1. Assalamualaikum. Apa khabar? Sudah lama tidak bersua. Pos terakhir yang saya terbitkan untuk susorgalor adalah pada tahun 2013. Lama betul. Walau bagaimana pun saya memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komitmen yang sepatutnya kepada laman ini.
2. Sebagaimana yang diketahui oleh sesetengah pembaca lama susorgalor, tugas hakiki saya adalah seorang peguam yang beramal di sebuah firma di Kuala Lumpur. Lantas kesibukan dengan kerja hakiki yang menyebabkan saya sudah tidak dapat lagi memberikan fokus terhadap kajian dan research yang diperlukan untuk mengemas kini susorgalor.
3. Tapi saya rasa, maklumat mengenai kajian sejarah alternatif kini sudah boleh diakses dengan lebih mudah terutamanya melalui laman seperti The Patriots yang menyediakan rencana yang jauh lebih bagus dari susorgalor.
4. Saya? Saya masih menulis. Cuma bukan tentang sejarah. Saya lebih banyak menulis tentang bidang saya iaitu perundangan. Sekiranya tuan-puan mempunyai waktu dan kelapangan, bolehlah melawati lama baru saya iaitu NORHAFEEZLAW. Itupun sekiranya tuan-puan mempunyai minat untuk membaca tentang ilmu perundangan secara santai. Boleh juga bertanya soalan sekiranya mahu.
5. Sekiranya mempunyai waktu dan kelapangan, saya akan kembali menulis di susorgalor. Namun setakat apa yang ada di laman ini, saya berharap agar ianya boleh menjadi inspirasi kepada tuan-puan untuk bertanya, mengkaji dan membaca tentang sejarah terutamanya sejarah bangsa kita.
6. Kita jumpa lagi di lain hari ya.
Benign Susor Galor
http://www.norhafeezlaw.blogspot.com
https://www.instagram.com/norhafeezlaw
https://www.susorgalor.blogspot.com
No comments:
Post a Comment