23 January 2011

Pelayar dan Kapal-Kapal Buatan Melayu.

1- Empayar-empayar bangsa Melayu purba sememangnya terkenal sebagai empayar maritim yang hebat. Kerajaan-kerajaan seperti Srivijaya dan Melaka, sekadar menyebut beberapa nama, adalah kerajaan-kerajaan Maritim, kerajaan-kerajaan yang bergantung kepada aktiviti-aktiviti laut daripada sekecil-kecil nelayan biasa kepada pedagang-pedagang yang menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa melalui jalan laut.


20 January 2011

Claudius Ptolemy & Semenanjung Emas, The Golden Chersonese.

1- Claudius Ptolemy, seorang ahli geografi, ahli astrologi dan ahli kaji bintang Greek yang terkemuka telah menulis, mengolah dan menyusun sebuah buku yang diberi tajuk Geographia yang mengandungi peta-peta bentuk muka empayar Rom sewaktu pemerintahan empayar Roman pada seawal abad kedua. 

18 January 2011

Melayu, Malagasi & Madagascar:

1- Saya berkesempatan untuk membaca sebuah Jurnal lama yang diterbitkan oleh satu pertubuhan cendekiawan British didalam bidang sains geografi bernama Royal Geographical Society, yang bertajuk Proceedings of Royal Geographical Society Vol. VII untuk sesi tahun 1862-63. Pada muka surat 69, entri bertarikh 9 Feb 1863, terdapat satu laporan berkenaan dengan bentuk muka bumi dan keadaan geografi Pulau keempat terbesar dunia, Pulau Madagaskar.