09 September 2011

Srivijaya - Pengenalan.

1- Alhamdulillah, terdapat sedikit masa sengkang untuk saya membuat sedikit pembacaan dan seterusnya mengemaskini blog ini selepas seberapa lama mengabaikannya. Jika dirujuk kepada entri pertama SusorGalor, saya memulakan blog ini untuk mengumpul hasil-hasil pembacaan saya mengenai sejarah melayu. Oleh yang demikian, apa sahaja yang terkandung didalam blog ini harus dibaca dengan pemikiran terbuka. Terbuka untuk mengulangkaji, terbuka untuk mencari alternatif dan terbuka untuk pendapat-pendapat yang berlainan.



2- Antara topik yang kerap saya elak adalah topik mengenai jaluran empayar. Entah kenapa, fakta-fakta mengenai siapa yang menjadi maharaja untuk empayar dan dinasti mana tidak begitu menarik perhatian saya.  Mungkin terlalu banyak butir-butir kecil (seperti nama raja-raja) yang terpaksa dihadam dan cerna membuatkan mata saya pening untuk membacanya. Hasil penulisan dan ulasan Srikandi mengenai empayar-empayar melayu klasik di Mistisfiles, hanya saya baca sekali harung tanpa pembacaan berulang sepertimana kebiasaan untuk rencana-rencana beliau yang lain-lain. Namun berlainan dengan Srivijaya. Terlalu banyak misteri mengenai Kerajaan melayu klasik ini.

3- Apa benar Kerajaan Srivijaya ini sebuah kerajaan Melayu? Kenapa Srivijaya kurang dikenali dimata umum berbanding Majapahit ataupun Melaka sedangkan pengaruh kekuasaan Srivijaya sebenarnya jauh lebih luas, besar dan hebat daripada kedua-dua kerajaan tersebut? Bagaimana sebuah kerajaan Melayu boleh menjadi pusat pengajian agama Buddha yang tiada tolok bandingnya pada sekitar kurun ke 7? Apa kaitan Srivijaya dengan the Kingdom of Zabag? Bagaimana pula dengan kaitannya dengan the Kingdom of Prester John? Apa kaitan Srivijaya dengan melayu dan pembukaan Filipina?

4- Terlalu banyak yang ingin saya kupas dan kongsi mengenai Kerajaan Srivijaya yang misteri ini. Oleh yang demikian saya telah membuat keputusan untuk menulisnya disini secara berperingkat didalam bentuk Srivijaya - Pengenalan, Srivijaya I, Srivijaya II, Srivijaya III dan seterusnya. Sama seperti Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu. Bukan sahaja ianya kedengaran agak hebat dan gah namun ia juga diharapkan dapat memudahkan pembaca mencerna informasi-informasi yang bakal dikongsikan nanti. Bukan sekadar untuk pembaca luar, tetapi terkhususnya kepada diri saya sendiri. Kerana saya adalah pembaca tetap blog saya sendiri. Haha.

5- Namun usah terlalu risau. Informasi-informasi yang akan saya kongsi adalah informasi-informasi yang tidak terlalu kompleks, informasi yang anda boleh jumpa di Wikipedia dan website-website tertentu. Namun saya juga ada membuat rujukan silang kepada beberapa buah Jurnal dan buku bagi mendapatkan maklumat-maklumat tambahan seperti Artikel Sri Vijaya hasil tulisan K.A Nilakanta Sastri untuk Bulletin de l'École française d'Extrême-Orient edisi 1940 yang mempunyai banyak informasi menarik serta sumber-sumber rujukan tambahan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih teliti, saya cadangkan anda merujuk Mistisfiles ataupun buku-buku yang ditulis khusus mengenai Srivijaya.

6- Banyak maklumat-maklumat menarik boleh didapati melalui Buletin École française d'Extrême-Orient (EFEO) atau dalam bahasa inggerisnya French School of the Far East. EFEO, yang merupakan sebuah institute yang berpengkalan di Perancis, menjuruskan kajian mereka kepada pengajian Asia lebih lebih lagi dalam bidang Arkeologi (kajian masyarakat melalui peninggalan-peninggalan samada material, infrastruktur atau geografi). Jika rajin, boleh la mencari buletin-buletin keluaran mereka di Perpustakaan.

7- Insya Allah, kita berjumpa semula didalam masa yang terdekat.

2 comments:

  1. Salam tuan,

    Selamat Hari Raya dan makin teruja menanti artikel seterusnya berkenaan Srivijaya :))

    ReplyDelete
  2. terima kasih daun keladi
    jemputlah datang lagi...

    ReplyDelete