07 May 2013

Coretan Susor Galor Alam Melayu.

Tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kadang memang saya terlalu bermalas malasan untuk mengemas kini lama SusorGalor ini. Tapi bermalas-malasan saya mempunyai sebab. Saya tidak mempunyai idea untuk menulis dan sekiranya ada sekalipun, saya tidak suka menulis tentang sesuatu yang hanya diperolehi melalui cakap mulut sahaja. Sekiranya saudara-saudari mempunyai idea-idea yang menarik yang sesuai, saya pohon agar ianya dapat dikongsikan dibahagian komentar. Sekiranya sumber-sumbernya mudah didapati, maka insya Allah, saya akan kemas kini laman ini.

Benign Nor Hafeez
www.susorgalor.blogspot.com

01 November 2012

Melayu - Usman Awang


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


04 October 2012

Wau Bulan Teraju Tiga:

Wau Bulan Teraju Tiga.

1. Kerajaan baru sahaja mengumumkan belanjawan negara baru-baru ini. Ada rakan-rakan yang mencemuh, mengeji, mencela dan sebagainya dan ada pula yang tersenyum kerana bakal mendapat habuan dari projek-projek kerajaan yang bakal digerakkan. Orang-orang non partisan seperti saya hanya memerhati dari tepi. Saya tidak mahu menyentuh tentang belanjawan atau situasi politik negara kerana SusorGalor bukanlah blog politik dan tidak akan dijadikan blog politik sampai bila-bila.