04 February 2011

Punt, Ta-Netjer & Tanah Para Dewa.

1- Setiap kali menyusuri Mistisfiles, begitu kerap saya terbaca mengenai misteri tanah Punt dan juga teori-teori mengenai lokasinya yang masih lagi membingungkan para sarjana. Para cendekia di Mistisfiles dan beberapa blog lagi menjuarai teori yang mengatakan bahawa tanah Punt terletak di kepulauan Melayu manakala sarjana-sarjana lain masih berbelah bahagi tentang kedudukannya yang sebenar. Ada yang mengatakan bahawa tanah Punt berada di benua Afrika dan ada pula yang mengatakannya terletak di timur tengah. Saya cuba untuk mencari jawapan saya sendiri.

30 January 2011

Istinggar, Terakol, Pemuras & Senjata Tempur Alam Melayu:

1- Adakah benar semasa Portugis menceroboh Melaka, pahlawan-pahlawan melayu Melaka pada waktu itu hanya mempertahankan bumi tanah air mereka hanya dengan menggunakan keris, parang dan lembing? Sejauh mana keterlibatan orang-orang Melayu didalam arena senjata api?  Adakah benar orang-orang Melayu dianggap asing dengan teknologi ini?


27 January 2011

Luzano Pancho Canlas & Melayu di Filipina.

1- Sedang saya menyusur internet seperti biasa mencari-cari apa sahaja yang menarik untuk dibaca, saya tertarik dengan beberapa topik yang saya kira agak menarik untuk dikupas. Topik yang pertama adalah mengenai bangsa melayu di Filipina dam topik yang kedua adalah bangsa melayu di Sri Lanka. Saya cuba mencari sumber-sumber rujukan untuk kedua dua topik ini namun kali ini saya ingin rungkaikan apa yang sempat saya baca dari sebuah buku hasil nukilan Luzano Pancho Canlas yang bertajuk Philippines' 2 Millennium History yang topik ringkas yang khusus mengenai mengenai melayu di filipina dan asal-usul bangsa Pinoy itu.