16 April 2011

Ralph A Olsen, Teori Melayu & Menjejak Susur Galur Yang Hilang.

1- Saya sebenarnya sedang mengumpul sumber-sumber rujukan untuk topik terbaru yang ingin saya kongsikan disini iaitu berkenaan dengan Keturah dan identitinya, namun selepas berhari hari melayari medan maya ni, sumber-sumber yang boleh saya guna sangat lah terhad. Mungkin saya perlu mengangkat punggung yang berat ini, bertapa di perpustakaan negara selama beberapa hari dan mula membaca buku-buku fizikal. Nampak gayanya begitu lah.