07 May 2013

Coretan Susor Galor Alam Melayu.

Tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kadang memang saya terlalu bermalas malasan untuk mengemas kini lama SusorGalor ini. Tapi bermalas-malasan saya mempunyai sebab. Saya tidak mempunyai idea untuk menulis dan sekiranya ada sekalipun, saya tidak suka menulis tentang sesuatu yang hanya diperolehi melalui cakap mulut sahaja. Sekiranya saudara-saudari mempunyai idea-idea yang menarik yang sesuai, saya pohon agar ianya dapat dikongsikan dibahagian komentar. Sekiranya sumber-sumbernya mudah didapati, maka insya Allah, saya akan kemas kini laman ini.

Benign Nor Hafeez
www.susorgalor.blogspot.com

10 comments:

  1. Salam Benign,

    Moga Tuan kembali berkarya.
    Ameen.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Anda ada bakat dalam mengkaji.Teruskan,jangan bermalasan.Anda boleh kaji bahasa,atau budaya atau tulisan.Mungkin tumpu atau ulas manuskrip tertentu.

    Saya hanya mengesyorkan.Apa pun selamat maju jaya.

    ~SK

    ReplyDelete
  3. Kaji tentang kaitan nabi sulaiman dengan bangsa

    ReplyDelete
  4. Saudara minat keris...? tolong kaji tentang Keris....:-)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan-Tuan dan Puan-Puan, terima kasih diatas komentar dan lawatan serta cadangan. Insya Allah, cadangan-cadangan menarik ini pasti akan dipertimbangkan.

    Buat masa sekarang saya berehat panjang diatas alasan kerja dan masa yang tidak mencukupi (alasan biasa untuk menutup kemalasan membuat kajian ahaha).

    Tapi insya Allah blog ini tidak akan ditutup, jadi sekiranya tuan-puan boleh bebas untuk membuat rujukan.

    Kepada Cik Sri, cadangan tersebut menarik. Saya pasti akan mempertimbangkannya.

    ReplyDelete
  6. Blog ini memang tepat namanya untuk mencungkil susur galur dan asal usul kejadian sebenar Orang Melayu mengikut kajian dan kacamata kita sendiri, bukannya mengikut kacamata Barat. Saya telah melakukan kajian hampir 20 tahun tentang perihal orang Melayu yang sebenarnya semasa melakukan kajian di 75 buah negara di seluruh dunia untuk menyiapkan tesis Ph.D saya di Leeds University, United Kingdom dulu. Kehebatan bangsa Melayu sudah terbukti apabila dunia menamakan banjaran gunung tertinggi di dunia dengan nama "Himalaya" (mountains of the Malays). Sehinggakan British pun menamakan Tanah Melayu ini dengan nama "Malaya". Kenapa? Baca keterangan ringkas dalam blog saya: drilyasharunmalaysia.blogspot.com Dapatkan buku2 saya: 1) Malaiyana Mulayanam (Ajaran Melayu Mula Ajaran, 2) Malai/Malay/Malayu dan Dunia, 3) Jurus Strum Formula, 4) Siapakah Orang China Seberang Laut.

    ReplyDelete
  7. 1. Terima kasih Dr.Ilyas kerana sudi melawat blog kecil kecilan saya ini. Kajian saya tidaklah setanding kajian pengkaji-pengkaji sejarah melayu alternatif yang lain mahupun kajian Tuan sendiri. Saya hanya merekodkan apa yang saya baca sahaja.

    2. Kebanyakan rekod-rekod bacaan saya sebenarnya banyak menjuruskan kepada buku-buku hasil kajian barat. Ia memberikan saya sedikit upper hand apabila berdepan dengan sahabat-sahabat lain yang skeptik (meragui) teori dan tesis yang saya kemukakan.

    3. Dengan mengenengahkan kajian-kajian dari barat, saya dengan mudah menepis tuduhan-tuduhan para skeptik yang mengatakan bahawa saya adalah melayu syok sendiri, memberikan hujah mengikut tafsiran sendiri. Dengan mudah saya elak sambil berkata: "Nah, bukan aku yang kata, tapi pengkaji barat yang kaji".

    4. Namun yang pastinya, banyak kitab-kitab melayu yang belum saya sentuh. Saya sangat pasti, banyak rahsia yang boleh kita korek dari kitab-kitab tua ini.

    5. Apa yang saya harap kepada pembaca susorgalor adalah blog ini akan menjadi inspirasi buat mereka untuk memulakan kajian mereka sendiri, sepertimana blog mistisfiles dan lokalgenius menjadi inspirasi kepada saya untuk memulakan SusorGalor.

    6. Allah lebih Mengetahui.

    ReplyDelete
  8. saya dapat merasakan bahawa seolha2 kelantan adalah key point kpada sejarah melayu yang hilang ini. seperti ada sesuatu yg tersimpan yg belum 'berani' disentuh.
    lama kelamaan saya dapati kajian serikandi juga terarah kesitu...
    mungkin saudara benign dpat memulakan kajian tentang sesuatu yg masih kelabu ini. perlu dicerah kan.

    antara inferiority complex melayu yg sedia tersemat adalah anti kpd apa apa bersifat kelantan. terlebih dahulu, itu perlu diketepikan untuk mecari dan membuka jalan kepada melayu dan sejarahnya..

    seperti ada 'sihir'/sumpah yg menghalang melayu itu sendiri dr mengkaji mereka sendiri. mereka dilalaikan , dan dibencikan dari mencari diri sendiri. mungkinkah kelantan adalah pintu nya? kenapa kelantan pelik benar(unik) dlm persekutuan malaysia ini.
    mungkin itu sekadar muqaddimah kajian.

    saya rasa malas, dan berputus asa.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana melawat dan maafkan saya kerana lambat menjawab. Kelantan sebagai keypoint sejarah melayu tu mungkin sedikit stretch. Tetapi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Bagi saya, ianya adalah sesuatu yang menarik untuk sama sama kita gali sebagai ilmu pengetahuan

    ReplyDelete