15 January 2011

Timothy P. Barnard & Melayu Serta Signifikasi Bahasa:

1- Saya meneruskan pembacaan demi pembacaan berkenaan dengan dunia Melayu melalui kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para sarjana-sarjana dan orientalis-orientalis barat. Bukan tidak mahu merujuk kepada rekod-rekod karya tempatan tetapi kekurangan sumber daripada karya-karya tempatan sendiri menyebabkan saya sukar untuk membuat rujukan. Namun prinsip kajian didalam SusorGalor adalah untuk sentiasa membuat rujuk silang dengan sumber-sumber lain dan tidak berpegang kepada satu sumber semata-mata.


2- Terdapat satu jurnal yang ditulis oleh Timothy P. Barnard bertajuk Contesting Malayness - Malay Identity Across Boundaries yang diterbitkan pada tahun 2004 oleh Singapore University Press. Barnard merupakan seorang sarjana yang banyak menerbitkan hasil-hasil kajian beliau tentang Asia Tenggara dan sejarahnya. Salah satu daripada buku yang diterbitkan oleh beliau yang menarik minat saya adalah Film, Literature and Context in Southeast Asia: P.Ramlee, Malay Cinema & History. Namun hari ini saya ingin mengolah hipothesis beliau tentang Melayu serta signifikasi bahasa bangsa seperti yang terdapat didalam Contesting Malayness yang disebut diatas.

3- Menurut Barnard, para ahli kaji bahasa telah mengenal pasti bahawa bahasa melayu proto sudah mula digunakan paling kurang pada 2000 tahun yang lampau. Mereka-mereka atau populasi yang dikenal pasti mula menggunakan bahasa melayu proto ini bertebaran daripada Borneo Barat sehingga ke Tenggara Sumatra dan Semenanjung Malaysia

4- Bukti pertama terdapatnya tulisan menggunakan bahasa melayu kuno, menurut Barnard lagi, boleh didapati di inskripsi-inskripsi yang terdapat pada prasasti-prasasti yang terletak di Palembang iaitu di Kedukan Bukit, Sabokingking, Talang Tuwo, Karang Brahi, Kota Kapur, Palas Pasemah dan Boom Baru. Kebanyakan inskripsi-inskripsi ini mengisahkan tentang kehebatan, kemakmuran dan kekayaan sebuah kerajaan melayu kuno yang bernama Srivijaya. Kebanyakan prasasti-prasasti ini bertarikh seawal kurun ke 7.

5- Menurut Barnard lagi, rekod pertama penggunaan terma Melayu adalah pada sebuah dokumen dari China yang bertarikh seawal kurun ke 7 juga yang mana ianya merujuk kepada kawasan daripada Palembang hingga ke Jambi

6- Pada kurun ke 11, ibukota Srivijaya telah berpindah daripada Palembang ke Jambi, saudagar-saudagar China pada masa tersebut mula menggunakan terma Sanfoqi untuk merujuk kepada Melayu dan Jambi, yang pada pendapat Barnard, merujuk kepada satu tempat yang sama.

7- Mpu Prapanca, ahli puisi di raja Majapahit telah menulis puisi yang bertajuk Desawarnana atau lebih dikenali sebagai Negarakrtagama pada tahun 1365 yang mana telah menyenaraikan keseluruhan kepulauan Sumatra, Jambi, Palembang dan Minangkabau sebagai Tanah Melayu. Ini disebabkan pada suatu masa, kesemua penempatan-penempatan ini pernah dikuasai oleh Srivijaya. Manakala penempatan di Semenanjung pula dipanggil Pahang. Ini bertepatan, menurut barnard lagi, dengan rekod yang ditulis oleh Tom Pires.

8- Menarik bukan?

24 comments:

  1. Artikel ini semacam tergantung... perlu disemak semula. Satu-satunya artikel yang tidak sampai ke objektif tajuk artikel.

    Mungkin Benign boleh tulis sambungan artikel ini dalam siri kedua Timothy P. Barnard & Melayu Serta Signifikasi Bahasa II. Ulasan Benign dinasihatkan agar mencapai sekurang-kurangnya 20 perenggan isi berbanding 6 perenggan isi yang semacam kurang "garam". Artikel: "Istinggar, Terakol, Pemuras & Senjata Tempur Alam Melayu" adalah yang terbaik, tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek, tidak terlalu rumit, tidak berserabut, kemas, ringkas dan padat.

    Kadang-kadang saya rasa saya ini semacam Pegawai Peperiksaan Penulisan Bahasa Melayu pula... hahaha... mengada-ngada pohon macam-macam, itu dan ini kepada Srikandi, Sang Tawal, Al Semantani, Ibnu Rusydi dan kamu Benign... sebenarnya semua permohonan saya itu semata-mata disebabkan TERLALU SUKANYA saya kepada kamu semua... supaya benda yang cantik dipercantikkan lagi... Melayu kan bangsa seni?

    M_M

    ReplyDelete
  2. terima kasih Tuan kerana memberi komentar.. Akan saya cuba buat yang lebih baik dimasa hadapan.

    entri ini ditulis berdasarkan buku Contesting Malayness - Malay Identity Across Boundaries. Dan saya pula tak membuat rujukan kepada sumber sumber lain..

    Insya Allah, saya akan cuba ikuti saranan tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. biar usaha diperkecil, asalkan berhasil. biar perlahan, asalkan bertahan. biar sedikit, asalkan akhirnya membukit.

    Oleh itu, janganlah memburu kuantiti mengaburi kita untuk mendapatkan kualiti. aku percaya, yang berkualiti itulah paling bernilai sekali untuk menarik lebih kuantiti secara berpanjangan.

    ReplyDelete
  5. ustaz don danial dalam ceramahnya menyatakan apa yang ditulis oleh Timothy P. Barnard tentang Melayu tidak relevan dan tidak sahih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..
      https://www.facebook.com/photo.php?v=549640065120942&set=vb.148975151854104&type=3&theater

      Delete
    2. Ye kami pun ada mendgr penjelasan fakta bangsa melayu dan mengapa org2 luar menanam pemikiran dan idelogi yg negatif terhadap bangsa melayu keseluruhannya, oleh Ustaz Don Daniyal. Amat2 menarik dan ada unsur logik fakta2 berkenaan. Malah amat rasa bertuah.

      Delete
  6. Timothy p barnard...yahudi lakhnatullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan intelek melihat APA isi hujahan dan bukannya SIAPA yang memberi hujah. :)

      Delete
  7. Dr Zaharah Sulaiman telah mengkaji bagi menyangkal Apa yg di terbitkan Timorthy P Barnard dan di bentangkan di PWTC di saksi sendiri Tan Sri Muhyidin Yasin dan bakal di bentang kepada DS Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkah Basri Jaya? ada info lebih lanjut tak berkenaan kajian Dr Zaharah? (terasa terpanggil utk tahu lebih lanjut dan sangkal p barnard yahudi ni)

      Delete
    2. yup..sama. nak tau jgk hujah Dr Zaharah

      Delete
    3. Penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman bukti menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini.

      "Pengesahan ini jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China dan India," katanya.

      Sumber:Arkib Negara Keratan Akhbar Utusan bertarikh 10/07/2013

      Delete
    4. adakah org semang dgn senoi menguasai laut?. sejarah byk memberitahu ketamadunan melayu menguasai laut.atau org melayu sendiri yg mengajar semang dan senoi ttg tamadun?

      Delete
  8. Artikel TB Barnard nii bkan ke mghina melayu??artikel or thesis dia semata2 nak ckp melayu nii x cerdik dll..ade dgar dr Ustaz Don..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memberi komen. Tapi saya lebih senang sekiranya ada rujukan bertulis terhadap penulisan Barnard berbanding mendengar cerita orang semata mata.

      Delete
  9. Replies
    1. Sejak kebelakangan ini saya begitu sibuk dengan kerja tuan. Saya pohon maaf kerana tiada entri baru dalam SusorGalor.

      Delete
  10. rasa hairan sebab bukan ke timothy p barnard ni yang menghina melayu? tapi kenapa artikel ni macam di nak menaikkan nama melayu? atau artikel ni tergantung?
    please reply commend saya, saya perlukan jawapan yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menulis apa yang saya baca. Didalam buku-bukunya yang saya rujuk, tidak ada pula saya lihat beliau menghina bangsa melayu. Tuan boleh rujuk buku beliau yang saya rujuk iaitu Contesting Malayness - Malay Identity Across Boundaries. Mungkin saya ada terlepas pandang.

      Delete
  11. Kajian yg dilakukan barnard di singapura bukan negara melayu tulen dan dibentangkan di negara barat

    ReplyDelete
  12. Kajian yg dilakukan barnard di singapura bukan negara melayu tulen dan dibentangkan di negara barat

    ReplyDelete