1- Saya seringkali tertarik dengan Jepun. Disebalik gaya hidup yang rigid dan terlalu teratur hasil daripada corak pemerintahan yang diterapkan keatas penduduknya pada era imperial keshogunan Tokugawa dan kemilitarian pemerintahan Meiji selepasnya, tersimpan daya kreativiti yang cukup hebat. Namun setiap kali saya membuat pembacaan mengenai asal usul penduduk Jepun, bukan seorang dua para sarjana yang mengaitkan susur galur Jepun dengan Melayu. Malah ada yang menegaskan bahawa bangsa Jepun ini adalah "offshot of the Malay race". Serpihan daripada bangsa Melayu. Ini bukan kata-kata saya, tapi kata-kata dari mereka yang membuat kajian. Saya hanya menyalinnya.