05 December 2011

Encik Benign Berceloteh:

1- Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga didalam keadaan yang terbaik hendaknya Insya Allah. Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana tidak sempat untuk mengemas kini SusorGalor sekerap yang saya mahu. Mahu sahaja saya gunakan alasan kerja yang bertimbun sebagai jawapan. Tetapi selepas difikirkan sebelum ini pun kerja saya di pejabat tetap bertimbun timbun juga, tidak pula ia menghalang saya dari mengemas kini lama ini dengan lebih kerap. Haha.

28 October 2011

Srivijaya Siri Enam - Sayabiga, Bani Tamim dan Assassins .

1- Sekiranya anda pembaca setia Mistisfiles seperti saya, anda mungkin sudah mengetahui bahawa Mistisfiles akan ditutup buat sementara. Saya berharap agar akses awam untuk terus membaca dan mencedok pengetahuan daripada blog tersebut tidak ditutup. Saya sendiri masih lagi merangkak-rangkak membaca dan mentelaah rencana-rencana lama dari siri Alter Terahsia Bangsa Melayu. Saya berharap benar agar saya masih lagi boleh kembali membacanya pada bila-bila masa. Apa-apa pun saya teruskan dengan pembacaan saya untuk Siri Srivijaya yang seterusnya.

21 October 2011

Srivijaya Siri Lima - I-Tsing, Kunlun dan Buddha.

1- Bagaimana sebuah negara kota yang dipenuhi oleh bangsa melayu boleh menjadi pusat pembelajaran agama buddha yang terulung sewaktu zaman kegemilangan Srivijaya? Didalam usaha untuk mengkaji perihal ini, kita perlu mengenali siapakah dia I-Tsing. Rekod-rekod yang diperolehi daripada diari pengembaraan I-Tsing merupakan diantara rekod-rekod bertulis yang terawal mengenai Srivijaya.