locals and contributed their skills, energies and ideas to the mix that created the civilizations of the Americas.
12- Menarik bukan?
as salam adik Benign,
ReplyDeleteterima kasih diatas perkongsian ttg piramid
sewaktu kecil saya pernah juga terdengar lagenda ttg atlantis, benua yg dicari2 oleh penjejak tamadun purba...hhmm...ia mungkin hanya mitos dan biarlah mereka mencari apa yg mereka mahu...
tapi sekarang..rupa2nya kita sendiri sebenarnya yg sedang tinggal diatas tinggalan dan serpihan benua kuno atlantis itu...terutamanya setelah istilah lemuria timbul...
dan kitalah sendiri yg kena mengungkai misteri ini kerana kajian ttg lemuria/atlantis Tuhan simpankan (reserve) utk kita
sekarang pemerintah/kerajaan aktif mempromosikan bidang arkeologi melalui pelbagai program cth. www.sejarahwanmuda.com, jabatan warisan negara, prof zuraina majid, sg batu dll...begitu juga dgn silibus sejarah spt apa yg cik sri telah beritahu kita melalui perjumpaannya dgn a guy from kementerian...
semoga Allah memberi rezeki masa lapang yg lebih byk utk adik Benign membaca dan mengungkai misteri piramid...dan kongsikannya dgn kami!
Tuan Wangsa: saya bersetuju, bang Wangsa. Cuma lebih berharap generasi yang lebih muda daripada saya dapat menghargai dan mempunyai minat terhadap sejarah, kerana dengannya kita mampu mencerna dan menilai baik buruk sesuatu tindakan untuk dijadikan sempadan dan tauladan.
ReplyDeleteBagi saya sendiri, pecahan sejarah yang lebih menarik minat saya adalah Arkeologi. Dan topik yang paling membuatkan saya seronok adalah teknologi purba.
Banyak rahsia yang kita boleh belajar sebenarnya.
1. Isu piramid ni Benign ada buat artikel bersiri ke?
ReplyDelete2. Jika tiada, kenapa di akhir perenggan tiada kesimpulan Benign sendiri berkenaan pendapat dan kajian Dr. Schoch?
M_M
setakat ini saya tiada perancangan untuk menyambung dalam bentuk bersiri. Ini adalah disebabkan sumber rujukan yang terhad.
ReplyDeleteNamun sekiranya ada rujukan lain, pasti saya akan kongsikannya disini.
Saya tidak buat kesimpulan sendiri kerana saya masih belum mempunyai masa yang baik untuk menggali sejarah tentang Sundaland/Lemuria.
Namun Insya Allah, jika ada kesempatan saya akan cuba buat sedikit pembacaan mengenainya dan merujuk kembali kepada teori piramid ini.
talking bout Old World, New World kinda remind me of adaptation movie Anne Rice, Interview with the Vampire. anyway..hehe
ReplyDeletedi Indonesia sana org duk bising kewujudan piramid di Gunung Sadagurip, Klothok, Sleman, Lawu, Lalakon dan banyak lagi.
Penduga Arus
pokok pangkalnya, jika benarlah Piramid yg ada di dunia kini adalah hasil daripada pengaruh Pentas Sunda / Lemuria Nusantara.. apa tujuan pembinaan nya yg sebenar.
di Giza, ianya adalah sebagai kubur.. tapi Schoch cakap piramid nie dah lama dibina sblm adanya wujudnya tamdun mesir lagi.. jadi apa tujuan binaan nya???
hey, thank you for dropping your comment.
ReplyDeleteYa, betul. Memang agak bising dikalangan mereka-mereka yang sedang sibuk mengkagumi teori sundaland dan tamadun Lemuria.
According to Schoch, these pyramids were built primarily, not as tombs but for a higher religious purposes. The meonumental Gizan pyramid, for example, was built way before it was utilized by the later mainstream associated rulers of ancient Egypt.
According to some researches, the descending nature of these pyramids denote a pathway from heaven to earth, to be used by the gods whereas the ascending nature of the same symbolizes the vice versa.
aku boleh beri satu jawapan.satu jawapan sahaja..akan menghubung kaitkan semua.dr isu hang tuah,jepun,piramid...tapi aku cuma nak share dgn benign82 sahaja..sbgi permulaan..kalau nak disusur galur dr generasi awl,mungkin atlantis tu ada kena mengena..tapi atlantis tu bukan kat sini..sini lemuria..atlantis tu kat gunung sahara..ricchat structure..ricchat eye..boleh tgk dlm peta,google earth..memang boleh nampak mcm kesan2 air surut ke lautan atlantic..laut pun nama atlantic...lau baca dr history pun boleh tahu..Titan Atlas ni second generation sblm gods..lepas gods,baru nabi nuh..dlm history,king atlas lari rentas libya menuju ke pillar of hercules..pillar of hercules tu semua tahu kan..ke bwh sket je,kat tgh2 padang pasir sahara tu,nanti jumpala ricchat structure.itulah atlantis..dulu sblm padang pasir,kat situ semua pulau..Titan Atlas lari sbb tak mahu masuk campur waktu titanomachy.he carved the mountain and turned it into island..gunung kat situ pun,dalam peta pun masih tertulis gunung atlas..korang tgk je dlm google earth,nanti korang pahamlah.so...nanti aku beritahu mcmana boleh bkait pulak dgn org kita..aku bagi pangkal nanti dapatlah hujung..barulah namanya susur galur..heheh
ReplyDelete