26 September 2011

Srivijaya Siri Tiga - Sanfotsi dan Rekod-Rekod dari Dinasti-Dinasti China.

1- Nama Sanfotsi mula muncul didalam catitan-catitan sejarah negara China pada tahun 904 dan terus menerus digunakan sehingga ke kurun 14 pada zaman Dinasti Ming. Ferrand berpendapat bahawa Fotsi merupakan sebutan cina bagi perkataan Vijaya namun ahli sejarah tidak sebulat suara menerima dakwaan yang mengatakan bahawa perkataan San merupakan kesilapan tulisan untuk satu perkataan cina yang membawa maksud Sri.

21 September 2011

Srivijaya Siri Dua - Teori Lokasi dan 4 Prasasti.

1- Pendapat yang paling popular mengenai lokasi sebenar pusat pemerintahan Srivijaya adalah di Sumatera, Indonesia, terdapat beberapa teori lain yang berpendapat bahawa lokasi pusat pemerintahannya mungkin berada di satu lokasi yang lain. Kita akan mendalam kesemua teori-teori ini didalam siri ini.

16 September 2011

Srivijaya Siri Satu - Pendahuluan, Pengenalan dan Kaca Mata Umum.

1- Srivijaya, menurut beberapa pendapat ahli sejarah rantau Asia Tenggara, merupakan sebuah kerajaan Melayu yang berpusat di kepulauan Sumatera dan mempunyai pengaruh yang besar keatas sosio politik seluruh Asia Tenggara dari kurun ke 7 sehingga lah kurun ke 13, yang mana sejarah menyaksikan kekuasaan kerajaan jawa Majapahit mula mengambil alih dan menyebarkan pengaruh.