05 December 2011

Encik Benign Berceloteh:

1- Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga didalam keadaan yang terbaik hendaknya Insya Allah. Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana tidak sempat untuk mengemas kini SusorGalor sekerap yang saya mahu. Mahu sahaja saya gunakan alasan kerja yang bertimbun sebagai jawapan. Tetapi selepas difikirkan sebelum ini pun kerja saya di pejabat tetap bertimbun timbun juga, tidak pula ia menghalang saya dari mengemas kini lama ini dengan lebih kerap. Haha.


2- Namun suatu fakta yang tidak boleh saya nafi adalah kajian-kajian dan pembacaan-pembacaan terperinci mengenai sejarah Melayu memerlukan masa dan dedikasi yang tinggi. Untuk membedah rekod-rekod yang bertaburan dan kata kunci-kata kunci yang berselerakan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Apatah lagi sekiranya hasil usaha anda selama berhari-hari membuat bacaan dan rujukan silang serta mengumpul maklumat, hilang kerana kelalaian sendiri. Aduh.

3- Merujuk kepada siri Srivijaya, saya ingin maklumkan bahawa saya hentikan dahulu siri tersebut di siri yang keenam. Saya kira hubungan bangsa melayu srivijaya dengan Bani Tamim sudah cukup untuk menjadi klimaks siri tersebut buat setakat ini. Ia diberhentikan buat sementara dan akan disambung semula apabila tahap kerajinan saya mencapai tahap yang menakjubkan. Apa yang pasti, saya akan kembali menyelidik rahsia-rahsia Srivijaya yang lain, namun buat masa ini saya ingin menyelidik misteri-misteri lain pula.

4- Namun sebagai sisipan sebelum saya meneruskan dengan rencana-rencana saya yang seterusnya, saya ingin berkongsi 3 buah lukisan yang menarik bagi saya. Saya pun secara kebetulan terserempak dengan lukisan-lukisan ini ketika ianya hanya diperdebatkan di beberapa buah forum tempatan dan luar negara.



Klik untuk imej yang lebih besar.



Klik untuk imej yang lebih besar.
Klik untuk imej yang lebih besar.

5- Cuba perhatikan lukisan-lukisan tersebut. Ada sesuatu yang agak menarik didalam ketiga-tiga buah gambar tersebut. Saya akan butirkan dengan lebih jelas didalam posting saya yang seterusnya.

22 comments:

  1. keris...menarik. kalu boleh tolong beri link untuk forum2 berkenaan...tenkyu

    ReplyDelete
  2. Salam tuan, setuju dengan tuan,memanglah adat membuat perkara baik, sentiasa ada dugaan :) moga tuan bersabar dan diberi kelapangan untuk meneruskan kajian,seterusnya berkongsi dengan kami semua. Saya mendapati kedua-dua gambar pertama terdapat orang asing ie bukan Melayu menggunakan keris.Gambar yang terakhir pula mengingatkan saya kepada zaman lukisan 'the last supper' cuma kali ini pemilik keris seolah-olah orang Melayu.

    ReplyDelete
  3. Adoiii...

    Sakitnye mata kene cucuk dengan keris...

    :-)

    ReplyDelete
  4. Tuan Anon 12:36 - Akan saya jelas dan terangkan didalam posting saya selepas ini berkenaan dengan lukisan-lukisan tersebut.

    Tuan Aku dan Seri Mala - Tepat sekali. Keris. Terserempak lukisan-lukisan tersebut secara tak sengaja apabila sedang membuat sedikit pembacaan tentang keris.

    Tuan AbdelHymd - Haha... Ngilu juga meligat gambar tersebut.

    ReplyDelete
  5. semakin menarik! bagaimana keris boleh sampai di barat, sesuatu yg sangat mengujakan utk dirungkai. teruskan!

    ReplyDelete
  6. Cik PrettyOrked, bangsa eropah sudah lama mahu mendalami misteri misteri yang ada di nusantara. Disokong pula dengan faktor bangsa melayu lama yang gemar mengembara, tidak hairan lah budaya atau alatan alam melayu merebak sehingga ke eropah.

    ReplyDelete
  7. salam..

    syabas tuan..

    x sabar rasa nyer nk baca artikel pasni..bg panjang2 sket yer..baru puas bace..

    .
    .

    ReplyDelete
  8. Insya Allah. Saya cuba yang terbaik. Tetapi kalau ada sahabat sahabat diluar sana yang boleh memberi sedikit idea kepada saya, topik apa yang menarik untuk saya kupas, ianya amatlah dihargai.

    Selalunya mistisfiles banyak memberi idea berkenaan topik topik untuk dikupas. Tapi ditutup pula. Haih.... :(

    ReplyDelete
  9. tuan benign saya punya persoalan..

    dlm konteks negara pd hari ini..diantara malaysia,indon dan thai,manakah yg paling layak dikaitkan dgn sejarah agung sriwijaya?..

    --yo--

    ReplyDelete
  10. 1- Terima kasih Tuan Yo atas pertanyaan tersebut. Saya akan cuba memberikan pendapat saya dalam hal ini setakat mana yang telah saya baca.

    2- Secara peribadi, sukar untuk menentukan negara mana yang layak menggalas sejarah Srivijaya sebagai sejarah negaranya. Saya lebih senang melihatnya sebagai sejarah BANGSA MELAYU secara umum. Yang mana meliputi Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand hari ini.

    3- Apatah lagi pada waktu keagungan sejarah lama, tidak kira Srivijaya atau Majapahit sekalipun, garisan politik yang memisahkan negara negara yang ada pada hari ini masih belum wujud. Yang ada hanya garis politik dalam bentuk negara kota/empayar dan jajahan-jajahan takluknya yang mana itupun sukar untuk ditentukan secara tepat.

    4- Terma sempadan seperti Malaysia, Thailand atau Indonesia adalah idea-idea politik terkemudian. Yang ada pada waktu itu pun hanyalah Kepulauan Nusantara yang meliputi ketiga-tiga negara tersebut. Jadi bagi saya, agak kurang tepat untuk meletakkan sejarah Srivijaya sebagai hak mutlak sesebuah negara. Lebih tepat, ianya adalah sejarah sebuah bangsa iaitu Bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  11. trima kasih atas jawapn walaupun masih xbrpuas hati lg..

    sekiranya benar asal penubuhan sriwijaya bermula di semenanjung dan warisnya masih kekal wujud disemenanjung...malaysialah paling layak brmegah dgn keagungan empayar srivijaya ini...

    tapi apakan daya..saya bukan ahlinya..

    --yo

    ReplyDelete
  12. Dimaklumkan kepada saya daripada Srikandi bahawa asal Sriwijaya setepatnya bermula di Segenting Kra yang kini dibawah taklukan Thai.

    M_M

    ReplyDelete
  13. Saya rasa inilah antara blog yang gigih mendedahkan sejarah Melayu selepas MF dan LG, tapi kenapa tak boleh jd follower yer..??

    ReplyDelete
  14. Tuan DiRaja - Setakat sumber-sumber yang saya rujuk, masih belum ada yang melampirkan teori Segenting Kra tersebut. Ini termasuklah rekod-rekod dari Arab dan China seperti yang telah saya kupas pada entri yang lepas-lepas.

    Hampir kesemuanya hanya sekadar menyebut bahawa pusat pemerintahan Srivijaya adalah Palembang, Indonesia. Namun ianya sesuatu yang baru untuk saya kaji dan cari mengenainya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Tuan Abeza09: Terima kasih kerasa sudi memberi komen. Tak setaraf rasanya untuk SusorGalor diletakkan sebaris dengan MF dan LG. Blog saya ni hanya blog picis-picisan dan hanya berfungsi sebagai platform untuk saya rekod apa yang saya baca.

    Tentang follower tu, saya dah letak kat footer blog ni. Tak letak sebelum ni sebab nampak bercelaru.

    ReplyDelete
  16. jgn terlalu merendah diri benign...teruskan usaha anda yg bagus ini.

    al-semantani

    ReplyDelete
  17. Tuan Semantani, terima kasih kerana sudi menjejakkan kaki ke teratak buruk hamba ini.. Tuan, bukan merendah diri tapi memang begitulah hakikatnya. Saya bukan seorang pengkaji. Hanya seorang anak melayu yang suka membaca apatah lagi membaca sejarah bangsanya yang pernah hebat suatu tika dulu.

    ReplyDelete
  18. manakah posting berkaitan gambar di atas?

    :)

    ReplyDelete
  19. blog LG ?? adkah sy terktggalan selama ni? blog apa tuh tuan... mohon jlaskan stand for what. tq.

    gmbar ke2 tu knapa ya? x faham. knapa mcm itu. adeh.
    posting tentang keris tu dlm tajuk mana ya? x jumpa pn lg. t.kasih tuan.

    ReplyDelete
  20. LG? Lokal Genius.

    Posting tentang keris tu memang takde sebab saya tak sempat siapkan. Maaf.

    ReplyDelete